Jul 3, 2013

Kerana aku yang kehilangan




Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri..

sejak kebelakangan ini, aku lupa bagaimana untuk senyum.
lupa bagaimana untuk ketawa dan bahagia.
dan sejak kebelakangan ini, aku umpama manusia tanpa hati dan perasaan.

sesungguhnya aku hampir putus asa.
tapi kata orang putus asa amalan syaitan.
tapi aku bukan manusia sempurna.
aku pun ada sisi gelap sendiri.
takkan tak boleh berasa putus asa, kecewa dan lara?
atau haruskah berpura-pura aku baik-baik saja sedangkan aku tidak?

aku bukan perempuan kuat. aku terkadang tergelincir dalam menahan perasaan yang kononnya kuat.
padahal aku lah si pengalah itu. kalah untuk bertenang. kalah untuk bersabar. dan kalah untuk menunggu sesuatu. dan ya. aku benci menunggu.

terkadang aku terfikir kenapa aku tidak boleh jadi seperti mereka yang hidupnya sempurna--atau dikatakan dijajakan sempurna oleh manusia lain?
maka ya aku mengetahui, mungkin aku bukan hamba-Nya yang baik untuk DIA bagi aku merasa nikmat sempurna itu.
mungkin aku belum cukup sempurna sebagai hamba-Nya.
bukan mungkin. memang ya.

tapi satu yang aku pegang.
apa yang berlaku berhikmah.
hikmahnya pantas dapat aku fikir.
maka bila dilayarkan hikmah itu di kepala, lantas aku tersenyum.

maka bahagia datang juga.
cukup dengan fikir adanya aku sepasang suami isteri yang sentiasa hadir untuk aku---IBU dan ABAH. adik-adik yang tak jemu menggembirakan aku. anak saudara yang mengggeletek jiwa aku.
kawan-kawan baik (FTD) yang sentiasa ada untuk aku.
untuk dengar cerita anganan aku. cerita fantasi aku dan untuk sama-sama gelak atas kebodohan diri sendiri.

tidak bahagiakah lagi?

Tuhan.
tidak punya segalanya di dunia ini aku tidak mengapa.
tapi jangan di ambil kebahagiaan aku bersama mereka yang aku cinta.
selain KAU tempat aku mengadu, mereka juga pendengar setia aku.
Tuhan.
biarlah sehingga hujung nyawa kami bersama.
malah kembalikanlah dia ke pangkuan keluarga.
sama-sama menjadi hamba yang baik.
yang takkan lupa bagaimana hidupnya kami adalah untuk menyembah-MU yang esa.
Tuhan.
bahagia aku untuk merasa ujian dari-MU.
petanda aku masih lagi mendapat perhatian dari-Mu.
dan bahagiakanlah kami untuk menempuh segala ujian yang telah dan akan kau turunkan.
sesungguhnya aku mengerti.
hidup memang untuk diuji.
sampai mati.
dan KAU tidak akan menurunkan ujian jika aku tidak mampu menggalasnya.
biar aku terjelepuk ke bumi.
aku tetap mengerti.


3 comments:

diana aziz said...

Bykkan bersabar.. hdup sy ni pn byk trime dugaan. tp bahagia itu akan tiba jgk akhirnya..

Encik Suami said...

suka sgt ngn perkataan "Lara" tue.sbb dh lama bebenor xdgr org kata gitu n lagipun sgt jarang digunakan.

Encik Suami said...

suka sgt ngn perkataan "Lara" tue.sbb dh lama bebenor xdgr org kata gitu n lagipun sgt jarang digunakan.