Feb 7, 2014

Kerana aku yang kehilangan dalam diri sendiri

bila Kak Nora takde, cuti bersalin aku "bisu" sekejap.
sehinggakan Puan aku kata

"tak dengar suara reena hari ni. bawak-bawaklah berkawan"  hehehe.

hahahaha yeah right.

aku ok sangat dengan semua orang unit aku.
boleh get along.
makan sesama.
keluar sesama.
ada masa gosip sesama.
tapi untuk aku bangun dan berkumpul semata-mata untuk berborak memang bukan aku lah.
kata lahir bulan Julai.
bulan Julai kan suka berkawan tapi tak suka cari kawan.
heheheh.
bukan sombong. tapi entah.
aku lagi suka one to one berborak.
kalau aku rasa ada benda nak cerita, otak dah tepu buat kerja, mata dah penat hadap skrin pc aku bangunlah pergi kacau rakan yang lain.
selalunya kacau wati, puan takpun satu-satunya kumbang di unit aku, Oni.
dengan Oni tak lain tak bukan cerita pasal diet jelah hahaha.

tapi namanya aku nak bangun nak join orang berkumpul, memang taklah.
kalau ada pun maybe tak sampai 2 minit.

aku suka je bercakap.
tapi tengok keadaan.

hamboih.
kemain penerangan. punyalah nak bagitau aku tak sombong.
yelah.
ada je yang kata raut muka aku ni muka sombong.
oh eh? sombong eh?
kenal dulu baru tau aku gila camne. hihihi.

tapi sebab aku ni tak suka kawan ramai dalam satu masa.
kalau sorang tu, sorang jelah kawan aku.
paling ramai berdua. Farah dan Tqah. 
bertiga jela kami kemana saja.
kalau keluar reramai tu macam tak tau nak layan siapa huhuhu.

sekarang Dhiya jela aku hadap.
dia hadap aku, aku hadap dia.
sampai ada yang label kami lesbo.
kemain tak sayang mulut.
setakat ni persahabatan kami goes well.
bercanggahan pendapat tu biasa kau je nak menang, aku je nak menang.
tapi lepas tu kami get low.
eh macam bebudak je kan nak gaduh lepas tu cakap alif lam lam ha siapa tipu dia berdosa.
hehehe.

kalau dalam kereta wah kamilah rock star.
kemain karoke dalam kereta.
sampai nak pecah anak tekak.
nak nyanyi lagu rock je, nada tinggi je.
tak mainlah lagu slow.

semalam tetiba Dhiya kata

"kalau u dapat tukar Pahang, tak taulah apa jadi kat i"

sedih je dia cakap macam tu.
takpelah yang, u cari kawan lain kay. boleh?
hahaha.

tapi memang sedih pun kalau takdirnya aku ditukarkan ke Pahang (aku kan mintak tukar)
sebab selama ni kami share everything even duit sekalipun. ha, percaya tak.
tak pernah berkira.
segala cerita, masalah, yang happy yang sedih semua kami share.
kalau gembira aku, gembiralah dia.
sedih aku, dia pun turut sedih.
begitulah sebaliknya.

ok.
Orang kata, bukan aku kata, perkara paling melegakan adalah apabila kita melepaskan perkara yang pada mulanya susah untuk kita lepaskan, hilangkan dan musnahkan.
contoh : sembelit.
ok tak payah aku terangkanlah kan contoh sembelit tu.
sendiri mau faham lah.

betul ke?
aku tanya betul ke bukan untuk sembelit tu, tapi untuk ayat pertama tu.
betul ke?
bila kita sudah melepaskan apa yang selama ni susah untuk kita lepaskan, kita akan rasa lega?
ada tak lega dia macam lepas makan aiskrim magnum?
ada tak lega dia seumpama kita berdiri di bawah panas terik dan tetiba masuk ke bangunan yang ber-aircond?
ada tak?

kan ada orang pesan kan, jangan benci sangat pada seseorang.
nanti lambat laun kita akan sayang dia.
aku rasa sekarang ni menda itu make sense lah.
macam kena je dengan aku.
4-5 bulan lepas aku paling menyampah dengan Korean Artist/Kpop/Running Man and apa-apa yang related lah.
kalau adik-adik aku layan Running Man aku rasa, annoying nya korang tengok menda ni entah apa yang lawak entah.
lepas tu dengar pulak lagu Kpop i was like eeeuuuwww kenapa muka dorang sepesen.
gitu.
sampai macam tu sekali.
sehinggalah satu hari aku bagi peluang diri aku layan Running Man sebab nak tengok sangat apa yang ke best sangat pasal RM ni.
ha engko.
terus tersuka. aku pula yang lelebih gelak.
danggg.
bukan itu sahaja, lagu korea pun aku dah layan sekarang.
aku suka duo Kang Gary ahli RM tu--LeeSSang.


habis semua lagu diorang aku download.
sehinggakan abang opis tegur

"adui Na ni, asyik lagu koreaaaaa je"

hamboi panjang Korea dia hehehe.


ni salah satu lagu Leessang yang aku suka.

itulah orang kata.
tak kenal maka tak cinta.
sekarang kau yang menggelabah kan, reena.
beri je peluang untuk diri sendiri kenal menda baru asalkan tak memudaratkan.
eh.
macam double meaning je tu.


ok pic atas tu gambar konvo arwah abang aku.
ibu jumpa masa dia kemas kotak.
terus suasana yang bising diam sekejap.
aku tengok ibu dakap photo tu dan cium banyak kali.
aku faham. dia rindu anak dia.
sebab aku pun rindu abang aku.
abang kandung aku kot. mana tak rindu. i bet, adik adik aku pun rindu.
tak silap itu pic tahun 2005 rasanya.
tak ingat dah sangat.
how time flies kan.

bila orang yang kita sayang hilang buat selamanya, perit.
tapi siapalah kita nak halang ketentuan yang esa.

abang aku bukan pelajar cemerlang time sekolah.
kerja dia start tingkatan 1 sampai 4 kalau tak silap asyik menakal je kat sekolah.
penatlah ibu duk ngadap pengetua dan cikgu disiplin dia. sekali dengan cikgu kelas dia.
nak dijadikan cerita sekarang cikgu kelas dia tu kahwen dengan pakcik aku. huahaahaha.

masuk tingkatan 5 dia dah slow sikit.
dan berjaya tamatkan SPM.
lepas SPM dia buat macam-macam kerja.
sampai kerja di Bukit Fraser tu ha.

bila dia jatuh sakit (lukimia), dan ditakdirkan Illahi dia sembuh, dia cakap kat ibu

"ibu, abang nak sambung belajar"

ibu mana tak happy kan.
so dia buat Sijil Kulinari ke Chef ke apa entah nama dia kat Kolej IKIP Bentong Pahang.

masa ni lah aku tengok dia jadi abang yang happy, kelakar dan ceria.
ada masa dia garang sebab adik dia degil. hehehe.
dia ada ramai kawan yang baik dengan dia yang aku masih ingat Pali, Udin, Adi dan Syed.
sebab diorang tu selalu datang tidur rumah aku.

aku ingat lagi.
time aku pergi kem belia dengan adik aku, farah.
ada sorang dua mamat ni suka usik kami berdua.
bukan setakat usik, malah siap buli lagi.
time aku dah siap makan nak angkat tray pi sinki time tu jugaklah dia pun siap makan dan potong q aku.
bengang sangat aku rasa nak terajang.
mengenangkan kaki pendek je. kalau tak memang kenalah cey cey cey padahal tak berani.
lepas tu bila aku bercakap dia pun sama bercakap siap ejek ejek aku cakap.
dalam hati aku, siap kau aku ngadu kat abang aku.

sebab aku tau dia pun student IKIP.
tapi dia tak tau aku adik kepada salah sorang student IKIP juga.
lepas tu adalah sorang pompuan tu tau aku dan farah adik Kamarul.

budak tu kata kat mamat jahat tu

"kau buli adik-adik Kama. aku tak tau. nanti balik IKIP Kama suruh kau golek tayar pukul 3 pagi kat parking padan muka kau"

ha engkau.
terus dia tak ganggu dan buli dah.
aku dan farah pula pi menganjing dia. hahahah.
lepas tu terus dia berlembut dengan aku dan farah.
tapi masa tu kirim salam lah. tak dilayan lah.

eh aku ingat lagi tau muka dia.
farah kau ingat tak?
dia botak-botak, tinggi kan.
tapi lupa nama.

bila tengok photo atas tu, sumpah hati aku sayu.
rindu sangat kat dia.
abang yang baik.
yang tegas tapi penyayang.
Al-Fatihah.

eh panjang pulak entri kali ni kan.
oklah.
till then bubye.

.

1 comment:

PakcikLie PCL said...

wah panjangnya entri....tak nak simpan sikit ke buat next entri, well...cerita keluarga yg bagus dan mencuit hati sy nak habiskan baca sini...