Aug 22, 2013

Kerana pada waktu itu

hai semua.
so dah khamis. esok jumaat hari yang sentiasa dinantikan setiap minggu sebab dah nak sabtu.
rasa macam minggu ni minggu yang panjang.
lotsa things to do.
but Alhamdulillah, boleh setel walaupunnnn hahaha ada walaupunnya jugak tapi takpe ku tahan dalam hati.

semalam kita dikejutkan dengan nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands.
ya Allah kesian. takut. ketar lutut semua ada.
bas kuning Genting tu memang nampak macam dah uzur.
ditambah pula dengan struktur jalan Genting yang berbukit dan berselekoh.
memang tak mustahil lah, kalau tak pandai kawal, semuanya boleh terjadi.
Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.
katanya melayu dua orang.
ya Allah. tak dapat bayangkan macamana takutnya mereka masa bas nak menjunam tu kan.
mesti menjerit sekuat hati sambil mulut tak henti mengucap.
takutnya.

tolonglah pihak yang berkenaan, selenggaralah bas pahang semuanya.
semua dah nampak uzur. dah tu pula driver bawa macam pelesit.
boleh tak driver bawa laju nak meninggal bila di highway Karak-KL.
engkau tau kan sebelum sampai Genting Sempah tu kiri kanan gaung?
kat situlah driver bas bawa macam apa entah.
setiap kali aku naik bas memang akan terfikir "kalaulah jatuh gaung"
bukan mintak tapi dah terfikir kan sebab driver bawa laju.

ok next story.

ini ayam sambal merah Farah. sedap gils kau tau. Jumaat tu aku sampai Karak mandi semua bukaklah periuk nak makan lepas tu dengar Farah tanya "kau nak tak aku masakkan ayam sambal merah" aku mestilah nak. memang favret guwa la oi merah-merah ni. aku taklah excited sangat nak rasa sebab tau mesti biasa-biasa je masakan dia ni hahaha. adik aku kan, aku taulah. tapi bila aku dah makan, rasa nak sujud kat kaki Farah sebab sedap nak mampus. sekali suap sekali puji sedapnya kau masak. hihihi sampai aku rasa dah tak terkembang dahlah minah tu.


ok ini nasi Goreng Halia. selalu pergi Johnnys inilah aku order selain steambot dia ohmy. please lah. sedap menggila. Johnnys memang restoran pertama di hati aku sebab entahlah. kena dengan tekak aku kot.




hahahah semalam petang makan di Sana'a di Cyberjaya. aku order shish tawouk ke apa entah namanya. dia macam kebab tapi roti asing. bolehlah walaupun banyak dia tabur sampah dalam tu. tu yang aku buat muka orang tu. huhuhuhu.



gosh. dapat juga akhirnya banana pie. sedap siot. aku dengan Kak Ina makan lepas tu rasa alaaa sayanglah nak bagi habis hahaha mengong la.

ohmy menggiurkan sangat. makan panas-panas lagi sedap.
bihun sup beli di FoodCourt Presint 9. dah banyak dah aku tuang sambal kicap tapi tak pedas sangat. aku suka pedas sampai menangis lepas tu sampai meleleh ailiyo. baru ngam ngam soi.

gitulah makanan aku minggu ini.
selamat berkembanglah badan sekalian alam. shot la.

ok next story.
ada orang yang jenis tak boleh tengok kemesraan orang lain, kebahagiaan orang lain.
ada orang dia fikir bila Si Minah rapat dengan Si Jenab kemana pergi berdua maka dia ingat SI Minah cuma nak mempergunakan Si Jenab.
malapetaka apakah ini?
eh iteee besfwenn fowever tau.
pernah dengar ke tak? jangan bebal sangatlah ye.
hihihihi marah ke.
taklah marah cuma pelik sikit dengan manusia camtu.

eh malaslah layan nanti aku yang meroyan lebih.
oklah bye.

No comments: