Sep 4, 2013

Kerana kotak, makcik sombong terjun lombong dan abe kelik

sebenarnya kan, aku ni banyak menda je nak cerita kat engko.
tapi bila dah start menaip tiba-tiba blur. kenapa la jadi camtu kan.

1. semalam aku simpanlah kotak air mineral kosong belakang aku (bukan belakang badan tapi belakang meja opis aku ni ha). lepas tu aku tengok Encik S sibuk tengah balut kotak. aku tengok, kotak aku dah hilang. ciss dia ambil kotak aku. aku terus pi kat dia

"encik S, cantik kotak"

semua dok pakat gelak sebab tau aku punya kotak tu. hahaha. kotak tu aku nak bawa balik nak letak buku-buku aku.

"eh kotak reena ke? hahah. saya ambil je ingat reena nak buang"

kahkahkah. kotak pun berebut. memang kelakar. dalam blog ni memanglah tak kelakar sebab tak live. huh. aku bagi jelah dia kotak tu sebab aku tak suka berebut. tak suka. hihihihi.

lepas tu aku tanya abang fitt ada tak kotak lain dia kata ada. yayyy suka ada kotak lain.

hahah sabor jelah rebut kotak.

2. ingat tak abe buat air yang kesunyian tu hahah ala yang ajak aku dan dhiya keluar tu. KLIK SINI KALAU TAK TAU. hari isnin tu kami pergi makan kat kedai dia. lepas tu dia datang nyibuk nak duduk.
dia kata

"nak duduk boleh tak?"

aku dah macam heyyyy tak reti baso mu ni kang aku teyy jugok kang. aku cakap

"tak boleh! kami nak makan dengan tenang"

muka serius.
pandang henfon.
buat tak tau.

dia pun blah. hihihi. serius eh aku bukan benci dia cuma tak selesa kalau dia menyibuk. nak bergosip dengan dhiya pun tak tenang. kau mampu ke duk makan, bersembang tapi ada lelaki tak dikenali duduk satu meja dengan kau lepas tu pandang kau. eiii tatutt  saiko gitu. kalau yang memandang tu Remy Ishak ke kot lalu jugak aku kahkah silap-silap aku yang tak bagi dia bangun. eii perempuan. dasar sangat. 

3. semalam petang aku pergi Pasar Malam Bangi. aku suka ke situ sebab pasar malam dia best. banyak gila kedai jual tudung, jual makanan. harga pun berpatutan. target aku adalah cari tudung warna ungu. so aku masuklah satu kedai makcik ni. dhiya pun tolong aku pilihkan. lepas tu takdelah yang matching dengan baju. kitorang pun angkat kaki lah. kau tau makcik tu kata apa?

"tengok-tengok tapi tak beli" sambil merengus.

aku panas hati lah kan aku kata "sombong"

mak ai. camtu kau layan kastemer comel macam aku? hahaha. panas hati guwa nasib baik popia basah penyejuknya.

ok bye.

1 comment: