Jul 16, 2013

Kerana TEGUH


Segalanya sudah bermula

Ku hanyut dalam arus dunia

Hanya kerna pengertian
Engkau menanti
Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan
Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta
Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia
Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku
Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta
Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu
Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu

serius best si gadis ini punya cover.
dah lah ni lagu favret aku. hari-hari dengar pun tak jemu.
ada pula cover yang awesome macam ni. memang best.

ok. pepagi lagi ada orang buat lawak sampai aku ketawa dalam hati.
sangat kelakar. aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan.
tapi aku akan "simpan" lawak dia tu sebab kelakar sangat.
cramp perut aku ketawa tadi.
terasa nak usap-usap kepala dia dan cakap alolololo anjeww anjeww angat awak ni tau.

biarlah dia. dengan dunia dia. janji dia bahagia.

sabtu dalam pukul 10 pagi ke Tong Fatt di bandar bentong dengan ibu dan abah.
beli barang dapur. beli ikan sayur mayur untuk tiga-empat hari.
aku rasa dah tak muat dah peti ais tu.
ayam adalah wajib ada dalam peti ais.
sebab faeez kalau takde ayam mulalah tak selera nak makan. nyampess.
tapi ok gak ayam murah sikit daripada ikan.
total barang semua RM 187.00
wah mak-mak sangat iols ni kan.
ibu kalau shopping barang dengan aku, lepas tu aku yang nak bayar mesti masa nak ambil barang teragak-agak.
let say nak milo.
mesti dia nak ambil yang kecik je.
sebab takut bebankan aku.
hihihi comel sangat perangai gitu.

seperti biasa tiada gambar menu berbuka puasa sebab malas nak snap.
sabtu tu berbuka di rumah adik abah, makcikku.
so ibu (dan aku) tak masak.
eh ibu masak tapi tak banyak sebab anak kesayangan dia, farah dan menantu kesayangan, amit katanya nak balik dan sampai lewat sikit.
aku pun dengan eksaited order Durian Crepe nak bagi farah makan.
last-last dia kata tak jadi balik.
you know, i is kecewa tak terhingga. 
ibu dah masak untuk dia dan suami.
tapi jadi lagu tu. nak buat macamana kan.

ok itu saja. bye

No comments: