Sep 30, 2013

Kerana semalam yang hangat

jumaat tu farah balik karak. 
kesian dia. peknen ni muka banyak jerawat.
then makan pun tak lalu. bau wangi pun tak boleh.
takpe. pembawakan budak.
dia taklah lembik ke melepek ke. segar je.
cuma itulah, seperti yang aku sebut di atas.
my god perut dia dah besar tau walaupun baru nak masuk dua bulan.
tapi aku cakaplah, tu sekali dengan lemak hihihihi.

aku kalau ada farah kat rumah seronoklah sikit.
taklah aku kejung je.
panjanglah sikit langkah aku.
tapi itulah, dia nak bergerak ke mana kena bagitau suami.
tak boleh pakai redah je sekarang.
dah tu pulak dia tengah bawa baby sekarang.
dah takde aktiviti lasak dan nakal berdua.

engko tak tau.
aku dengan farah semua menjadi. ada je idea jahat dalam kepala.
lepas tu balik rumah, buat muka suci semula.
nampak je aku ni naif wahahaha.


well. sabtu petang pergi rumah makteh.
lepas tu tengok ada basikal baru. willy punya. willy is my anak saudara.
kemain duduk kampung panggil willy kan.
itu nama glamer aku dan farah bagi.
masa dia baby, aku kena jaga dia sehari.
kebetulan kat tv ada mainkan wayang (wah klasik sangat ayat) Free Willy. aku dan farah suka sangat filem tu sebab willy tu ikan paus yang comel sangat.
so we decided, nak namakan baby tu willy.
nama sebenarnya sedap Mohd Aliff Najmi.
hihihi.
aku sayang willy. sebab dia tak pernah melawan cakap aku.
mendengar kata aku. sekarang dia dah darjah 4 kot alaaaa lupa.


tak pancitkan tayar dia? tak bengkok kan rim dia?
bahahahaha takut aku kang tak pepasal kena ganti.
so cool pemandangan belakang. rumah makteh dikelilingi bukit bukau.
rasanya aku pernah cerita kot yang aku dan farah bersama bebudak taman perumahan pernah banyak kali panjat bukit tu.
kan dah kata kami nakal. padahal kat atas tu banyak indon, bangla semua kerja angkat kelapa sawit.
tak memikir langsung keselamatan diri. tau nak seronok je.
seronok. dapat tengok satu karak. lepas tu jerit luah perasaan.
badan pun berpeluh. kira macam exercise la kan



nice kan. ni jiran makteh punya kolam.
tapi bukan nak cerita pasal kolam tu ai nak tunjuk langit tu.
indah kan?
aku suka pandang awan/matahari terbenam.
awesome.
indah.
bahagia.
 



then semalam hantar farah balik kuala selangor.
ibu ajak pekena lempeng di sana.
kedai dia nama ZackTwoTen kot alaaa tak ingat.
tapi lempeng dia memang sedap.
aku order lempeng jagung. farah lempeng milo.
aku ni taklah suka sangat lempeng tapi kalau lapar aku telan je.
ibu order mee kari udang.
abah kuetiaw.
bolehlah.
nak singgah cendol bakar tapi ya ampun ramai betul manusia.
nanti sekali lagi datang, kami bernekad nak try cendol bakar.

 till then bye.

.

No comments: