Sep 24, 2013

Kerana Taman Negara part 1

pagi tadi celik je mata hujan lebat. kauuuu malasnya aku rasa nak bangun rasa nak sambung tidur balik tapi yelah kerja itu ibadah hehehe tetiba.
kang aku el kang banyak pulak yang tanya. so baik tak payah.
orang yang berjaya bangun pagi adalah orang yang berjihad kecil tau.
so yeah. ucapkan tahniah pada diri sendiri.

oklah.
tarik nafas.
sebenor nye aku ni pemalas sangat nak update blog.
tapi macam kuasam sangatlah nak biarkan segala cerita dalam kepala otak je.
ko tu kalau kuat ingatan takpe jugak.

so aku nak cerita serba sedikit pasal pi kursus di taman negara.
as urus setia taklah rasa macam kursus sangat hahaha rasa macam pergi bercuti je.
semua aktiviti aku join tau.
cuma aktiviti dalam dewan saja aku tak join. aku duduk belakang tangkap gambar dan berinternet.
apa yang aku boleh kata adalah kursus ini BEST.

aku pergi naik kereta jabatan.
peserta naik bas jabatan.
masa sampai jerantut kami singgah di tunas manja.
kau tau jelah kan cc aku camne.
dia belikan aku roti la, air coklat la sebab dia tau aku suka minum susu coklat HL tu.
aku macam "hmm bila masa pulak aku nak makan roti ni semua" hahaha
memang yelah engkau. sampai kesudah tak bermakan roti itu.
adalah seketul aku makan time dalam dewan.
itupun tolak-tolak dengan air je. hihihihi.
cc ni baik sangat. so motherly kan.


dalam dewan. sumpah ngantuk sangat time ni as u can see di mata guwa.
kecik-kecik je mata aku.
tapi ku tahan sebab di sebelah sana adalah Dato'.
kang dia kata takde motip aku bawa pompuan ni kalau nak tidur je.
adoilah.

aku kan, nak kata lembik sangat tu taklah.
nak kata kasar keras lasak sangat tu pun tak juga.
sedang-sedang je kot.
tapi yang pasti aku tak tahan sakit hihi mengada sangat.
so bila masuk Taman Negara ni rasanya taklah lasak sangat pun.
biasa-biasa saja.
takdelah menggunakan fully fizikal kita kan.
lek lek je.
ko boleh relaks tenangkan otak dan hayati alam sekeliling.
memang jiwa dan otak aku tenang sangat bila di sini.
aku taknak pikir apa pun. semua aku tolak tepi. love it.



ini laluan nak ke Canopy walk.
kiri kanan yang mengagumkan.
sejuk je.
walaupun perjalanannya agak la jauh huhu tapi penat tu cuma sekejapan sangat.
boleh hilang bila tengok kehijauan ini semua.
ku lihat hijauuuu hihihi.



hak yang baju hijau tu la pemandu pelancong grup aku.
grup aku belakang sekali.
grup peserta lain ada didepan.
setiap grup ada dia punya pemandu pelancong.
hey abang pemandu pelancong ni memang hampeh kau tau.
waktu dah turun dari canopy walk dan nak ke jeti, aku jalan depan cc, belakang oni.
tiba-tiba aku dengar macam bunyi alaaa macam bunyi babi tu. aku terkejut la kan.
sekali gahhhhhhhh "babi" tu muncul sergah aku.
rupanya abang tu sergah aku. boleh dia nyorok belakang pokok.
aku pun menjerit la kau tau jelah kan tekak aku kalau jerit kuat mana.
hampeh sangat. 
dengan oni sekali terkejut.
oni la, padan muka.
konon dia nak takutkan aku ada ular sawa (sebab ada batang paip warna hitam macam ular sawa)
sekali, belum dia terkejutkan aku, dia pun terkejut sekali.
hoi abang. jatuh jantung saya tau.
nasib baiklah saya tak tercarut kat abang. hahahah.
kot ye pun nak bergurau senda janganlah dalam hutan camni.
anything can happen. 


see the peluh. best sangat.
aku tak ingatlah berapa kilometer kami kena jalan untuk sampai ke Canopy Walk tu.
tapi jauh tau.



inilah Kijang.
jinak sangat tau. dia tengah makan.
hai kijang. first time saya kenal awak tau.



ok.
aku baru tau masa ni masa abang tu bagi penerangan bahawasanya pokok buluh adalah sejenis rumput T____T
kalau tak haremm aku nak ambil tau.
ambil tau pun sebab raya nak makan lemang. hihihihi.


muka cuak sebab dah nak naik Canopy Walk.
cuak nak mampus. sebab aku kan gayat kritikal.
my god.
takut sangat time ni. doa je dalam hati "hujanlah, hujanlah"
hahahaha


masa platform pertama dan kedua cik farah kata 

"reena kalau nak ambil gambar suruh puan nursiah ambil gambar awak"

aku cepat je jawab "taknaaaaakkkkk" 
hahah aku punya taknak tu macam kena paksa.
baru dua tiga langkah aku dah menjerit. serius guwa takut hoiiii.
nak menangis. terketar-ketar.
boleh pulak aku rasa nak pengsan.
lepas tu pikir aku nak bersila la sebab dah tak mampu nak melangkah.
tapiiii aku malu la kot kalau aku mengalah sedangkan cc yang dah 54 tahun tu pun mampu watlek watpis je jalan. lalu yeahhhh ku gagahinya jua.
gambar atas ni pun masa platform terakhir. masa tu jambatan pun dah dekat tanah dah hahaha.
kalau putus pun jatuh sikit je tu yang aku berani suruh puan ambil pic aku.


yeassssssssssaaaaa.
aku berjaya.
lega. macam baru lepas balik berperang.
syukurlah aku tak memalukan sangat.
aku dah pikir dah mesti aku akan buat malu je atas jambatan tu nanti.
tapi tak.
syabas reena.

laluan balik.


baca ayat-ayat tu.
kelakar je.


abang tu cerita pahang pernah banjir besar sampai 74 meter.
hoi. tingginya kan.
seram aku dengar dia cerita.
ekceli abah dah pernah cerita pada aku.
tapi aku pura-puralah tak tau lagi sebab nak bagi abang tu seronok bercerita kat aku.
hahaha kita kena pandai buat orang lain syok sendiri tau barulah dia rasa dihargai.



ohya kenderaan kami adalah lori pikap.
ada sekali aku duduk depan sebab nak ekon.
syok sangat kau peluh pastu kena ekon. syorgaa sangat.
abang ni pun malu aku snap pic dia hihihihi.
nasib abanglah kan.



ini yang aku paling suka.
naik bot pi Lata Berkoh dan Kelah Sanctuary.
serius aku suka.
sebab perjalanan dia 45 minit pergi.
kau boleh hayati alam sekeliling.
tenang sangat. rasa nak nangis pun ada hahaha hover.
tapi serius sepanjang dalam bot aku banyak berfikir tentang apa yang aku lalui sepanjang hidup ini.
lepas tu masuk jari dalam air time bot bergerak laju.






itulah dia bot yang kami naik.
satu bot 4 orang je.
seronok weh.
tak puas je rasa.


sementara kami mandi di Lata Berkoh, abang-abang ni duduk berehat.
memang tabiklah aku dengan abang ni semua.
sebab cekap sangat bawa bot.
tau mana ada batu, kayu semua.
yelah, dah tu kerja dorang kan.


sementara dorang mandi aku duduk atas kayu je main game dan tangkap gambar.
tak kuasa aku nak mandi.
takde geng.
semuanya bos-bos dah tu aku nak menyemak?
memang taklah.
kalau ada geng hmmm tak payah ajak aku yang terjun dulu tau.
aku kan suka mandi sungai.




jernihkan air dia. sejuk sangat. sukanya aku.
entahlah. aku ni pencinta alam kot.
boleh sampai tahap tarik nafas pastu nak nangis sebab aman damai sangat.



ok dah siap mandi semua kan?
dah puas kan?
jom kita balik sebab aku dah tak sabar nak naik bot hihihi.







sampai je jeti, aku ajak cc jalan kaki balik resort.
taklah jauh pun dalam 15 min je jalan kaki.
sebab aku nak makan pisang goreng hehe cc pun layankan je.
sedap hoi pisang goreng dia. sambil jalan sambil makan.





lepas tu terus lepak cafe sebab dah time dinner.
satu lagi sebab nak guna wifi dia.
abang shahril datang, katanya nak tunjuk binatang paling best. aku pun tunggu jelah.
rupanya...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



hahahahah babi ok.
comel je engkau melintas berkapel ye.

hari last.
muka pun bahagia je sebab nak balik dah.
walaupun rasa taknak balik lagi.
takde ke orang kuala tahan yang nak kawen dengan aku hahaha boddo.


so itulah serba sedikit kenangan di kursus taman negara.
banyak sebenarnya pic.
itu entri akan datang.
sebab itu pic rasmi.
maybe lambat sikit ada je kat aku kamera tu tapi aku malas nak transfer.

balik tu rashdan drop aku di tol karak sebab ibu abah ajak pi rumah adik aku, farah di kuala selangor.
memang penat.
tapi tak sampai hati nak kecewakan mereka. cewah.

till then bye.

1 comment:

Fiza Aizzawa said...

best jugak ye taman negara.. klu pegi time skrg nie ok lg.. nnt dlm bln 11-12 dorg tutup sbb ujan.. best2...