Aug 14, 2013

Kerana BODOH kali pertama kedua ketiga

mari berborak nak?
kesian aku kan. takde kawan nak berborak lepas tu borak dalam blog jelah boleh.

ni kira random story of mine la ye.


1. aku adalah muka kaunter pertanyaan. contoh di LRT stesen ya. biarlah ramai manusia macamana sekalipun selalu akan ada orang yang datang bertanya arah pada aku. selalu. sedangkan sebelah dia tu ada juga orang takdenye dia nak tanya. why must me? huhuhu. tapi aku anggap itu keistimewaan aku la kan.

maybe muka aku ni muka suci tu yang orang suka tanya hahahah jangan nak cebik sangat mulut tu ya.

2. ada sekali aku nak beli token LRT, then datang seorang lelaki out of nowhere tanya pada aku ada tak duit pecah (dia pegang duit RM10). tiba-tiba ya. sedangkan ramai lagi manusia yang beratur kenapa mesti aku? aku tanya dia nak pakai berapa. dia kata RM2. so aku bagi je dia RM2. bukan nak tunjuk kaya sangat tapi aku malas nak korek-korek purse cari RM10 singgit singgit. he said thanks aku cakap it's ok. tapi bila dapat tolong even RM2, ada satu perasaan yang sangat indah dalam hati. ini semua kuasa tuhan. dia datangkan orang untuk aku tolong. mana tau lelaki tu doakan yang baik-baik untuk aku. kan?


3. masa raya kedua hari tu aku ke pasaraya dengan farah. masa nak bayar di kaunter, aku terdengar perbualan lelaki perempuan yang ku kira suami isteri.

pasal pergi kenduri kahwin.

lelaki : abang masa tengok muka pengantin perempuan tu pun abang dah tau dia dah rosak. perempuan kalau hilang dara ada tanda kat muka. patutlah mak dia beria nak kawinkan dia, anak dia dah rosak rupanya.


time ni aku pandang lelaki tu dan jeling.


perempuan : yeke abang?

lelaki : ya. abang pandai tengok perempuan yang dah takde dara ni.

bodoh. aku kata dalam hati. tengok muka macam penyangak takdelah macam ahli sufi ke apa. apa ke ada tanda ke kat dahi "dah takde dara" kalau perempuan tu memang dah takde dara?

serius la aku menyumpah dalam hati hahaha.

lepas tu aku pi timbang. masuk coin 20sen. boleh tak lelaki bodoh tu telek berat badan aku. bodoh kali kedua.

then dia suruh isteri dia timbang. dia tanya aku "dik masuk berapa sen ni"
aku buat muka menyampah well muka tak kuasa nak layan "20sen la" dengan suara yang sengaja dikuatkan macam marah.

hahahah. benci aku. aku payah tau nak menyampah orang yang aku tak kenal.

tapi entah kenapa aku menyampah dengan lelaki tu.
hebat sangat ke kau tu boleh tau ada dara ke tak. tengok dara tau, tapi tak reti baca kat mesin tu tulis 20sen. bodoh kali ketiga.
dah tu pulak cakap kuat macam hebat sembang lebat borak tak jatuh.
dah kenapa kalau bebudak muda nak kawen awal sebab dia dah rosak ke?
itu namanya jodoh. 
haih. bodoh kali ke empat la abang tu.

oklah bye.

3 comments:

Unknown said...

memang bodoh!bole dibaca ye dara ke x dara org itu..

diana aziz said...

ahli nujum ke ape? Bodoh kali ke seterusnya... hehe

Encik Suami said...

amboi..keian lagi mulut lelaki itu kan?mas atue bawak cili x dlm handbag?