Aug 20, 2013

Kerana Majlis Hari Raya SPP 2013

aku je ke yang rasa nak cuti lagi? tak puaslah cuti raya. tak puas beraya. huwaaa.
sebab aku cuti sehari sebelum raya. lepas tu raya kelima dah balik putrajaya.
nak cuti! nak cuti! jum semua buat piket reramai hehehe tetiba sangat. sayu je hati tengok kuih raya yang aku tapau bawa balik putrajaya. tapi sampai sekarang tak bersentuh lagi. doa-doakanlah kuih itu tidak ku bazirkan sebab membazir itu amalan syaitonn tau reena!

masa raya tu pun taklah beraya mana sangat. tak berjalan sangat pun. pergi rumah saudara mara terdekat je. sebab busy di rumah sendiri huhuhu. jadi bibik. bilalah aku boleh jadi datin ni duk goyang kaki arah orang gaji buat itu ini. mihmihmih.

masa raya taklah aku makan banyak mana tapi badan naik jugak eh ke maintain gitu malas nak timbang. aku ni bukanlah penggemar lemang ke nasi impit ke kuih raya ke. tak taulah raya tu apa je yang aku makan.
sardin jugaklah yang best. masuk raya kedua nak bau rendang pun dah tak mampu sangat.
tahun ni tak jumpa kuih bangkit dan kuih batang buruk kegemaranku.
dulu masa kecik sangat kuajor kan makan je kuih batang buruk, saja cakap menyembur depan sepupu.
suka ah kuih tu.
ok dah lah tu merapu pasal raya tak puaslah, tak puas cuti lah engko tu memang tak pernah puas ye reena. lempang sekali kang.
so semalam adalah sambutan hari raya office aku.
tugas unit aku adalah hias pentas. bayangkan eh jumaat lepas petang baru bincang nak buat apa lepas tu pagi semalam baru nak hias. majlis start pukul 12.
ok cun la tu kan. makanya kita buat simple je janji tak serabut kan.
tak suka lah nak krismas sangat.


ini Kak Nora. dia tengah menyusun huruf.
so lampu dewan sangat bling-bling then pic pun macam harom la kan. tapi takpe. janji apa yang aku nak bagitau dan tunjuk, sampai ke korang. masa ni semua bahagian busy hias gerai memasing sebab memasing nak rebut gerai terbaik tahun 2013.




itulah dia hero Unit Sumber, unit aku. dulu masa dia tak masuk lagi unit aku, kami je perempuan. nak buat kerja berat-berat pun, redha saja. sejak ada Rosni, tugas jadi lebih mudah. eh. dia kan tinggi melangit so marilah guna khidmat dia.
kakak-kakak manis dari Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib. alololo ayu sangat.
hehehe comel sangat pulut buat gini.
ni nak cerita pasal shawl urrggghhh i hate wearing shawl. tudung 4 segi juga idaman kalbu. tapi sebab takde tudung match dengan baju so terpaksa pakai shawl. aku bersiap pukul 6.20 semata-mata nak pakai shawl. kalau tak tu, pukul 7.20 baru nak sarung kain. kau ingat dah siap awal makanya aku dah setel awal? takde maknanya. nak pakai shawl je pun dah sejam. serius tau sejam. sebab pukul 7.30 baru aku siap semua. tapi TETAP shawl selekeh. arghhhh benci sangat.
hahahah jadilah kan dari takde. semua barang adalah barang sendiri kecuali pasu bunga dan batu putih kecik-kecik sebab batu kecik Rosni pi curi dekat bawah blok. dia kata masa dia nak kutip tu, melilau mata pandang kiri kanan takut Polis Bantuan sergah. hihihi. tapi after majlis kami taburkan semula di tempatnya.
merata kamera masa ni. tak tau nak pandang mana huhuhu bajer artis sangat sebab cakap nexttttt.
alololo ayunya kakak aku ni. Kak Ina. kakak yang paling vogue di unit aku. tengah pregnant tu tau.
sebab dua-dua baju cantik so aku snap. Kak Miza dan Kak Nora. 
dulu kawan baik sebelum aku merampas Kak Nora dari Kak Miza. 
ya. saya memang perampas.
lepas hias pentas, kena jadi penyambut tetamu pulak.
begitulah ya. multitasking sangat kan.
ni menu Bahagian aku. aku Bahagian Khidmat Pengurusan. Unit Kecil--Sumber Manusia.
yeah sate. tapi aku tak makan sangat sate. sate ayam ok la jugak.
sebahagian anak yatim. terima hamper dan duit raya. lepas tu aku pi telek angpau sorang budak ni. biasalah joyah kan nak tau berapa dapat. telan ailiyo ok. dik, bagi akak jelah angpau tu duit dah takde ni gaji khamis ni. hihihihi
main dish adalah nasi. daging masak lemak ikan salai. sayur campur which is aku suka gilaaa dengan brokoli lepas tu isi ikan.
hiasan gerai Bahagian IT. kau tau, masa diorang hias gerai ni hari jumaat tu, aku selamba je kata kat dorang, kalau tak menang tak taulah. dalam pic tak nampak sangat kan, tapi memang cantik la gerai dia. so you know what, memang gerai ni menang gerai terbaik
ohya gerai yang menang ni buat pasembor siap bawa masuk orang import. hihihi
penyanyi SPP. hihi alaa kualiti gambar sangat buruk sebab lampu.




watie. teammate aku. dia ni kan, aku benci tau sebab dia pandai serba serbi. menjahit, jahit manik, kerawang, masak semualaaaaaa. benci. untung suami dia kan 
*tangan didada mata ke atas*
Puan Aida. ingat seni sangatlah tu ya, puan.
tudung biru tu la CC aku. dia kan macam mak-mak. so motherly. dia suka bawa makanan. lepastu kami yang anak-anak ni kalau lapar mesti pergi tempat dia sebab ada macam-macam makanan. masa raya tu, dia cuti lama jugak. aku dan Kak Nora lapar lepas tu pergi tengok tempat dia yessss ada kuih putu kacang hihihihi. sedap.















dah susun huruf tetiba takde huruf R. huhu boleh pulak Kak Nora lupa buat.so jadilah pelat Majlis aiee ayeee.


























tu lah Encik S. bos yang suka bahan aku dan aku bahan dia. sehari tak mengusik memang tak sah. namun begitu aku tetap hormat dia dan takuittt dengan dia tapi sikit jelah. hihihi.

masa ni semangat sangat nak ambil pic sekali kena kacau dengan anasir jahat. mencik.
tengah tunggu vvip. adoi lambat dahla laporrr tau tak.

dan ini ada video parodi dari kami.

http://www.youtube.com/watch?v=ouOSDdE2d08

hahah nak upload dalam ni tapi tak jumpa so bagi link saja.
kalau rajin tengoklah.
mana aku?
mestilah aku takde. aku dan Kak Nora lari-lari masa ni.
sebab weols iz malu :p

so itu sajalah pic yang ada. huhuhuhuhu.

kbye.

No comments: