Jul 4, 2013

Kerana kata kunci yang nakal sangat. biasaaaa dia tuuuu

blog saya sudah berusia 2 tahun lebih. hihihi.
tak sangka dah besar blog ni. dah banyak yang saya kongsikan ceritakan dan repekkan.
sayang betul pada blog ni sebab rasa macam this is my life. part of me.
kadang-kadang datang 3,4 hari malas, maka terbiar jelah. kalau rajin, berupdate la ia.
tapi ketahuilah saya sayang awak, blog.
hihihi.

so dah lama kan tak jenguk keyword google yang membawakan kamu kamu kamu ke blog saya ini.
nak tergelak pun ada nak gewwam pun ada.
mengarut-ngarut la yang search keyword ni. ok kita pergi yang pertama.


1. ayat seribu dinar

rasanya hari-hari akan ada orang search ayat seribu dinar dan membawakan mereka ke blog saya ni. yang ni semalam punya. alhamdulillah. kerana perkongsian saya membawa manfaat kepada yang tersesat masuk sini dah kenapa ayat macam pakar motivasi ni perempuan T____T KLIK SINI

2. merana kerana cinta

ok. ini kelakar. memang saya pernah putus cinta. in fact blog ini tercipta kerana saya putus cinta. tapi taklah sampai merana. ok tipu, adalah frust menonggeng tertiarap semua. but hey, saya dah ok. ada entri (banyak juga) yang berkenaan cinta. so pepandailah deme membacanya ya. kalau nak ayat tahap jiwang kronik memang takde der dalam ini blog. KLIK SINI dan KLIK SINI JUGA.

3. cerita zaman sekolah

alolololo siapalah yang rindu zaman sekolah ni. itulah masa sekolah asyik ponteng je. sekarang dah tua bangka baru nak rindu segala. zaman sekolah asyik melawan cakap cikgu menjawab cakap cikgu rosnah ejek cikgu radiah ponteng kelas math depan bilik pengetua. eh. sekarang kan dah rindu. KLIK SINI KALAU RINDU SEKOLAH JUGAK

4. apa nak bawa untuk potluck

bahahahahaha yang ni kelakar sebab kebetulan esok memang unit saya ada potluck. kelakar la siapa yang search keyword ni lepas tu masuk blog saya. memang kau akan kecewalah kenn. mana ada resepi dalam ni. hihihi. cerita pasal potluck hahaha mula-mula semua tanya "rumah reena dah ada dapur gas tak"? saya jawab dengan angkuh lagi sombong "dah ada". ok so nak masak apa? saya cakap sardin hahaha ok diorang semua setuju. lepas tu kena bawa telur dadar juga demand nak ada bawang la, cili lah semua arghhh tensen guwe. semalam pagi datang kerja tengok atas meja dah ada telur sepuluh biji. hehehe Puan saya sponsor telur tinggal saya kena goreng saja. sayang puan! KLIK SINI KESIAN LA HOI TAKDE RESEPI

5. ayat aku cinta dia

LOLOLOL. nak ayat cinta dia pun kena google ke? susah sangat eh nak bagitau saya sayang awak, saya cinta awak dan perlukan awak? erkkk memang susah lah kot eh. hey pi la masuk blog Cerita Cinta ke, mencari cinta ke. ini blog yang merepek ni juga uol masuk. hihihihi




6. ayat nakal cinta

ok kill kill die die sambil hantuk kepala ke dinding. lawak sungguh. camne ayat nakal cinta tu? ke ayat yang sweet-sweet untuk ngorat? ENTRI YANG NI KOT KLIK LA. ni mesti budak tingkatan 3 baru jatuh cinta dengan budak kelas sebelah ni.

7. mamakzu?

mamak yang bernama Zu? 

8. ringan-ringan dalam wayang

hahahahah makan ringan-ringan macam twisties ke atau perbuatan yang ringan-ringan? ni mesti stok lelaki bila chatting guna nickname abang_gersang takpun lelaki_kesepian ni yang guna keyword ni. jahat tau. blog saya bukan blog lucah. jahat jahat jahat. hahahah.



9. baju junjung

apakah baju junjung itu? please la. suka bagi keyword yang saya tak faham.

10. indahnya wajahmu

sweetnya. terima kasih kerana kata wajah saya indah hahaha muntah.



11. aku mengesot

ohmygod. seram ni sebab sama tajuk dengan suster ngesot cerita hantu indon tu je. takpe dik. setakat ni Alhamdulillah. Allah masih bagi akak peluang guna kaki ni. terima kasih.


so itulah dia ya antara keyword yang termasuk dalam blog saya.
comel je memasing.

1 comment:

reenapple said...

Wahhh... aku punya banyak based on cerpen. :)

Keep blogging ya. :D