Sep 13, 2013

Kerana Gemuruh


Di dalam gerimis, penuh rahmat, dia tersungkur
Cendawan akrab, sesegar pagi, yang permai damaikan
Nun di pinggir rimba, lantas mendambakan
Cinta sempurna, dari jiwa, bakal surinya

Di dalam kelambu, mendung ungu, dia tersalut
Kilauan kayangan, pedoman, ikhtiar dan arah
Persis aku tak mengangankan, hidup sederhana
Menyamai, hari-hari, mimpi-mimpinya

Sendiri meratapi, sekalungan sengsara
Dan menelan seksa, pahit maung pada pujangga
Terbukti kasihnya sengatan berbisa
Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

Tak tersedar menyeresapi ke pusat keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa



Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apa pun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasih ku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihi ku
Tiada sendu lagi di dunia ku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus ku tanggung
Jika kau pilih perpisahan

Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar
Mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap ku cinta
Kasih sayang ku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan lemah seperti kita
Sekalipun
Ku miliki esok
Takkan ku menolak ketentuan

tuuu dia lagu Gemuruh dan Andai Ku Miliki Semalam
aku ni kan, walaupun wanita lemah lembut sopan santun cakap macam berbisik gelak tutup mulut wahahahha mampus kena haktuihhh dengan korang lelebih lagi tqah dengan farah raihana sebab bagitau perangai sebenar diri sendiri, TETAP MINAT ROCK.
ok la, ok la.
aku taklah lemah lembut. sopan tu adalah.
eleh nak puji diri sendiri pun tak boleh ah korang ni.

aku suka lagu Wings, Search, May.
tiga ni memang aku layan la kot.
kalau pi karoke memang aku suka karoke lagu May.

tadi baca blog Diana Aziz pasal cemburu buta. uishhh takut eh nak membayangkan tahap cemburu manusia di sekeliling kita. Diana menulis mungkin dari pengalaman dia.
tapi memang pun lelaki/perempuan yang cemburu tak memasal ni dia ada rasa insecurity.
rasa tak selamat, rasa terancam dan rasa macam pasangan dia tu nak cari orang lain, ada lelaki/perempuan lain, atau paling kelakar dia rasa pakwe/makwe dia tu akan ada selalu orang ngorat. uhhh please.
kalau selalu pun apa salahnya *libas bulu hidung*

mak ai.
ada satu tahap orang yang cemburu buta ni boleh sampai jadi pendera/kaki pukul.
cepat jelah tangan dia nak lempang pasangan dia. ishh kalau kita pulak yang lempang dia camne.
rela?

ohya. aku ada berita gembira.
isnin baru-baru ini adikku Farah text aku

"ehem ehem bakal Mummy Ngah baru"

masa tu aku tengah tidur ok pada pagi buta. hahaha
bingkas aku buntangkan mata aku.

"serius?"

aku balas.
tapi haremmm dia nak membalasnya.

well yes.
dia dah nandung. sukaaa. Alhamdulillah.

memang dia takde tanda-tanda mengandung langsung.
kecuali muka dia naik jerawat dengan jayanya.

ibu dan abah la paling suka.






1 comment:

diana aziz said...

Wahhhh, tahniah dah nak jadi mak sedare... Suke le tuh... Hehe..

Mmg betul pn menulis atas pngalaman sendiri. Sebab tu emo terlebih. Haha....