Aug 6, 2013

Kerana aku perempuan miang-miang keladi

sunyi doh opis ni tinggal berapa kerat je yang ada. well iteww bowinggg tau hihihi.
sumpahlah weh bosan gila nak mampos sunyi pun ada.
arghhh nak balik kampungggg.

semalam kan, aku ke Alamanda sensorang. cey sedih je bunyinya.
taklah, aku memang suka jalan sensorang sebab tak payah nak fikir dua kepala, 3 kepala.
nak masuk kedai tu, masuk je. tak payah nak tanya "nak masuk tak?"
begitu.

balik kerja, mandi terus bersiap.
dalam pukul 7 jugaklah aku keluar.
well, sedih sebab Allah Bagi Cuti. so puasa tak penuh huhuhu.
marilah kita menggunakan kesempatan cuti ini untuk berjimba sensorang.

sebenarnya ada tujuan nak beli barang peribadi aku huhuhu.
raya ni kan. haruslah serba baru.

masuk Watson. tujuan tak de tujuan. tapi nampak Maybelline.
try lipstik dia whoaa macam cun.
sendiri pakai sendiri puji kan, dah takde siapa nak puji  T____T


itulah lipstiknya. code Mat2.
macam pink-pink sikit.
buku nota tu beli di Daiso The Mines RM5.
aku tak pernah bagitau kan. hobi aku adalah mengumpul buku nota yang comel di mata aku.
selalunya aku guna 2,3 muka surat je. lepas tu jumpa yang lain, beli, guna 2,3 muka surat dan begitulah seterusnya ya.
dah banyak sangat buku nota camtu kat rumah aku.

ok cerita pasal lipstik aku ni kay.
baru terjadi sekejap tadi. muahahaha.
bos aku, Encik S tegur kenapa aku pakai lipstik pekat sangat. 
aku macam, hah?
dia kata

"reena, reena tak sesuai pakai pekat sangat, terang sangat. reena sesuai pakai yang lembut-lembut je. ni mesti tak puasa ni. hahahha"

gelak besar dia.

aku tanya kenapa.

dia kata

"nampak reena macam perempuan miang"
*facepalm*

hahahaha. tak tau nak nangis ke nak gelak.
perempuan miang???
serius nampak perempuan miang kalau pakai terang sangat?

depan dia juga aku tekap dengan tisu.

"eleh sentap la tu kan saya kata macam tu. ha, camtu baru sesuai"

"eh mana ada sentap pun"

hihihi. sentap sikit jelah.

tapi aku dengan Encik S lek lek je. dia bahan aku, aku lagi bahan dia.
dah biasa dah tu. tapi aku tetap hormat dia sebagai bos.

nanti aku nak pakai yang merah menyala tu pulak. tengok dia tegur lagi ke tak.


spageti.
tak sedap. tak habis pun.
lepas tu waiter offer nak bungkuskan. memang taklah aku nak bungkus dah kalau tak sedap kan.
siapa nak makan kat rumah.

harus adaaaa. hihihi.

cerita pasal raya pulak.
plan raya pertama aku nak masak laksa.
dengar tak kengkawan?? aku nak masak laksa.
aku yang masak. bukan ibu bukan sesiapa *ikut nada budak kapel seminggu*
hihihi.
harap menjadi la laksa aku.

baju raya Farah takde.
hantar tailor. nak pergi ambil tailor dah balik kampung.
aku rasa nak mengamuk depan rumah dia, tepuk-tepuk dada macam kingkong.
masalahnya dia dah balik kampung.
kurang asam kan?
kau jiran aku kot. walaupun rumah kau hujung sana, rumah aku hujung sini tapi still berjiran.
tak boleh ke kau datang rumah bagi je baju tu kalau dah tak sabar sangat nak balik.
ni senyap-senyap dah balik kampung.
kesian ok farah.
aku dah pernah kena dengan tailor lain 2 tahun lepas.
nasiblah farah ada baju back up.

ok itu saja dari saya,
Perempuan Miang T___T

No comments: