Aug 2, 2013

Kerana cemburu tandanya sayang

huntunglah siapa yang last kerja hari ini. 
boleh balik kampung dengan gembira sekali.
selamat balik kampung ya. please please and please berhati-hati di jalanraya.

so dah hujung-hujung puasa ni takde de nak semangat dah nak makan berbuka apa.
ada depan mata telan jelah. jangan banyak cekadak.
so dulu semalam (haktuiii dulu semalam baru nak cerita hari ini) ke The Mines sebab nak pergi Daiso.
you know, aku suka sangat dengan Daiso.
barang dia semua. semuaaa comel. lepas tu semua macam eh ni apa ni, untuk apa ni.
lepas tu asyiklah alololo comelnya yang ni, kenapa comel sangat ni, eiii geram!
begitu.
Daiso ni kedai rm5. tapi tak semua ya harga rm5. ada yang rm10 dan 15.
but mostly rm5.
cute.
erghhhh.

so before menyoping aku dan dhiya berbuka di little wok kitchen.
ok la. bukan favret sangat tapi orang kata, janji ada hahah.


ikan keli ke? yang ada misai tu. baappaakkk besar ok.
aku geli ikan besar gini. geli geleman aku.
tapi serius besar gila nak meninggal.
ni ada di sungai bawah the mines tu.

ini makanan aku makan. kam heong chicken rice.
bolehlah. rasa kari.
gulp lapar la pulak hahaha.

wantan/wanton favret aku. sedap. lembut je.


ok dah.
ingat tak aku cerita pasal abang tukang buat air kedai makan yang ajak aku dan dhiya keluar tu?
tak ingat? nah KLIK SINI
ok meh nak cerita.

lepas balik dari the mines kami singgah minum kedai dia sebab dahaga la kan takkan sebab nak tidur.
nak minum dalam the mines time tu the mines dah nak tutup.
so singgah  minum. okla kan sebab kedai dah biasa pergi.
selama ini ok sangat.
aman damai je.
abang tukang buat air tu pun ok je. takde buat perangai.
so aku dan dhiya order air.
masa dia hantar tu dia letak 3 gelas air.
aku tanyalah

"eh ni bukan kami punya"

dia jawab

"ni saya punya"

aku pandang dhiya, dhiya pandang aku.
kami buat muka.
ala muka yang hanya kawan baik kita je yang tau. muka nak cakap "kau dah kenapa"

boleh pulak dia lepak dengan kami sepanjang masa tu.
dia ada tanya memacam kami jawab ala kadar je.

ok. bukan nak menyombong. tak.

cuma kami datang nak minum.
nak berborak tapi macam tak selesa la kan kau ada.
kau kan pekerja kedai. apa kes nak lepak dengan kami.
adoii.
terus aku dan dhiya jadi takut nak datang kedai tu dah.
apa pandangan orang lain yang datang minum tu kan.

lepas tu kan, masa nak balik aku order milo ais sebab kononnya untuk sahur.
sampai rumah macam dahaga la pulak.
masa nak sedut tu aku tak jadi sedut sebab aku saiko ok.
aku terus baca 3 Qul dan ayatul kursi lepas tu hembus ke air tu.
hahaha saiko nak mampus kan.
yelah manalah tau kan dia berniat jahat.
nanti takde dah aku duk malaysia. tu ha ke Golok lepasnya.
rindu pulak korang kat aku nanti.
lepas tu kerja aku, jual tikar jual surah-surah datang rumah korang.
letak tikar atas kepala. hihihihi.

zaman sekarang ni takdenye nak pikir baik sangat.
terus pikir buruk ok demi keselamatan kita ni.

ohya.
pukul 12.30 tengah malam tadi ibu mesej

"pak andak bahrin meninggal"

aku baca mesej tu pukul 4 pagi time sahur.
terkejut sangat.
pak andak adalah adik tiri abah.
sakitnya dah lama kot tapi yang teruk ni dalam bulan puasa.
Al-Fatihah untuk pak andak.
dan takziah untuk seluruh ahli keluarganya.

aku sebenarnya sedang menahan cemburu ni.
sebab ramai yang dah stat cuti raya.
erghhh jeles. kbye.

No comments: