Jul 17, 2013

Kerana juadah berbuka aku. petang ini makan free lol

dah puasa ke-8 baru nak masukkan pic juadah berbuka ya.
itupun sendu je juadahnya.
memang puasa kali ni dah nekad, kalau boleh nak simple je.
maksud aku, simple bila di sini lah, di putrajaya ni.
kalau kat karak, tak faham lah maksud simple tu apa? simple? apa tu? ha giteww.

so pic di atas adalah kuih dan juga kurma.
yang panjang tu roti gulung inti sardin.
yang hitam manis tu ekceli kek coklat apa entah namanya.
sedap ok.
ohya, kuih putrajaya ni berharga RM1.20 untuk 3 biji.
kalau aku pergi bazar ramadhan karak or bentong, aku mesti tanya dulu harga kuih sebab aku confuse hahaha.
yelah dah terbiasa beli kuih 1.20 tetiba kat bentong jual 3 ketul 1.00 lagi.
pernah lah aku tak tanya harga lepas tu aku beli kuih aku bagi 1.20.
adik tu tercengang. hahaha aku ambil balik 20sen dari dia.

taraaa inilah main dish guwa.
sebenarnya aku malas lah nak beratur tunggu giliran, ambil plastik cedok lauk lepas tu kena pegang je plastik lauk tu tunggu sehingga penjual habis layan pelanggan yang lain.
so aku nekad semalam beli nasi berpakej macam ni.
hohoiii melayu dan nasi mana lah boleh dipisahkan ye tak.
lepas tu akak tu jual sekali sambal paru.
akak penjual tu memang dah kenal aku sebab aku kan glamer, ok tak, dia kenal aku sebab aku selalu beli di gerai dia bila nak pergi kerja.
sambal paru dia aku pernah order untuk bawa ke potluck sebelum ramadhan tu.
yang buatkan semua orang puji aku kata aku pandai masak.
lepas tu aku diam je sambil tersenyum hahaha suka kena puji padahal...

hahahah mana boleh lupa tongkeng ayam. ni masa di karak minggu lepas.
aku dan adik-adik suka yang goreng biasa je.

lepas terawih singgah kedai runcit mamak beli aiskrim haaaa syorgaaa dooniaaaa.

so itu sajalah pic yang ada.
malam tadi lepas berbuka tetiba dada aku mencucuk-cucuk. macam angin la kan.
bukan macam, memang angin pun.
kejap kejap errkkk errrk sendawa. oh my what happen to my dada ni?
then aku turun bawah pi beli eno halia.
ambil masa juga eh nak keluarkan angin tu bila dah minum eno halia tu.
cara macamana aku keluarkan tu, ikot tang mana, tak payah lah aku bagitau. bodoh sangatlah kan. hihihihi.

dalam pukul 11 macam tu aku keluar pi uptown jalan reko kajang.
sana sini penjual buka lagu raya.
masuk kedai ni, dalam dingin subuh hatiku terusik kenang nasib diri di rantauan.
masuk kedai tu, hai selamat hari raya aidilfitri mulia.
berlawan-lawan la kan.
tak beli apa pun sangat.
more to nak enjoy-enjoy je tengok dunia luar dan gelagat orang.
macamlah baru malam tadi keluar gua ye dak.
hihihi.

adik aku faeez bagitau aku dan ibu time kat meja makan masa nak berbuka.
"seronoklah macam ni makan spesial je, kalau gini nak puasa selalu lah"
siot je. abah jeling je.
nak puasa selalu konon. puasa yang wajib ni pun aku tak tau lah dia complete ke tak.
tapi tengok pada gaya melepek (lesu, terbaring) tu macam puasa. hahaha. 

petang ni tak beli dan tak masak (errrk)
sebab nak berbuka di rumah my bff Farah Raihana. yayyyy.
sukanya.
first time ni nak datang berbuka rumah member yang berkahwin lepas tu gigih tanya kita nak makan apa.
aku cakap apa-apa saja tak payah nak spesial sangat but no seafood. satgi botoks pula muka aku.
huhuhu.

rumah dia kat Ampang.
kena lalu MRR2. korang tau kan hazabedahnya nak pi ampang dari putrajaya after office hour?
takpelah farah. janji aku sampai kan.
lepas tu dhiya kata masa nak balik tu, nak pi bukit yang nampak satu KL tu.
kalau tau jalan boleh je huhuhu.

so farah, see you there.
masak sedap-sedap tau.
aku nak air yang spesial sangat.
lepas tu nak ayam percik. lepas tu nak kuih akok hahaha melampau.
satgi dia halau padan muka.

okbye nak tidur.

1 comment:

Anonymous said...

menu org bujang kan

:)