Oct 1, 2013

Kerana rindu #1

Sebelum lelap mata
Aku suka mengingat dahulu kala punya cerita.
Tentang arwah abang aku.
Tentang abah dan ibu.
Tentang dia yang pernah bertamu.
Tentang segala-galanya selagi otak tak tepu.

Jujur.
Aku rindu aku yang dulu.
Aku rindu untuk rasa disayangi.
Rasa dihargai.
Rasa seperti dunia seakan berhenti.

Aku rindu untuk jadi the bubly me.
Ceria suka ketawa macam nak mati.

Aku rindu apa adanya aku dulu.

Aku rindu.

Kemudian terlalu memikir.
Menangis.
Hahahaha.

Hati tisu.

Aku rindu zaman di mana masalah cinta adalah masalah yang paling besar, kiranya.

Tapi kini semuanya seperti bermasalah padaku hahaha.

Aku rindu saat ketawa tak peduli sesiapa dengan adik-adik.
Tapi kini haluan masing-masing mereka bidik.

Mengapa dia yang dulu menjadi yang terpenting kini menjadi yang terpaling asing?

No comments: