Aug 26, 2013

Kerana Karak. Karak takde hantu. cuma ada awek cun.


ada yang selalu bertanya "kau balik karak tetiap minggu ya?"
jawapan aku adalah "ya"
dan mereka start buat muka pelik.
pada aku takde yang pelik pun.
sebab karak tak jauh mana. lepas tu aku masih ada mak ayah.
aku ada tanggungjawab kepada ibu abah aku.
kalau duduk sini pun aku bukan duduk diam pun.
paling kuat ke Alamanda mengabiskan duit yang taklah banyak mana tu.
tengok wayang, karaoke hey lagha lagha hihihi padahal aku suka.
so dari aku mengabiskan duit ke sana sini baiklah aku balik mengadap muka bonda dan ayahanda tercintaku.

so reena, kau ni takde social life la ya?
ok nak bercerita pasal social life ya. meh sini nak cakap. aku dah puas hadap semua tu.
aku pun macam uols uols yang bercinta jugak. keluar dating, pi makan dengan pakwe semualah. 
ada. dah puas. sekarang aku single, bagilah peluang aku habiskan masa dengan family aku pula.
dulu masa hangat bercinta, hari-hari keluar. balik karak pun still keluar. cuma ada masa dengan family berapa jam je. rasa menyesal. tak dapat tolong ibu buat kerja rumah semua tu.
kalau keluar bukan dekat-dekat.
ke melaka lah, kuantan la, nak tengok laut la, itulah inilah.
macam......baik kau tak payah balik kan.
kalau setakat balik tapi tetap keluar.
rasa pathetic. sedih.
dah emo. huhuhuhu.

tapi orang kata, zaman bercinta kan semuanya indah.
so masa tu rasa bahagia jelah takdelah nak sedih ke apa huhuhuhu.
tapi bila fikir semula sekarang ahhh sedihnya bila ingat.

so ada hikmah sangat Allah tetapkan takdir ini untuk aku.
bila berpisah dengan dia, aku jumpa semula diri aku yang hilang.
so i am happy just the way i am.
aku rasa bersyukur, di atas perpisahan ini walaupun ehem ehem terkadang teringat.
tapi kejap jelah. tak kuasalah nak ingat lelama.
mana yang manis kita kekalkan di ingatan.
mana yang buruk jadikan sempadan.

orang lain tak perlu kot nak tetapkan apa yang aku perlu buat seperti
"reena kau tak perlu kot balik tiap minggu. duduk rumah sini jelah"
"reena, kenapa kau tak buat macam ni? kenapa tak buat macam tu"
"aku rasa kau macam ni lagi ok kot"

betul.
terkadang kita manusia perlukan second opinion dari orang lain.
that's correct.
tapi bukan opinion yang tujuannya untuk mengatur cara hidup kita.

ok panjang pulak mukadimahnya ye dak hihihi.
aku biasalah.
saja nak cerita aktiviti aku kalau balik karak.


selalunya pergi pasar pagi Bentong. tapi sebab malas so pergi Karak je. tujuan--cari petai.
farah tu teringin nak petai sebab kebetulan suami dia si amit tu ada kerja 2 hari di karak.
so dia pesan ibu masakkan sambal petai kulit.
idaklah dia berisi lagi masih tiada rezeki. cuma nafsu melantak dia saja yang berkeinginan.
aku kalau petai ni memang a big nooo la kan.
tapi cuba bagi aku sambal jering, memang aku ratah gitu saja.
tapi yang mentah aku tak makan ya.
ibuuuuuu nak sambal jering!!!!

tetapi petainya tiada.
sudah habis kata nyonya itu.
ibu kata takpe nanti cari tempat lain.

this is why aku suka balik karak.
suasana, penduduknya, makanannya, semua membahagiakan.
pergi mana ceruk di karak mesti jumpa orang yang kenal sebab konsep karak, kau saudara aku, aku saudara kau hahaha. puak kaum kerabat duduk dekat-dekat.
sebab tu dulu aku tak dating di karak. kebarangkalian untuk aku jumpa bapak-bapak saudara aku adalah tinggi.

dulu farah masa tingkatan berapa entah, tiga ke dua.
dia dating dengan pakwe dia nama Azman.
lepas tu pakcu aku nampak. pakcu aku lempang azman sampai terjatuh topi si azman tu hahaha.
nasib baik farah tak kena lempang sekali. padan muka.
kecik-kecik dah pandai bercinta.
sampai sekarang kalau cerita semula, kitorang akan gelak gila.
dahlah dating tepi longkang, tepi tembok.
memang mendapatlah ko kan.
lepas tu pergi mana-mana terjumpa bekas cinta monyet hahaha kelakar pun ada like seriously aku pernah kapel dengan dia? serius? hahaha.
those were the days.

lepas ke pasar pergi Kedai Jahit Metro.
ini kedai jahit favret aku.
sebab dia buat baju best.
selesa di badan.
pergi sini sebab abah nak potong kaki seluar.
hari tu beli labuh sikit dah tak pakai raya.
abah ni cerewet sikit kalau bab pakaian.
baju kotor sikit pun tak boleh.
seluar labuh sikit pun taknak pakai.
kalau boleh nak ngam-ngam.
huhuhuhuhu



dan selepas itu barulah kami pergi breakfast.
ini gerai terbaik di karak. so far. mungkin ada yang lain tapi yang aku pernah rasa, inilah dia.
saudara aku juga hahaha kan aku dah kata kaum kerabat juga.
kedai ni macam-macam ada.
tapi kau kena awal. kalau tak tinggal seketul ayam saja.

sambal dia the best.
aku mesti nak ambil banyak sambal dia sebab aku suka merah-merah.

pashmina baru ku. hahah dapat doorgift masa mesyuarat Puspanita.
aku dapat kaler biru lepas tu cepat je tangan aku tukar kaler pink.
cantik tak cantik tak (paksa angguk)


dan petang sikit ke Tongfatt sebab aku nak tambah barang dapur apa yang kurang.
tak banyak pun beli since banyak lagi barang dapur.
aku suka shopping sini bukan sebab aku tak support barangan melayu.
tapi sebab aku selesa sebab sejuk hahaha.
parking pun luas.



 arghhh abah halang aku nak bergambar.




then balik dari tongfatt ke pasar malam mempaga sebab ibu abah still mencari petai.
aku macam dah malas sebab penat tapi ikotkan jelah.

then ahad.
celik je mata, abah ajak cari durian.
haruslah aku excited sebab durian kottt. aku kan hantu durian.
so kami ke jalan manchis cari durian.
gerai durian tu betul-betul depan simpang Chemomoi.

jalan manchis ni memang berliku-liku. abah bawa laju i iz fening ok.

terujanya aku.

tu nyonyanya.
memang sedaplah duriannya.
sekilo rm7.
tapi memang berbaloi.




ok fine. muka aku kan tembam.
sesuai ke tak eh pakai selendang tanpa awning?
tapi aku pakai jelah sebab aku kan jenis peduli apa kan.
janji menutup.


ok itulah aktiviti aku pada hari sabtu dan ahad.
ikotkan ibu ajak pergi Kuala Lipis or Lepih bak kata dato ct.
tapi aku cakap, kakngah balik nak berehat huhuhu penatlah ibu.
so ibu kata takpe next time la kay.

kat sini, aku ada kawan-kawan. kawan seopis. kawan selepak. memang happy.
tapi aku pun akan jadi double happy kalau dikelilingi oleh family.
lagi best kalau semua ada berkumpul.
saat paling best bila bentang tilam depan tv dan tengok tv sama-sama.
selalu tengok Running Man dengan adik aku, faeez.
since faeez pun dah berperangai dewasa, remaja sangat, dia pun selalu melepak depan rumah dengan kengkawan dia, so hanya aku je yang gelak tepuk lantai tengok Running man, sorang-sorang.
sedih.
adik dah besar.
dah tak macho duduk rumah layan kakak tengok running man.
lebih macho layan kengkawan. sobs.

okbye.

1 comment:

dilla nazri said...

Org2 karak sebelum kawen mmg mcm tu..daku, adikku pun begitu jua suatu ketika dahulu..