Oct 22, 2013

Kerana aku ini wanita biasa

Aku ni nak kata penyabar sangat tu tak lah.
Tapi aku belajar untuk bersabar dalam apa juga situasi.

Apa yang terjadi pada aku 2 tahun kebelakangan ini betul-betul menuntut erti kesabaran yang tinggi.
Dalam 2 tahun macam-macam terjadi.
Kalau ikutkan hati, memang tak mampu untuk aku tanggung.

Tapi aku fikir Allah takkan bagi aku dugaan yang aku tak mampu nak galas.
Maka, aku terima.

Semua ini ajar aku untuk lebih berfikir rasional.
Matang.
Dan tak mudah melatah.

Cuma bila melibatkan ibu abah, aku lemah.

Kalaulah membunuh itu tak salah memang aku bunuh je manusia yang berhati jahat.

2013 adalah tahun terburuk aku.
Nak aku tinggalkan tahun ini dan beralih ke tahun 2014 dengan aman damai.
How i wish.

Kadang-kadang nak tergelak pun ada bila fikir betapa extreme nya tahun 2013 untu aku.
(dhiya mesti tahu) hihihi.
Masa semua berlaku memang aku terduduk dan menangis.
Tapi bila fikir sekarang, nak ketawa pun ada.

Semua ini ajar aku matang.
Memang luaran nampak je aku huahuahua buat lawak bodoh cakap merapu tapi sebenarnya aku cukup memikir.
Jiwa sensitif.
Tapi satu saja aku pegang, Allah itu ada. Dia maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Aku percaya keadaan yang buruk pasti menjadi baik akhirnya.
Dan semua yang berlaku ada hikmah.

Aku harap 2014 akan menjadi tahun yang terbaik untuk aku.

Kahwin?
InsyaAllah jika ada jodoh pasti masanya akan tiba juga khenn?

Sekarang aku nak dok setel hal family aku dulu.
Dah setel dah ok baru aku fikir diri aku pulak.

Aku patut ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak menyakitkan hati, mengecewakan, membuat aku menangis, kerana semua itu ajar aku jadi lebih kuat.

Bila semua ini berlaku baru ku tahu oh yeahhh aku sebenarnya wanita besi eceeaaawah.

I was like helllooooo look at me.
Aku dah kuat tau.
So jangan cari pasal dengan aku.
Hihihi.
Kemain.

Till then bye.



No comments: