Oct 16, 2013

Kerana menjaja jual cerita

Kalau diikutkan hati muda
Memang hari-hari aku jadi serigala
Sebab manusia tak reti bahasa
Tapi sebab adanya aku seorang abah yang sangat sabar hatinya.

Kalau nak fikir umpatan kejian masyarakat
Boleh buat buku ejaannya entah berapa harakat
Tapi biasalah kita manusia bukan malaikat
Aku perhati saja dulu geram juga nak lipat.

Hahaha.
Serius.

Aku terbaca status seorang kawan di fb.
Menulis tentang manusia yang tidak pernah henti menjaja cerita.
Eh rileks.
Aku dah terbiasa.
Sebab memang jadi lumrah manusia suka bercerita pasal keburukan orang.
Canang satu kampung.
Tapi kebaikan orang, dia tanam jauh-jauh.
Sebab apa?
Sebab hasad dengki penuh dalam kepala.

Cuma kami adik beradik di ajar.
Biarlah manusia buat kami.
Jangan kami menambah resepi.
Pesanan ibu---kita tengok saja apa yang akan terjadi.
Mereka juga punya anak mari kita tengok apa episod mereka pula nanti.
Bukan meminta cuma tanam dalam hati.

Zaman ini tuhan bayar tunai.
Kau baik kau dapat ganjaran
Kau jahat kau dapat habuan.

As simple as that.

Betul.
Mulut kita pun terkadang termengata termengumpat.
Jadi orang mengata kita semula.
Tidakkah itu balasan untuk kita?
Fikir.

Jadi fikir juga tentang mereka yang mengata kita menjaja cerita kita.
Kerana satu hari cerita mereka juga akan di jual di jaja.
Mereka punya anak.
Tunggu dan lihat saja.

Ingat satu perkara.
Manusia mengata kita kerana dia sudah takde kerja.
Pada dia itulah ramuan kehidupan dia.

Agaknya sehari tak menjaja cerita pasal orang lain, mulut dia berbuih kena sawan babi.

Eh terasa ke.

No comments: