Aug 19, 2013

Kerana Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang dan Madah Berhelah.


rabu lepas aku text ibu 

"ibu jum pergi Kuantan nak jalan-jalan Teluk Cempedak je. tapi ibu belanja"

kongajo sangat kan aku yang mengajak tapi suruh ibu belanja. yelah kot baru lepas raya duit pun tinggal macam serdak biskut huhuhu nasib baik khamis ni gaji.

so ibu balas

"ibu ok je"

yeeehaaa. aku kan sukaaaaaaa sangat laut.
tapi terkadang takut jugak. ada dua perkara yang aku takutkan.
pertama : tsunami
kedua : muka terbakar.

kihkihkih. muka terbakar pedih kot. gila serik.


ibu dan farah serta mieya mencari tempat strategik untuk landing. cuaca time ni sangat panas tapi berangin dah ofkos la berangin kan tepi laut kau dah kenapa reena taip menda yang boddo camni.
kecik-kecik mata aku sebab panas.

 di dalam toilet mekdi. pi beli mekdi untuk makan-makan piknik. so sempat lah lagi kami kemho di situ.

well pantai dia taklah best sangat tapi taklah huduh sangat. sedang-sedang saja.
tuuu di sana farah dan mieya. gila ke hape deme ni di tengah panas ni pi duduk kat situ.



aku nak banana pie tapi takdok. so order jela apple pie which is aku tak suka sangat pun tapi sebab nak juga pie kan, order jelah. aku kan jenis makhluk kalau aku nak, nak jugak, jangan kau tahan jebat.




ini budak wooo sangat kedekut ok. dia nak berkawan. siap bawa alatan buat pasir tu semua (aku beli kat kedai di situ dengan harga RM10). adalah bebudak yang nak main dengan dia tapi dia taknak share mainan dia. yang kelakar dia kutip penyodok, sudu pulak jatuh. kutip bola, penyodok pula jatuh. yelah. kedekut punya pasal takut orang ambil mainan dia. eh korang tau tak penyodok tu apa? ahhh jangan nak bandar sangat la ye tak tau penyodok tu apa.


si tukang belanja. terima kasih ibu huhuhu. nanti kakngah pulak belanja ye kita pergi air terjun chamang je dekat je lagipun huhuhu.



farah jahat. dia dera mieya tak bagi pakai kasut. dahlah pasir tu panas nak mam. menjerit aku suruh dia dukung mieya.

susah nak bergambar sebab dia macam taknak.
kena paksa pun taknak.
ini jelah yang dapat di snap.








 so inilah pose yang aku rasa hmm bolehlah mieya daripada takde.


 hehehe nampak gigi kapak dua batang tu, mieya.













pi makan di tanjung lumpur malangnya semua kedai tutup lagi sebab baru nak pukul 3.
so abah kata sauk je mana kedai yang bukak.
kedai apa entah nama dia supertop kot.
masuk je kedai aku jumpa menu tea 3 layer.
so aku order sebab nak try selalu dengar orang cakap air 3 layer 3 layer.
nak juga menerai apakah sedap seperti yang diwar-warkan.
so the result--yap, sedap kena dengan tekak aku.


ini sup ayam kut. sup adalah makanan favret aku.


 sayur kailan ikan masin favret abah.


 hahaha abah dah makan sikit baru aku nak ambil pic. bolehlah sotong tepung dia ni. sotong besar-besar ok.


ikan siakap bakar.
abah kata dia order ikan bakar yang ada petai tu tapi budak tu tak dengar kot so takpelah. perut dah lapar kira redha jelah.
abah punya prinsip jangan nak bising-bising tak puas hati kat kedai makan sebab nanti apa entah alasan dia.
ha camni kata abah.
contoh lah kita dah marah-marah dekat budak tu sebab tak dengar kita nak campur petai kan, lepas tu tiba-tiba kita nak tambah nasi ataupun nak order air lain, nanti manalah tau budak kedai tu menyampah, dia pi ludah dalam nasi atau air tu kan.
kalau rasa tak puas hati, cakap elok-elok tau.
huhuhuhu.

so itu sajalah jalan-jalan kami.
simple tapi tenang sebab dapat lepak tepi pantai.
abah siap boleh tidur lagi tau.
family aku memang camni suka buat plan mengejut.
kalau rajin aku ambil gambar, adalah entri kalau tak, kenangan tu jadi seperti di angin lalu je.




otw balik tengok langit cantik sangat.
sambil tu nyanyi lagu Madah Berhelah dengan farah.
lepas tu macam lupa lirik. aku pandang farah eh yeke tu lirik dia.
takpe takpe meh aku download lagu dia kat henfon. huhuhu.
sanggup engko download lagu sebab tak puas hati lirik salah.

kami memang suka karoke lagu ziana zain dalam kereta.
kalau tak Anggapanmu, Kemelut di muara kasih. takpun madah berhelah.

sampai je rumah pun dah pukul 8 malam kalau tak silap.


No comments: