Jul 11, 2013

Kerana Ramadhan hari pertama dan hari terlahirnya aku

selamat berpuasa korang.
Alhamdulillah dah day-2 kan?
semoga kita beroleh keberkatan ramadhan sehingga hari terakhir. 
amboi ustazah sangat kan.

selasa petang aku balik karak due to an emergency case.
biasalah aku kan ironwoman. bila ada hal tergempar ibu mesti nak aku ada sama.
so zasss balik karak.
dan semalam aku adalah cuti.
tapi hari ini kerja semula.
hadoi nasib baiklah karak-putrajaya dekat je.
kalau karak tu macam kelantan ke perlis ke maunya aku bersibai tepi jalan.
eh tapi kalau dah jauh, takdelah aku balik ye tak.

so semalam di karak dapatlah aku ramadhan pertama dengan family.
ada hikmahnya emergency case tu kan.
macam biasalah kami bangun sahur pukul 4.
dulu kalau sahur je mesti tak selera nak makan.
sebab pentingkan tidur sebelum bangun nak pi sekolah. sekarang?
dua pinggan jugak aku makan.
tapi tak lah pinggan penuh tu.
sebab sahur dengan telur dadar, tuang kicap manis. selera ok.
sahur tak best makan yang berkuah. tak nikmat.
tapi adik bongsu aku, faeez kalau takde ayam muka macam ayam berak kapur.
kena juga ada ayam goreng.
haih. bebudak.

then pagi aku dah berazam nak mengemop lantai rumah.
so mop la lantai. sapu sawang.
lepas tu aku basuh porch depan. lantai porch tu dah sama dengan buntut kuali dah aku rasa.
sambil aku basuh lantai, mieya mandi kolam dia.
sampai biru-biru muka kaki tangan tu semua.
sambil basuh lantai aku mendobi.
basuh sarung kusyen kerusi kat porch dan sarung kusyen sofa ruang tamu.
lepas tu basuh telekung.
dah siap semua, aku ke dapur. bukak peti ais.
haip bukan nak minum kay.
tapi nak clearkan peti ais tu.
kasi bersinar.
dekat setengah jam jugaklah aku mengerjakan peti ais tu.
banyak betul mendanya dalam tu.
dengan budu, cencaluk semua tu abah punya.

so setel semuanya pukul 2 petang.
kau bayangkanlah.
pukul 9 start sampai pukul 2.
bila dah siap barulah terasa lapar hahahaha.

mandi dan zohor.
lepas tu tidur dengan mieya berhimpit atas sofa yang tak bersarung. huhuhu.
pukul 4 baru sedar.

petang tu pergi bazar dengan abah. sekali ramai gila manusia kat karak tu.
parking takde. lepas tu abah malas terus pusing balik pi bazar mini dekat dengan rumah je.
jadilah abah kata janji ada kuih.
so ibu masak daging kicap (favret aku. aku apa je yang kicap memang favret)
sayur kailan.
sayur bayam.
ikan sepat masin.
sambal tempoyakkkkk sukanyaaaa. ambil tempoyak kat rumah makteh.
lepas tu makteh bagi sayur kulat lemak.

buka puasa berempat je.
mieya takde kena culik pi rumah tokcik dia.
so terasa lah sunyinya.

dan hari ini, here i am. di opis. 
dengan sejuknya.

so pagi tadi bangun sahur.
sambil tu check fb.
sekali ada orang wish birthday.
lepas tu aku gelak. sebab sumpah aku lupa hari ni birthday aku.
tak ingat langsung.

then ramailah yang wish.
aku memang tak open wall fb aku.
so aku je yang boleh taip di wall.
tapi ada yang gigih hantar kat inbox, tag picture, tag nama aku kat status.
terharunya. kesian korang kan, ada niat nak wish tapi aku pulak tak bukak wall.
ai is feeling artis sangat kan?
hihihi.

well.
at this age, nothing matters dah.
except nak jadi hamba Allah yang bertambah baik. baiki kekurangan diri dan cuba untuk jadi reena yang bersederhana dalam segala segi.
nothing matters tu maknanya dah takmau pikir perkara remeh temeh.
siapa yang berada di sisi, siapa yang takde. kawan hilang, taknak kawan, orang mengumpat.
jerawat naik, berat badan naik (ok ini tipu, selalu meroyan sensorang), mereka yang cuba nak jatuhkan aku.
semua tu aku dah taknak peduli.
sebab bila pikir menda remeh temeh ni aku akan sakit kepala.
walhal mendanya celah gigi saja.

lepas tu adik aku, farah ada buat entri khas untuk aku
KLIK SINI
dan my bff, farah raihana pun ada entri birthday untu aku
KLIK SINI JUGA

ok itu saja bye.


1 comment:

Rapunzeel Cikilolo said...

happy belated birthday...

rahmat di bln ramadhan

:)