Sep 10, 2013

Kerana sejuk. Adi Putra. Putus cinta. Aiskrim

Sejuk sungguh hari ini. Even dalam bilik aku ni pun sejuk. Tak payah on kipas dah. Tapi aku suka je. Aku kan suka sejuk-sejuk.

Masa mandi tadi hoiiii sejuk kemain airnya. Macam air batu wa cakap sama lu. Nasib baiklah aku kuatkan semangat kalau tak ada yang mandi p ramlee je tadi cicah-cicah air kat mata. Tapi ko tak payah nak jadi pengotor sangat lah kan reena.

Tapi aku suka je. Aku suka suasana sejuk camni. Nyaman rasanya. Cool. Indah. Malam nanti baru boleh selimut satu badan.

Hari ini biasa-biasa saja. Bukan takde yang luar biasa tapi bila dah makin remaja ni hahahaa remaja katekooo aku dah malas nak ambil pot sangat semua yang sakitkan hati. Aku ambil pendekatan sakit hati seminit then after that zuzzaaaazzzzz hahaha tu efek bunyi delete. Maknanya delete terus dari otak. Takmau ingat. Takmau kenang.

Sebab sakit hati ni macam virus tau. Laskar cinta sebarkanlah virus virus cinta haaa kata ahmad dhani. So begitulah. Sakit hati mudah merebak kalau asyik layan. Kata dalam hati pi mampus hahahaha amboi kuajaq sangat ko ni.

So begitu.

Tadi kan puan aku kata kat aku dengan muka muram

"takmau takmau. Saya takutlah reena"

Aku macam takut kenapa puan?

"saya takut kalau adi putra tu betul-betul ada skandal"

Hahahaha.
Tu namanya peminat kipas susah mati.
Tapi yelah.
Aku pun kecewa kalau betul dia bersalah.
Sebab aku suka dia kot.
Tapi takdelah taraf suka nak mampus.
Cuma agak terkilan if betul dia ada skandal.
Soalannya adalah why?
Kalau betul, why?
Itu je nak tau.
Aku ni nak je wassap adi putra tu nak tanya kenapa.
Tapi kang nama aku pulak naik sebagai sekendel dia.
Hikhokhikhok.

Kawan aku sedang (mungkin) patah hati. Pakwe dia kawen dengan orang lain. Aku tidaklah terkejut sebab dah banyak ku jumpa kes gini. Cuma aku kesian dengan kawan aku tu.
Kau sayang. Kau cinta. Malah kau dah bayangkan akan hidup bersama pasangan kau.
But in the end, pasangan kau curang.
Ini bukan zaman cinta monyet ya.
Umur memasing dah tua.
Kalau dah tak suka kenapa tidak berterus terang?
Paling kurang dia kecewa kerana tau lelaki itu sudah takde cinta untuk dia.
Ni tup tup kawen.
Dua kali kecewa tu kan.

Nak bagi ayat penenang pun aku tak berapa pandai sebab aku pun hahahahah cinta separuh jalan haktuiiii hahaha.
So aku cuma boleh hiburkan hati dia yeke terhibur ko tu badut sangat ke.
Hihihihi.

Ok cerita lain.
Kau beli aiskrim.
Lepas tu timah persoalkan kenapa kau beli aiskrim.
Limah pula tanya kenapa beli aiskrim tu sebab katanya tak sedap.
Jemah pula kata aiskrim tu kecik sangat mana cukup.
Tijah pula menyampuk katanya kat tempat lain ada lagi aiskrim yang sedap.
Sedangkan kau memang suka aiskrim tu.
Kau rasa bengang tak?
Kenapa ada manusia yang suka mempersoalkan apa yang kita suka sedangkan kita tak pernah ambil tau apa yang dia suka.
Hormat sikit boleh? Hormat minat orang. Hormat pendirian orang lain.
Jangan buat seoalah-olah berdosa sangat kalau makan aiskrim tu.

Aiskrim tu contoh saja.
Pernah alami macam tu tak?
Aku rasa nak je aku naik atas meja, tepuk-tepuk dada, jerit rawwwwwww jadi kingkong.
Ok. Bye.

1 comment:

diana aziz said...

Sejuk : Lately mmg sejuk... bile weekdays je sejuk. Tp time weken, panas.... grrrrr....

Adi putra : Pun minat dia... tp xde la minat bebenor sampai tampal poster dalam bilik.... kalau btl pn dia ada skandal, kesian wife dia kann... haih laa... lelaki...lelaki...

Putus cinta : sy sendiri pn pnh mengalami. Bercinta 6 thn tp last-last dia pilih orang lain. Dgn alasan pmpn tu selalu ada dgn dia. Pfttttt...!!!

Aiskrim : Hoih.. kepantangan betul kalau penyibuk soal mcm2... mcm laa pilihan dia tu bagus sgt...

______________________________

Sowiiii... panjang pulak komen kali nih.. ahakksss..