Aug 13, 2013

Kerana Raya Pertama Kedua Ketiga dan bekas kekasih

secara rasminya untuk aku, raya dah tamat.
hari ini dah mula kerja.
raya kali ini biasa-biasa saja.
sekarang ni bukan raya kot yang ku kejar. cuma saat bersama keluarga yang aku suka.
siapalah tak suka kan, kemas rumah sama-sama, masak rendang (ok tipu, selalu ibu je buat) lepas tu isi kuih muih dalam bekas kuih. weeee it was fun.
but ofkos, hari raya aku tiap tahun adalah simple.
i dont give a damn about baju raya. my baju raya.
ada, adalah. kalau takda tidaklah ku kisah.

sehari sebelum raya, macam biasalah, aku dan ibu abah pergi TongFatt sebab yelah, nak kayakan lagi apek tongfatt tu. tongfatt ni kira pasaraya utama orang bentong dan karak sebab apa pun aku tak taulah kan.
nak pulak sekarang ni dia dah ada bangunan baru yang lapang, senang parking dan besar gila lepas tu ada aircond bila masuk rasa taknak keluar hihihihi.

nak beli bahan-bahan buat rendang, nasi impit, laksa, dan semualah.







Mieya yang menada-nada sangat dia tu.


bertuah sangat aku dapat adik yang rajin ni.
masa ni dia gosok lantai dapur.
maaflah tayang pic buntuit kat korang ala sekali sekala apa salahnya.


sebenarnya inilah pertama kali aku kenal ikan sardin.
ni pun sebab nak buat laksa. kalau tak, haromm aku nak kenal.
fine. aku rasa macam tak penting nak ingat nama ikan semua ni sebab tu aku malas ingat.
baru aku tau, ikan sardin sangat comel.
yang aku tau, ikan sardin dalam tin tu je T___T

ok sebenarnya pic adalah tunggang langgang.
masa pagi raya aku pakai selendang tau.
lepas tu aku dah rimas, lantas meminjam tudung segera farah.
ohya raya pertama kami ke Kuala Selangor sebab farah nak balik lepas tu suami dia kerja lepas tu kereta suami dia buat hal lepas tu merasa lah aku ke Kuala Selangor bapak jauh itu pada pagi raya pertama.
itu yang sampai je rumah farah aku mintak tudung segera. barulah lega kepalo den ni ha.


hihihihi raya pertama pakai jubah hitam.
teringat zaman UIA.
pakai Abaya pergi kelas. Abaya kan jenis terbelah.
dalam tu mesti ada seluar jeans.
foreigner sangat engko tu kan.




perhempuhan yang tak dapat beraya dengan laki muka toya.
sebab laki kena standby.
tak faham aku kenapa kena standby time raya. kalau anggota beruniform aku faham la juga.
tapi takpe. si bini boleh cool (walaupun aku tau dia memendam duka ecewah) takkan aku pulak nak meroyan ye dok.


dalam pukul 6 petang juga la sampai rumah sebab jalan jem stat dari tol gombak pffftttt.
raya pertama kot ko nak jem pe hal.
sampai je rumah terus masak laksa.
so yang atas dan bawah ni member aku datang beraya nak makan laksa.
serius aku nak bagitau eh. aku tak pernah masak laksa (bukan laksa je tapi banyak la masakan yang aku tak pernah masak)
so memang ada kekurangan.
nak pulak masa tak cukup kan. deme ni semua lepas maghrib dah sampai.
so yang pakai topi tu bagi banyak komen.
i iz redha menerima segala komen.
dah kalau orang tak komen camne aku nak tau ye dak masakan aku ok ke tak.
tu namanya syok sendiri.
tapi aku happy sebab aku jamu mereka dengan masakan aku.
dan aku happy sebab aku dah pandai masak laksa yayyyyyy.




eh tetiba pic mieya di raya pertama. hahaha bantailah wokme.




inilah dia selendangnya. rimas juga eh pakai selendang ni.
kengkonon nak la nampak lain.
dah kalau muka tudung bawal tu tudung bawal jela khennnn.


kesengalan apakah ini?




berlemoih haih muka time ni.
tetamu datang lagi suka duk luar sebab luar sejuk kot.








so ini kek besday mieya yang ke dua tahun.
buat raya kedua.
kek ni sangat sedap aku tempah dengan kakak kenalan di FB.




pergi pasaraya di raya kedua.
aku dan adik beradik aku ni tak taulah kan.
ada je menda yang kurang, ada je menda nak kena beli.
so terpaksalah ke pasaraya Aktif di karak tu hah.


we love u mieya.
mummy dan mama sayang mieya sehingga ke akhir hayat kami.


makteh kesayangan.
seminggu sebelum raya aku bawa dia ke karak sebab dia nak beli memacam.
aku jadi driver la kan.
macam-macam ok dia beli.
periuk nasi letrik, penyapu sampah, pencakar, barang basah, baju bajan, kuih muih dan macam-macam lagilah. sampaikan kepala paip pun dia beli.
aku ikotkan aje.
makteh ni kena tunggu sesiapa bawa dia ke pekan kalau dia nak beli barang.
manalah larat dia nak naik bas kan.
dah tu aku anak saudara dia yang free time tu so aku bawalah.


jiran sebelah rumah








ni cuma suku ya.
keluarga aku lagi ramai ok.
tapi sebab memasing ada hal so ini je yang ada.










jangan nak cebik sangat muka tu ye tengok pic aku ni.
kata raya kan, bagilah aku chance sikit.







setiap kali pergi pasaraya menda ni la dia main.
dah tu pow aku pulak tu.










tolonglah tengok hahahaha.







raya ketiga.
on the way ke bentong sebab nak makan Marrybrown muahahaha.







ok ok.
inilah kulit muka asal aku. ni takde edit filter semua.
alololo perempuan biasalah kan.
ambil gambar pastu mesti nak edit sebab nak lagi cun. cun ke engkooo?
so nah pic tanpa edit.
aku kan pakai satu produk ni so masih dalam proses healing.










melepak kedai mamak masa raya ketiga petang sebab nak pekena teh la konon macam orang tua kan. huhuhuhu.





hari ahad raya keempat hahaha Tongfatt lagi memang muka tongfatt la kan.


so itulah antara pic yang ada.
banyak lagi nanti lah aku upload.

ohya.
malam raya ketiga tu, kami makan di kedai.
sampai je di kedai, adik aku si faeez nyanyi lagu apa entah something like lagu yang kecewa la ke lagu "entah mengapakah hatiku bergetaran bila bertemu lagi oh kekasih lama" lepas tu pandang aku.
aku pun buat tak tau dan pandang ke depan.
terus ohmaigoddddd my ex was there standing in front of me.
macam pegang something like tomyam ke air ke aku tak pastilah.
lepas tu dia pergi dekat ibu dan tanya mana aku.
aku dah macam nak turun kereta ke tak ni.
well yesss aku turun, dukung mieya dan terus pergi masuk kedai.
tengok ibu takde. rupanya ibu berhenti berborak dengan dia.
ibu ni memang!

walaupun sebelum ni pernah jumpa (selepas berpisah)
tapi tak tau kenapa malam tu jantung ni mengada sangat.
lepas tu ibu duduk. ibu kata kat aku "dia suruh kirim salam kat budak sombong"

like seriously aku sombong? seriously?

aku bukan sombong la.
aku cuma sedih. dan aku taknak pandang muka dia nanti aku lagi sedih.
jumpa waktu lain is ok.
tapi bukan masa raya.
kami ada baaaaaaanyaaaaakkkk kenangan masa raya.
dan sebab itu malam itu aku meluru masuk kedai dengan airmata hampir nak jatuh tapi aku pandai cover.
nak mengadap rezeki mana boleh sedih-sedih wooo.

cibs betullah.
spoil malam tu sebab menda ni je.
nak terjumpa tu time lain lah.
why must on hari raya?? why?
sobssss.

hari raya kan hari penuh nostalgia so bila ada kenangan time raya menda tu senang buat hati sedih.
nak lagi menda yang tak kesampaian camni ingat perempuan ganaih macam aku ni takde hati dan perasaan ke.
lol.
merepek dah letewww.

oklah.
bye.

No comments: