Jul 30, 2013

Kerana kita memang tiada jodoh

lama tak jengah blog ni ha. dasar pemalas tahap jurus ke 78.
kita borak kosong jelah ye. nak borak dengan berkopi bermilo semua, puasa.
tak sangka dah nak tamat Ramadhan. kenapa cepat sangat berlalu?
aku suka bulan Ramadhan. selain bulan yang penuh keberkatan, ianya juga bulan yang penuh ketenangan, memori dan impian untuk aku.

Alhamdulillah. sehingga hari ini puasa aku penuh lagi yeeehaaaa.
aku harap ada keajaiban tahun ni supaya puasa aku penuh. hihihihi.

bulan puasa ni takde sehari pun aku masak. hihihi.
sebab bila balik karak, ibu mesti nak masak untuk aku.
cakap je nak makan apa, mesti ibu masakkan.
heaven sangatttttt. 
kalau di sini, sama ada berbuka di luar ataupun membazir di bazar ramadhan.
eh taklah bazir pun. aku cuma beli apa yang aku mampu makan. bukan yang aku NAK makan.
so far, ok lah lagi.
aku suka pergi bazar di UNITEN, BANGI.
sebab setakat yang aku beli ni, semua sedap.
be it yong tau fu ataupun popia basah (favrettt aku weeee)

lepas tu tempat makan favret aku dan dhiya adalah di Serdang.
kedai dia kecik je tapi sedap.
so semalam pergi lah untuk kali yang ke 80 (termasuk sebelum sebelum puasa)
so memang pekerja di situ dah kenal kami cey perasan.
tengah tunggu berbuka semalam abe buat air datang menyibuk ajak berborak.
kita ni puasa, badan dahlah penat.
dia cakap loghat kelantan pekat sangat manalah aku dan dhiya nak faham.
asyiklah aku "dok pehe la" hahaha itu je aku jawab.

"nanti bawok saya gi derat eh" katanya.

aku dan dhiya saling memandang. kejadah pulak gi derat ni.

hahahahaha adooiii.

lepas tu baru macam dapat tangkap bila dia kata mana-mana aja sebab bosan duduk kedai time cuti.

woooo mintak bawa dia jenjalan. hahahah.
kelakar.

dahlah kita tak kenal lepas tu berani ajak kita keluar jenjalan.

"yelah, time cuti la ye" aku jawab

"mari sini deh time cuti ambil saya kita gi derat. kita pergi bertiga je deh"
gitulah lebih kurang ayatnya.

memang tak la aku dan dhiya nak keluar dengan entah siapa kan. hihihi.
tapi sebab malas nak berpanjangan, layan kan je.

ok.

jumaat lepas aku nak buka akaun maybank.
lepastu pergi dengan dhiya ke maybank presint 2. punyalah ramai manusia hoii tensen aku.
dhiya suggest pergi buat tempat lain.
so kami pergi Bangi (lepas google di mana terletaknya maybank bangi)

on the way tu hujan maha lebat.

so dah sampai Maybank Bangi setelah harungi hujan lebat, ribut semua.
dhiya cari parking aku berlari masuk maybank.

eh, apsal gelap maybank ni

kataku dalam hati.

then ada adik duduk luar maybank depan ada tabung derma anak yatim.
aku pun pergi tanya.

"dik, time rehat ke orang maybank ni? tutup ke time rehat?"

"mesin atm bukak, kak. kaunter je tutup"

"la, kenapa? bukan ke kaunter tak tutup kalau rehat?"

"tutup kak sebab hari ni nuzul quran selangor cuti"

aku gelak kat situ jugak hahaha bengong.
camne boleh lupa Bangi tu dalam kawasan jajahan selangor.

masuk je kereta aku terus jerit kat dhiya

"u tau tak hari ni selangor cuti dan bangi dalam kawasan selangor!!!!!!"

lepas tu gelak macam menggila.
padahal nak nangis.

lepas tu semalam pun nak bukak akaun, pergi Maybank Bangi yang sama.
tanya kakak kaunter, "sistem down dik tak tau sampai pukul berapa"

baiklah. saya berambus sekarang.

pergi serdang.
ok cun. tak ramai orang. dapat nombor duduk tunggu giliran.
sambil borak dengan dhiya.

tiba giliran aku, dia mintak i/c.
tekan tekan, masuk masuk, i/c tak boleh dibaca. cip rosak.
ok fineee enough is enough.
katanya kena tukar i/c baru dulu, then datang semula buka akaun.
ok fine.

esok baru buat i/c baru. fineeee hetchuuuu.

cerita raya.
baju dah ada. dua helai.
raya pertama pakai jubah hitam je.
sebab malas nak melaram.
aku dapat bayangkan aku cuma duduk rumah je jadi bibik.
so beli jubah hitam but of course adalah manik-manik sikit.

raya kedua baju kurung tema purple.

duit raya dah tukar.
satgi tak tukar, tak dapat pula duit raya bebudak yang datang beraya.

kuih raya dah tempah tak dapat lagi.

yang lain-lain tu tak taulah apa.

raya datanglah rumah aku. ini serius.

oklah bye.

1 comment:

diana aziz said...

Ok, raya ni sy dtg.... bwk bb alya sbb nk kutip duit raya utk dia.. voley? hehehe