Sep 2, 2013

Kerana The Conjuring, kahwin dan semua


hahaha mukadimah terus gambar. saja je bagi korang tengok pic aku. ada macam the conjuring tak?
wey aku dah tengok cerita tu ekceli taklah seram sampai teringat-ingat cuma banyak terkejut saja sebab hantu tetiba muncul. lepas tu sebab katanya itu berdasarkan kisah benar.
aku ni, kalau kisah benar je takut tu berdouble lah sikit.
sebab yelah, kisah benar kan.

so last friday family aku datang sini ambil aku.
saja je diorang nak jenjalan. family aku kan kaki jalan.
laju je kalau bab berjalan.
so makan di alamanda. diorang nak makan mamak tapi kau fahamlah kan mamak time petang jumaat sah-sah ramai orang. kang satu hal nak cari parking bagai.
abah tu dahlah tak boleh sibuk-sibuk sangat. nanti aku yang kena bebel.
so pergi alamanda senang tak payah banyak cerita.



empat wanita di hati aku. dari kiri farah, syera, ibu dan mieya.
tapi gambar blur sebab aku ambil time berjalan.
aku jarang cerita pasal syera kan.
dia ada je masih hidup ok tak kelakar.
dia adik yang susah nak bergambar dan tak suka berjalan.
tapi bila dia dapat berjalan, memang aku habis di pow nya.
tapi takpe, aku selalu cakap kat dia
"aku kerja memang untuk bagi duit kat kau shopping baju, bra, spender"
hahaha. yelah. memanjang nak beli bra la, spender la, tshirt la.
tapi aku layankan je. kalau takde duit belum gaji ye aku diamkan.



sabtu ke Felda Mempaga 1--majlis perkahwinan kakak kepada kawan Farah, Achik.
well achik ni kira anak angkat ibu lah, dia kawan baik farah.
so ini kira memenuhi jemputan sekaligus memenuhi perut.

see the makcik berbaju ungu belakang aku?


tengok kat tangan dia. gila rock makcik ni merokok hahaha.
tapi memang pun kat kampung memang camni.
aku takde isu dengan perempuan merokok sebab aku ramai kawan dengan perokok wanita.
so i'm ok with it.
aku pun dulu merokok juga.
tapi dari kertas takpun rokok daun arwah atok. hahah.
masa kecik kan, semua pun nak meniru.
lepas tu terbatuk.


then masa balik ikot jalan Lebu.
sebab nak beli kek Mieya. kek ketiga dia untuk birthday ke-2 tahun.
masa raya tu kan dah celebrate. dua kek aku beli.
tapi birthday sebenar dia semalam 1/9
buat time raya nampak meriah sikit.
tapi aku nak juga kek untuk actual date so marilah kita beli.
parking je depan Kak Jah Bakery something bad happened.
kereta rosak. clutch tak masuk. damn.
so call abah. ibu yang call. hahah.
ibu kena berleter dengan abah. bukan sebab kereta rosak tapi sebab sampai ke bentong.
tapi sebenarnya kitorang dah bagitau dah lepas kenduri akan ke bentong beli kek.
abah lupalah tu.
saja nak marah-marah. huhuhu.

nasib baiklah ada amit, adik ipar aku. tapi nak menunggu amit keluar site tu yang bercinta.
so lepak Mamak Tawakal since that depan tu je.
lepak tempat ada ekon sebab panas hahaha masing-masing berbaju kurung.
aku lagi hebat baju kurung hitam tebal pulak tu.
takpe neraka lagi panas T___T


duduk atas tangga dekat kedai jual nombor ekor. entah macam apa.
lepas tu sibuk bergambar.
masa ni amit dengan kawan dia berusaha menyelamatkan kereta.
kau bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 6.30 kat situ huwaaaa.
tapi seronok juga tengok orang lalu-lalang.
farah kata anggap lah kita lepak bustand macam kita selalu buat zaman remaja dulu hahaha siot.
entah apa yang best lepak bustand zaman dulu. jual muka ke hapa. laku ke.




ya. begitulah.

sampai je rumah lepas isyak terus pi makan kat kedai depan rumah sebab dah penat nak masak.
tokey kedai ni macam chipsmore kejap bukak kedai kejap tutup.
mungkin ni lama lah kot bukak sebab tengok ada beberapa pekerja baru dia bawa datang sini.
kedai yang banyak kenangan hihihi. kalau agak-agak nak dating kedai ni la jadi mangsa.
ala bukan dating pun lebih kepada nak berborak so jumpa di kedai.
senang. kelako pun ada haih.
depan rumah aku je kedai ni.
tak sampai seminit melangkah.


so this is the cake. tak sedap mana tapi janji ada. hamboi sampai tiga kek ko apekes kan.
yang dua kek tu memang puas hati la sebab sedap nak mam.
so taklah ralat sangat kalau kek ketiga ni biasa-biasa saja.
takde sambutan apa pun. pasang lilin nyanyi pastu potong. dah. tengok tv semula.
hahah kesian mieya. dia suka sangat nyanyi beday to u. so saja nak bagi dia hepi.


ada wanita yang berusia yang aku hormati kata

"saya tunggu awak kahwin, Na"

aamin.
hihihihi.
ramai ke tunggu aku kahwin? hahaha lol.
ok. serius ya. cukup-cukuplah gelak.
pasal jodoh. ternyata ianya rahsia. dan ianya isu yang a bit sensitif pada orang lain.
tapi pada aku, ianya isu biasa.
serius, aku tak pernah takut memikir jodoh, lambat kahwin sebab aku rasa aku masih muda muahahaha stetmen nak kena lempang.
Demi Allah. aku tak pernah rasa takut sangat-sangat tak kahwin takde suami takde anak.
perasaan--neutral.
aku suka apa adanya aku sekarang.
tidak terdesak. cuma manusia di sekeliling yang mendesak.

"kau bila lagi"
"kau bila nak kawen"
"aku tunggu majlis kau ni, reena" 
majlis apa? majlis tahlil aku ke? ok tak kelaka.
"kawen ni best reena. rugi kau tak kawen awal" 
ya, untunglah kau dapat rasa ke-best-an kawen awal tu.
"kau ni tak teringin ke hidup berkeluarga"

itulah soalan yang aku sentiasa dapat.
aku tak marah pun sebab dah ternyata kita memang suka mengambil tahu hal orang termasuk aku.
so aku kena redha lah kalau orang ambil tau hal aku.
hanya Allah dan aku saja yang tau apa/siapa ada dalam hati aku.
apa yang aku rasa. pandangan aku tentang cinta/jodoh.
hanya Allah yang tau.

tapi bila kata aku lesbian itu kuajor hahaha mana maunya aku suka perempuan.
naluri aku tetap pada lelaki jahat ah korang yang kata gitu.

jodoh belum sampai. belum ada.
itu saja.
tipulah kalau kata takde yang mendekati but like i said earlier, jodoh belum sampai.
aku dah taknak bercinta bagai nak rak macam satu dunia aku yang punya alih-alih tak kemana.
aku penat la macam tu. lagipun i'm not that young anymore.

pengalaman lalu banyak ajar aku erti hidup dan cinta ecewah geli bulu ketiak aku taip gini.
yelah pengalaman kan guru yang terbaik.
orang yang takde pengalaman yang banyak ni tak fun tau.
sebab tu bila adik-adik sekolah bercinta berebut pakwe aku buat tak tau je.
it's a learning process.
tapi tolonglah ye jangan nak poyo sangat. sebab panjang lagi hidup korang tu kalau diizinkan.
nanti zaman U lain pulak jalan ceritanya.
zaman kerja pun lain.
so chill saja.
tapi kalau kekal sampai jinjang pelamin akak memang tabik lah.
eh ada tau kawan aku yang bercinta dari zaman sekolah pastu kahwin masa umur 25.
itulah jodoh kan.
rahsia. tak disangka. 


awcakk. 
takpelah. jika satu hari nanti dibukakan pintu hati, merasalah korang nasi tomato aku.
doa-doakanlah ya.
mihmih.

1 comment:

Farah Kamarudin said...

motip ko gambo last cenggini dah kenape? hahaha.