Sep 17, 2013

Kerana kerisauan melampau dan gosh! mengantuknya

Ya Allah. hari ini hari mengantuk aku gamaknya.
mengantuk sangat-sangat.
dahlah sakit mata tahap tak kronik.
wuuuu nak pi klinik ambil mc boleh?
tapi kerja banyak canner? so kuburkanlah niat itu.
hadap saja kerja ini dan teruskan meroyan mengantuk.

ini kerana malam tadi aku tak boleh tidur.
saka mana merasuk badan aku ni pun aku tak tau lah.
tidur pukul 1 pagi pastu pukul 3 terjaga then sampailah sekarang tak tidur.
hoi. bagi aku ubat batuk boleh?
mata ni macam nak terkeluar dah. kepala berat.
rasa macam nak cabut kepala, taruk tepi.

ok. tarik nafas. hembus.

aku baru perasan sebenarnya aku ada satu penyakit.
iaitu--kerisauan melampau.

menda ni datang secara tetiba je.

maksud aku kerisauan terhadap sesuatu tu datang secara tetiba dan tidak kekal.
cuma risau time tu je. bukan berpanjangan.

contoh pertama.
kalau kat karak, aku tidur dengan ibu, di ruang tamu.
walaupun bilik ada. sebab ruang tamu sejuk sikit. kipas pulak atas kepala.
tapi ibu jarang jugak tidur di ruang tamu.
selalu aku tidur dengan syera.
ada satu malam aku tak dapat tidur sebab memikirkan kipas syiling tu putus dan jatuh atas kami.
kau boleh bayangkan tak?
bayangkan tiga empat jam memikir. hahaha. boddo. padahal kalau dah takut angkatlah buntut masuk tidur dalam bilik. ni tak. lagi kau tadah.

contoh kedua.
faeez, adik bongsu. umur dah 18 tahun.
sekarang berniaga burger tepi rumah. lepas berniaga dia suka lepak-lepak dulu.
lepak pun kat kedai mamak je tak sampai 3 minit bawa motor dari rumah.
tapi kau tau tak aku risau. aku punya pikiran ni cibs sikit.
memacam aku pikir. eksiden la (bukan aku mintak ya Allah jauhkanlah. tapi pikiran aku ni ha)
pastu sekarang kan kongsi gelap. aku bayangkan kedai mamak tu ada geng kongsi gelap gaduh la.
macam-macam tau.
aku takkan tidur lena selagi dia tak balik. once dengar je dia dah bukak pagar, terus Alhamdulillah lega.
lepas tu dia basuh baju dan nak sidai kat luar. aku macam eh takkan nak lepak lagi sedangkan baru balik lepak. aku tanyalah "nak pergi mana lagi?"
dia jawab "sidai baju"
muahahaha nasib baik tak kena tengking.
paranoid sangat kan aku ni. 

ada lagi contoh.
aku baca la juga penyakit ni. sebenarnya tak bagus.
ianya boleh lead to sakit mental.
ohmygosh. aku tak gila kay. hihihi eh tapi ada ke orang gila ngaku gila.

well sebenarnya aku ni risau dengan insan tersayang.
really.
aku macam korang la kalau boleh taknak sikitpun orang tersayang terluka. cedera etc.
kan?

dalam persahabatan.
kalau dah kawan, selamanya kawan, kan?
janganlah ada sengketa antara kita. hihihi macam lirik lagu.
sebab tak seronok.
kang aku nyanyi lagu Masih Aku Cinta-Shila Amzah kang. hihihi.
takpe.
semua orang dah ada hidup memasing.
aku faham kau, aku harap sangat kau pun faham aku.
sebab, semua pun ada jalan cerita hidup masing-masing.
cuma biar apa pun terjadi kita tetap macam dulu. ok.

ok.
aku nak balik.
aku nak tidur puas-puas.
sebab mata tak boleh bukak dah ni ha.
ada juga jalan balik rumah meraba je ni kang.

kay. chow bedah.

No comments: