Sep 12, 2013

Kerana aku si saiko

apa khabarmu disana?
khabar baik ku disini.
dah lama kita tak berjumpa.
apa khabarmu di sana sayang...
khabar baikku disini sayang.

tadi dengar lagu ni dalam Suria fm. ni lagu Ramlah Ram-apa khabarmu di sana.
ofkos lirik dia bukan macam yang atas tu tapi lirik tu la yang aku dan adik aku, farah nyanyikan.
kitorang ubah lirik tu. hihihi sowiieee kak wamlah wam. 
tapi...macam tu pun dah lawak pada kitorang terkekeh kekeh gelak macam orang gila.
haih la. susah kalau banyak saraf gelak dalam badan ni.
menda-menda simple tapi kalau buat dengan orang-orang tersayang memang cukup untuk buat kita bahagiakan? maksud aku buat perkara lawak, walaupun orang lain rasa tak lawak, tapi pada adik-adik aku, ianya lawak.
aku dengan adik-adik aku semuanya menjadi.
itu salah satu perkara yang membahagiakan aku.

kami suka round kampung. walaupun aku duduk perumahan tapi still dalam kawasan kampung. kampung teroh namanya. tak jauh je dari rumah aku. then rumah makteh pun kat kampung teroh tu. so bila berkelapangan, kami akan meround satu kampung naik kereta. itu sekarang ya naik kereta. dulu-dulu naik motor. skuter ego ko tau. hihihi. bawa slow-slow sambil usha keindahan kampung. biaq pi la yang kata kampung aku tak indah tapi aku rasa indah je. kan kak Nona kan? kan kan? sambil meround sambil nyanyi. sekarang naik kereta dah tak berapa best. ada satu rumah ni, anak-anak pakcik ni memang suka duduk depan rumah lepas tu suka memandang orang yang lalu-lalang. kalau ada 20 orang anak-menantu-cucu dia depan rumah, sepuluh-sepuluh tu la yang akan pandang. so kami adik-beradik tidaklah terlepas dari dipandang. bila dah nak sampai je depan rumah tu Syera akan kira "1 2 3, pandang semua". so aku, farah dan faeez akan otometik pandang yang 10 orang tu. kira sama-sama pandang hahahaha.

malam tadi kan, ada lagi kot bunyi guli golek-golek. sekali dengan efek melantun. wahahah tak kelakar ok. tapi aku sematkan dalam dada bahawasanya ada manik tudung budak rumah aku terputus lalu maniknya tergolek-golek. so terus boleh bertenang. kalau tak gerenti aku lari-lari keluar rumah sambil jerit histeria. 

ada tak aku pernah cerita yang aku ni suka tidur sambil pasang tv sebab nampak meriah sikit. tv aku kan dalam bilik. masa mula-mula aku bawa masuk tv dalam bilik, aku biar jelah tv terpasang macam biasa kan. dua tiga hari ok lah. masuk hari keempat, aku terjaga pukul 2 pagi camtu aku tengok tv aku dah terpadam. aku bingkaslah bangun sambil nak nangis. siapa pula yang tutup tv aku ni kan. aku je yang ada dalam bilik. memang terketar-ketar la aku kan.

dua tiga hari ianya berlarutan.
so aku fikir ohhh kau nak main-main dengan aku eh. 
ok fine.

tapi satu petang entah camne otak aku jadi bijak sikit.
tiba-tiba aku teringat tv kan ada sleep mode tu kan.
aku pun tak pasti guna time ke apa tapi tv akan dalam mode sleep kalau kita biarkan lama terpasang. wakakakakakaka.
bodoh nak mampus lah kan tiba-tiba kau saiko takut sampai nak nangis rupa-rupanya teknologi punya pasal.

satu lagi.
satu malam dalam pukul 1 pagi aku terjaga. lantas terkejut macam nak jatuh jantung.
kau tau apa aku nampak? lembaga putih sedang melayang-layang depan aku.
pun aku nak nangis memang gila takut time tu.
aku beranikan diri ambil henfon dan nyalakan lampu henfon.
kau tau apa?
kain telekung aku yang aku gantung kat dinding.
siot je.
gelabah gila kan?
sendiri buat sendiri takut.

hahhahaaha.

aku memang saiko sikit.
kalau naik lif ke rumah, ada orang asing dalam lif aku mesti akan tertoleh-toleh ke belakang.
lepas tu bila dah keluar lif, jalan kat koridor still aku tertoleh toleh belakang sambil cari kunci rumah. terpuntang panting la aku jalan.
sebab dalam fikiran aku orang asing tu akan ekori aku dan nak buat jahat kat aku.
saiko ke tak aku ni eh?

dalam bas pun sama.
kalau ada lelaki belakang tempat duduk aku, aku akan beralih tempat duduk lain.
sebab kejadian tahun lepas la ni yang buat aku terus fobia.
kalau nak pergi kerja, hari-hari ok pikir tempat duduk mana yang selamat.
end up aku duduk depan sekali.

perempuan saiko.

kbye.






4 comments:

Anonymous said...

Eh? Tergglamer kejap akak dlm blo nikan. Heheh... Rumah yg suke pandang org tu, m kak pon tau je... Kt umah murah kan.... Heheheh...

Diana Aziz said...

Kite same la... suke tido sambil tv terpasang kasi meriah.... sehati sejiwa dah ni.. hehehe

Reena Kamarudin said...

kak nona : hahahah kelakor

Reena Kamarudin said...

diana aziz : hihihihihi sebab sunyi