Sep 15, 2013

Kerana saja borak kosong

Sambil aku taip entri ini--pukul 12.53 tengah malam--aku nonton Running Man. Seorang. Yang lain dah tidur. Ini tv aku yang punya huahaahaaahaaa gelak jin ahmad albab.

Paling best esok isnin dan masih cuti yayyyy. That's what i want. Well ini entri borak biasa saja. Lama tak berborak tanpa motip kan. Eh ke selalu hihihi.

Kehidupan aku setakat ini terkawal. I think sudah semakin terkawal.
You have no idea that a few months ago, life aku sucks sangat. Really makes me sick. Tapi aku kan pelakon terhebat. Aku pandai cover kot. Hanya dhiya yang lalui sama-sama dengan aku.
Aku banyak terhutang budi dengan dhiya. Kitorang kan gila. Semua benda buat gila. Gamble.
Aku ingat lagi--bilamana hati aku terlalu sedih. Serba serbi tak kena. Susah hati. Dan dhiya dapat tengok di wajah aku. Apa dia buat. Dia drive naik bukit saujana putra presint 11. Stop the car. Dan suruh aku nangis sekuat hati.
Aku kalau dipaksa nangis memang taklah aku boleh nangis. But on that day it came out easily.
Lega lepas nangis macam lepas berak hahaha.

Aku tak ramai kawan baik. Rasanya 4 orang saja. Kawan ramai. Kawan baik ni maksudnya kawan yang aku selalu percaya dan buat aku tenang bila bersama--farah raihana, tqah, dhiya dan kak nora. Itu kawan baik aku. Kawan baik yang lain dari segala segi tu ada. Tapi kawan yang aku selalu kongsi cerita rahsia suka duka--itu mereka berempat.

Aku tak peduli pun mereka berempat tak rasa aku kawan baik mereka. Janji aku yang rasa camtu. Aku kan tak suka pikir menda remeh temeh. Kau tak suka aku itu kau punya pasal. Janji aku suka kau. Eh. Ibarat gitu. Kengkonon cool sangat kan. Hihihihi.

Tadi dengan syera adik aku tu kami cerita pasal arwah nenek. Dia kata dia rindu nenek. Ofkoslah aku pun rindu. Kami bercerita pasal betapa nenek seorang yang rajin. Ahhhh rindunya. Sebenarnya nenek la yang selalu ajar aku masak. Dia ajar aku masak gulai lemak ayam. Tapi masa tu ko aku baru 10 tahun. Manalah nak ingat. Cer ajar aku sekarang konfem aku tak ingat jugak.

Ok pasal masak.
Aku bukan tak pandai. Aku pandai masak ayam merah, ayam berlada, semua yang bergoreng. Tapi aku tak pandai masak gulai kalau tak tengok resepi. Hahahah kemain nak bagitau korang aku pandai masak.
Cuma duduk di putrajaya dengan masa yang sangat terbatas, buat aku malas nak masak. Baik aku beli. Tapi kalau stay sabtu ahad aku masak la juga yang simple. Kemain hebat asyik nak beli banyak duit aku kan.

Kerja setakat ni oklah. Adalah a few things kengkadang buat aku tension tapi boleh buat lupa je. Terutamanya kata-kata manusia. Sekali dah cakap memang susah nak undur kan. End up kau buat aku terluka. Tapi kau tak perasan sebab kau pikir kau bagus. Itu contoh je. Aku takde masa ah nak gaduh.

Kalau korang perasan aku jarang buat entri emo emo marah. Bukan maknanya aku ni cool eh. Aku ni boleh tahan panas jugak hihihi. Cuma aku bukan reena zaman remaja yang nak rebel. Aku dah matang. Bila aku sakit hati, kecewa, sedih aku lagi suka tulis dalam kertas. Aku akan tulis panjang luahkan apa aku rasa. Then bila aku dah cool dan bila aku rasa ok fine aku dah lupa aku malas nak ingat--aku akan koyakkan kertas tu umpama aku koyakkan ingatan aku pada perkara tu. Lepas tu tarik nafas lega.

Bila sakit hati, masukkan dalam buih fantasi lepas tu tiup bagi buih tu menjauh. Hilang. Hahah. Aku kan penuh dengan imajinasi.

Oh eh dah banyak membebel ya.
Hihihihi.

Ok. Goodnight.

No comments: