Oct 17, 2013

Kerana cerita cuti raya haji aku yang panjang berjela

subjek utama aku malam ini adalah untuk tidur awal.
paling kurang pukul 9 aku dah nak terbungkang dah.
itupun kalau tahap mengantuk aku malam nanti sama dengan tahap mengantuk aku sekarang ni.

gosh. ngantuk gila la weh.
semua sebab bangun awal sangat pukul 3.50 pagi.
sebab nak gerak balik putrajaya then terus masuk opis.

ini entri berkecamuk nama dia ya.
so semua aku lambakkan saja dalam ni.

blog ni macam terabai pun ada kan.
kesian haih.

so seperti yang di plan, aku, tqah dan farah raihana berdating pada sabtu 12hb lepas.
titik perjumpaan adalah di KLCC.
motip jumpa adalah untuk berborak saja. bukan shopping.
tqah sampai dulu. so dia kata dia tunggu depan Swatch.
bila aku dah sampai Swatch dia whatsapp kata dia dalam La Senza.
memang gatal sangat lah pompuan ni.
aku pun zasss ke La Senza gini kot ejaan dia.
aku tengok dari luar pompuan ni tengah belek-belek semua tu la.
so aku faham. faham kan muda-mudi baru kawen haha so aku biarkan je.
last-last dia nampak aku kat luar.
so pergi kinokuniya sebab farah stuck dalan traffic jam.
tunggu farah di foodcourt.
dalam sejam kot tunggu baru pompuan tu sampai.
sedang makan, makcik cleaner bagitau meja belakang kami ada kamera tercicir.
tqah kata itu cina punya mungkin tertinggal.
ok. makcik cleaner tu ambil katanya nak bawa ke kaunter pelanggan nanti kalau cina tu datang cari suruh saja dia pergi kaunter. baiklah makcik kami yang menurut perintah.

"ini kalau orang lain yang jumpa, mesti dia sudah bawa lari" katanya.

baiklah makcik.

then tiba-tiba sekumpulan cina itu datang semula bawa makanan.
la ko pergi beli makanan ke apsal ko tinggalkan kamera kat situ.
kaya sangat leteww.
dah jadi satu hal pulak kami nak kena bagitau pada cina tu.
bertolak-tolak.

eh engko la cakap tqah.
eh apsal pulak aku, ko kan belakang dorang je reena.
engko la tqah, english ko terer.
laaa engko cakaplah.

hahahaha.
bongok.

tapi terpelik sangat cina-cina tu tak heran pun macam tak perasan pun kameranya hilang.
kalau aku dah "ohmygod, kamera aku hilang, kamera aku hilang, please weh mana kamera aku"
sambil berlari keliling foodcourt pegang kepala.


wajah kesayangan aku.
deme ni lah penghibur aku walau terkadang sakit jiwa bila tiba plan nak keluar hahaha.
subjek "nak makan mana" pun ambil masa 4 hari untuk dibincangkan di whatsapp.
itu belum subjek "nak jumpa di mana". itu ambil masa 5 hari.
paling kurang perlukan 2 bulan untuk plan jumpa hahaha ok tipu.
ohya lepas makan di foodcourt KLCC kitorang gerak ke jalan tar.
eksaited sebab dah lama tak naik LRT sama-sama.
kami cari tudung je sebenarnya.
aku macam biasalah Pashmina.
entah, lately aku suka sangat pashmina.
sampai sakit kaki aku sebab pakai wedges padanlah sangat muka haku.
aku boleh lupa jalan tar termasuk dalam program hari itu.

dah penat berjalan, dahaga dan lapar semula. lol.
so lepak kat mekdi masjid jamek saja.
lama kot lepak situ sambil selfie. akulah jadi mangsa ambil pic selfie sebab dorang tak pandai.
hahaha.
perlukan kepakaran tau.
dan puas berborak semua, masa untuk pulang. aku ke karak, tqah ke subang, farah ke ampang.






itulah pashmina baru kita cantik tak?
hihihihi.
dan disebabkan aku tak bawa tudung segera, so memang pashmina itu sajalah aku pakai ulang-ulang masa cuti hahaha raya pun aku pakai.
tak kuasalah nak tukar.
so jangan pelik tengok semua pic adalah pashmina yang sama.
bukan hari yang sama amboi lah kemain nak explain macam korang kesah.
ok belakang itu adik bongsu, faeez. umur 18. biznes beger ambil dari farah.
sebenarnya aku tak berapa gemor la dia dah dewasa camni.
jadi kurang bercakap. suka duduk terperuk dalam bilik bila tak kerja.
lepas tu dengan kengkawan saja.
aku tak kisah janji tak buat menda tak elok.
kita pun faham bebudak muda kan, jiwanya camna,sebab aku kan muda lagi bhahaha.
cuma dia dah tak fun. kurang fun. 
dahlah lama tak teman aku tengok Running Man.
gelak sensorang je aku sekarang, syok sendiri.
kalau dulu tengok sama-sama gelak sama-sama.
lepas tu sekarang dah pandai merokok. opkos aku kecewa.
apatah lagi ibu abah kan.
tapi yelah, nak larang pun dah tak dengar kata.
cuma jangan depan aku sudah memang aku patah-patahkan rokok tu.
boleh pulak si Amit, adik ipar aku bersubahat. main pow pow rokok.
haih la.

dia sebijik macam arwah abang aku.
arwah memang perokok tapi seumur hidup, kami tak pernah tengok dia merokok.
maknanya dia merokok bukan depan kami.
kalau dia duduk depan rumah tu maknanya dia merokok la tu satgi tetiba abah keluar, sanggup dia campakkan rokok dia ke longkang.
punya taknak abah nampak.
sifat hormat mungkin.
memang takkan dalam rumah, memang takkan depan kami.
rumah aku rumah bebas asap rokok. sebab tu kalau ada yang datang bertandang, merokok pulak tu memang rasa awkward gila.
dedulu punya pakwe aku pun camtu.
si dia sanggup tahan sangap nak merokok kalau kemana-mana dengan abah. hahahah padan muka.
memang aku dah pesan awal-awal jangan merokok depan abah kalau nak ambil hati abah hahaha.
tapi opkos abah tau, cuma dia taknak lah kurang ajar kan.
aku rasa, merokok depan orang tua yang tak merokok, sambil berborak mulut kepul-kepul keluar asap adalah biadap.
kalau orang tua tu sama naik je merokoknya, lain cerita.
tapi tulah, abah tak merokok, anak-anak dia pulak yang merokok.
haih.


so petang raya haji, kami buat bbq.
seronok camni.
buat dekat rumah pak itam. luas terbentang.
buat atas court badminton.
tu Amit. rajin sangat adik ipar aku ni.
semoga teruskan kerajinan anda sebab kakak ipar anda adalah pemalas nak berasap-asap.
tugas aku merangkumi semua iaitu membeli bahan-bahan.
yelah, aku lah yang buat, siapa lagi dah aku yang paling tua.


the court.
seronok je bentang tikar lepak sini sambil tengok bintang dan bulan.


taraaaa. makteh in the houseee yawww.
sayang makteh.
sebab dia tak pernah nak judge anak-anak saudara dia.
dia akan tanya terus.
takdelah buat andaian melulu.
tak macam sesetengah orang yang suka buat andaian melulu pastu jaja cerita walaweh senang hidup engko.
dan kalau dia minta hantar dia ke pekan karak, aku suka lah.
sebab best keluar dengan dia. fun je.


minah ni kengkonon balik kuala selangor malam tu jugak. gerak pukul 10 malam.
aku pun alaaaa tak payah la balik bosanlah ko takde.
tapi yelah, balik juga.
sekali aku tengah syok bakar ayam, tengok dia laki bini parking semula depan rumah.
hahaha rupanya jalan jem.
so i is happy la kan.


errr maafkanlah aku.


masa di kubur arwah abang.
sampai je terus bagi salam 
"abang kami datang"  :(
tidak ada satu hari pun di mana kami melupakan kau, abang.
lebih-lebih lagi ibu dan abah.
kenangan 27 tahun kau dengan ibu abah, mesti segar lagi dalam ingatan mereka.
kau di tatih, di manja, di belai, mesti mereka ingat kan.
nantilah if aku free aku datang jenguk kau lagi kita bercerita :)
banyak menda nak cerita kat kau sebenarnya.
dulu masa kau hidup kau kan suka dengar cerita aku.
padahal kau menyampuk 2-3 patah je tapi aku tau kau dengar.
hahaha aku peduli apa janji kau dengar.
bila aku mintak tolong cepat je kau bertindak walaupun kau marah sebab kacau kau tidur.
aku rindu kau. sumpah.









ok sudahhhh lah pompuan.
tapi langit tu cantik, kan. tengok dengan live lagi cantik.
dalam gambar kurang ni pun dah edit.

ok. cukuplah sampai sini.
dah lama tak buat entri panjang berjela camni.

till then, bye.


No comments: