Jul 25, 2013

Kerana mimpi mati, dan dia yang telah pergi

hari ini tudung aku macam apa entah.
tudung bawal. sebab gosok tak betul kot.
lepas tu pergi jualan bawah opis ni, ha amekkk aku beli tudung segera. then pergi toilet dan tukar.
terasa lega.
barulah tak rimas. aku bebassss tetiba.

1. 

kesampaian hati adik aku mimpi aku mati. dia kata bila dia bangun, dia still menangis sebab takut aku mati. hihihi kalau dah sampai ajalnya akan ku pergi jua. tapi aku mohon Allah panjangkan umur aku sebab aku nak jaga ibu dan abah. amboi emo pulak.

aku pernah dengar ceramah Ustaz Don masa dia datang opis aku. pasal mimpi. ciri-ciri mimpi yang benar katanya adalah.

  1. tidur dengan berwudhu'
  2. suci dari hadas kecil atau besar
  3. mimpi hampir waktu subuh
  4. terjaga setelah mimpi
  5. ingat mimpi tersebut sampai bila-bila
  6. mimpi yang berulang-ulang
so kalau korang ada ciri-ciri seperti di atas maknanya mimpi yang benar la tu. wallahualam.

sebut pasal mati yang paling dekat adalah kehilangan abang kandung. dua minggu Ramadhan. maknanya lebih kurang semalam atau dulu semalam.

masih segar dalam ingatan saat dia nazak. saat aku di sisi dia dalam ambulans dan dia tarik nafas terakhir.
masa tu selepas tol temerloh.
doktor dan pemandu ambulans duduk depan.
aku bagai nak gila menjerit kat doktor 
"abang saya. abang saya" 
sekuat hati.

lepas tu ambulans berhenti tepi jalan.
doktor guna mesin yang kat dada tu untuk bagi abang benafas semula.
masuk je azan maghrib, doktor pandang aku dan kata 
"abang awak dah takde"
aku pun apa lagi meraung la tepi jalan tu. maha hebat dugaan tu.

pastu satu lagi dugaan nak bagitau ibu dan abah yang berada jauh di belakang.
kau ingat kuat ke aku nak telefon ibu dan bagitau 
"ibu, abang dah takde"
tak kuat ok.
nak dail number pun aku tak mampu apatah lagi nak sampaikan berita tu.
so doktor yang telefon, dan bagitau.
ibu cerita masa doktor tu pekenalkan diri, ibu macam dah tau dan dapat rasa abang dah takde.
so bila dah sahih, ibu pandang abah lepastu nangis bagai nak gila then abah pun tau dengan sendirinya.
abah menangis sambil tangan hentak stereng dan kata 
"ya Allah anak aku, anak aku"
ok aku nak nangis.

beberapa jam sebelum dia pergi, pagi tu di rumah, dia mintak nak baring atas riba ibu.
bukanlah baring satu badan hamboi besar gabak tu nak baring atas riba camne. hihi.
cuma dia nak letakkan kepala atas riba ibu.
so ibu letakkan kepala dia atas riba.
lepas tu dia nyanyi 
"tepuk amai-amai belalang kupu-kupu"
dia kata 
"ibu tu lagu ibu selalu nyanyi kat abang masa kecik"
ibu pun apa lagi menangis lah kan.

so bawa pergi hospital bentong sebab macam dah teruk.
kat bentong tu masuk air semua.
untuk abah, tamparan hebat sebab arwah dah tak kenal abah.
dia cuma kenal ibu. aku pun dia dah tak kenal.
aku berlari keluar dan nangis kat belakang hospital.

lepas tu aku pergi kat abah, aku terjelepuk atas lantai dan nangis di kaki abah.
very the drama queen kan. hihihi.
aku cakap kat abah 
"kakngah taknak abang pergi, abah. kakngah taknak"
kuat, sambil menangis dan banyak-banyak kali.
hihihi semua orang pandang aku.
lepas tu ada yang kerumun tanya kenapa.
abah bagitau, abang dia kat dalam.
eiii suka tau busy body.

kat dalam, abang suruh ibu ajar dia mengucap.
lepas tu abang kata 
"ibu, halalkan susu yang ibu bagi pada abang dan maafkan abang"
nurse kat situ ada yang nangis hokay.
lambat kebenor nak tunggu ambulans hantar ke temerloh.
tapi suasana memang hening aku rasa walaupun bising.
aku rasa kosong. hati aku kosong.
yang aku cuma nak, abang aku tak mati.
tapi siapalah yang mampu melawan kehendak Illahi kan.
so pada 5 september 2009, Allah ambil abang aku. 

bukan niat nak ungkit. cuma teringat.
hanya orang yang pernah rasa kehilangan tau betapa rindunya pada mereka yang dah pergi.
hanya gambar, video saja buat pelepas rindu.
doa selepas solat. sedekahkan Al-Fatihah. itu saja yang mampu.
nak pulak bila bulan ramadhan ni lagilah teringat.
sebab arwah kalau makan, mak ai tak ingat dunia.
suka tengok dia makan. kita jadi selera sangat.

arwah pandai masak. paling best masak nasi goreng. sedap sangat.
masak sardin 3 rasa pun dia pandai.
yela, arwah kan ambil course memasak masa di kolej.
so memang dia pandailah.
rindu. sumpah rindu.
bilik dia jadi bilik aku.
masa mula-mula dia pergi semua barang tak usik. adalah dalam 3 tahun tak usik.
tahun lepas aku stat kemas. sebab aku nak gunakan bilik tu sebagai bilik aku.
terasa dia masih ada.
bila nak masuk je bilik tu aku mesti teringat betapa hazabedahnya nak gerakkan dia bangun tidur time sahur ke, time dia nak pergi kerja ke, time kawan dia datang rumah nak jumpa dia ke.
susah hokay.
memang sengsara. sebab dia kalau dah tidur payah nak bangun.

kami adik-beradik selalu kata (sehingga kini) abang kerja jauh tu, tak balik, nanti bila dia cuti dia balik lah.
bukan tak dapat terima hakikat arwah dah takde.
tapi sebab arwah memang kerja merata. jauh pulak tu.
so kami anggap macam tu je.
hihihihi.
bila anggap macam tu terasa dia ada je lagi.

kalau nak kata aku dah heal dari kehilangan tu tipu lah kan.
satu-satunya abang kandung yang aku ada, dari kecik sama-sama, segala masalah kongsi sama-sama,
aku back up dia, dia back up aku.
segala memori ada dalam otak aku. fresh lagi. takkan pernah padam.
so aku memang terlalu rindu.

cuma 27 tahun saja Allah pinjamkan dia sebagai anak ibu dan abah.
dan 24 tahun dia jadi abang aku. yang garang, yang kelakar, yang melindungi, yang tak kedekut, yang penyayang. semua ada. 
kalau aku sebagai adik pun dah sedih macam ni, apatah lagi ibu dan abah kan.

semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
kami rindu awak, abang.
rindu sangat.
semoga awak tenang di sana.

awak abang yang the best hehehe.



1 comment:

Kopi Susu said...

Alfatehah buat abang...semoga dia aman kat sana..