Oct 2, 2013

Kerana terkilan

Dalam hidup ni banyak sangat perkara yang aku terkilankan.
Tapi aku pura-pura lupa dan kononnya move on.
But still benda tu bermain di fikiran.
Nak menipu diri sendiri tapi tak reti.

Masa kecik, darjah dua rasanya.
Ibu belikan aku beg sekolah yang cantik, mahal dan besar boleh taruk banyak buku.
Warna pun menyerlah, warna oren campur kuning.
Kiranya kalau aku dukung beg tu akulah yang terpaling hot di sekolah.

Malangnya aku bodoh. Aku naif.
Makteh suruh aku tukar beg aku dengan kakak sepupu aku.
Beg yang mana tak hot--warna hijau, dull dan kecik.
Alasan--aku darjah dua. Buku tak banyak.
Kakak sepupu darjah 6 buku banyak.

Setelah itu, aku rasa satu perasaan yang sangat sedih.
Perasaan terkilan.
Ibu abah beli dengan hasil gaji kerja gomen yang tak seberapa.
Senang-senang aku ikot telunjuk orang dan tukarkan.
Sehingga kini rasa terkilan itu ada.
Nampak boddo je kan alasan terkilan tu?

Tapi terkesan di hati itu lama.
Kenapa aku nak tukar pemberian dari yang tersayang dengan orang lain.
Yelah.
Masa kecik mana tau apa.
Tau iyakan aje lagipun makteh garang.
Kalau dengan beg aku tu kakak sepupu aku tu jadi bijak pandai takpelah jugak. Ni hmmmm.

Satu lagi.
Masa darjah 4.
Pagi tu dah pesan pada abah, darjah 4 akan ada aktiviti koko.
Tapi aku tak bagitau bila start.
Dalam pukul 2 abah balik kerja sekejap sambil membonceng motor.
Untuk hantar aku ke sekolah petang.
Tapi sebenarnya sekolah petang tak start lagi.
Masa tu aku dah pandai rasa sayu.
Sayu sebab abah korbankan sikit masa untuk hantar aku ke sekolah petang sedangkan dia pun bekerja.
Padahal aktiviti koko belum start lagi.

Masih aku ingat sosok badan abah membonceng motor.

Dan bila hati ibu abah terluka dek perbuatan manusia yang tidak berakal--
Mana mungkin aku hanya mampu memandang?
Bila pipi ibu abah dikotori air mata, mana mungkin aku sekadar melihat tanpa mengesat?

Aku boleh dilukai oleh sesiapa saja.
Oleh apa saja.
Di mana saja.
Waktu apa saja.

Tapi bukan keluarga aku.
Bukan ibu bukan abah.

Luka mereka luka aku.
Perit hati mereka adalah perit hati aku.

Terkilan aku bila sedih mereka, aku buat pejam mata.
Sedangkan masa aku kecik, mereka buat aku ketawa.

Kau boleh melunturkan jiwa aku dengan apa jua.
Tapi satu saja.
Jangan
Pernah
Buat
Ibu
Abah
Aku
Sengsara.

.


2 comments:

reenapple said...

In whatever happen, percaya pada balasan dari DIA. Percaya pada kuasa DIA. :)

Terus tabah. :)

EL MARIACHI said...

salam...eh cik reen pun ada kat sini? hehehe...tengah blogwalking cari mood menulis...