Jul 18, 2013

Kerana berbuka puasa di Detik Indah Studio. Daging Kicap best giless. Bukit Ampang yang cantik sangat.

seperti yang dirancang semalam aku berbuka di rumah Farah Raihana.
aku dah pesan siap-siap kat farah yang aku maybe sampai lambat sebab keluar dari putrajaya pun pukul 6.40 macam tu.
so aku kata, silalah jamu selera dulu kalau kami (aku dan dhiya) lambat.
huhuhuhu.
lepas tu farah tanya 

"kau ada bawak bekal tak nak berbuka dalam kereta?"

"ada coklat cabury je sebab tak sempat nak beli. hahaha"

yelah. manalah sempat nak beli roti ke apa ke sebab memang dah rushing.
tapi aku dan dhiya relaks je hihihi sebab kalau kelam kabut sangat nanti lain pula jadinya.
so kami sangat tenang.
nak cari rumah farah is easy you know hihi padahal mata ni tak lepas memandang bangunan Tabung Haji.
sebab rumah dia kat situ. kawasan kedai.
so after farah bagitau rumah dia kat kawasan mana, kami menapak la naik tangga.
lupa pula nak tanya tingkat berapa. bila kami naik satu lagi tingkat dengar orang panggil 

"woiiii sinilah"

hahahah. nampak farah kat pintu. lol. tingkat satu je rumah dia.
jejak je kaki dalam rumah, azan pun berkumandang.
terus baca doa dan telan air.
lepas tu rasa air eh apa pelik sangat air ni hahaha rupanya air mata kucing.
sedap juga air tu tapi aku ni manalah layan air pelik-pelik mata kucing la, katira la.
tak layan.
kalau pi bazar kalau tak tebu, soya. itu jelah.
kat rumah buat air anggur takpun sirap.

juadah best siot. farah masak daging kicap which is memang lah favret aku. aku kan hantu kicap.
tapi serius sedap sebab lain sangat masak kicap dia.
ni bukan nak bodek ke apa ke kay bukan dapat apa bodek minah tu hahaha.
tapi dhiya pun kata sedap.
lepas tu ikan bakar dia punya sambal pun sedap.
aku dan dhiya biasalah, kami kan rajin sangat masak so mintak la resepi kat farah.
nanti farah dah bagi aku masak eh.
banyak nau janji ko nak masak tapi tak masak masak juga kan reena.


so inilah Detik Indah Photography 
husband farah adalah profesional fotografer ok.
pic dia ambil semua maveles.
eh tak payah cakap banyak la, pi tengok laman web dia tu yang aku suruh klik tu dan nilaikan sendiri.
sesiapa yang nak kawen tu boleh la contact Diwant (hubby farah)
rumah dia kat Ampang. tapi dia boleh pergi serata malaysia dan luar negara sebab aku pernah tengok dia ambil pic pengantin kat Bali kalau tak silap aku lah. kalau silap padan muka korang kena tipu.
untuk event lain pun boleh.


huarggg lapar pulak tengok kuih akok. farah beli tapi yang tinggal empat je sebab aku dah kenyang.
farah kata sebiji 60sen. mahal seh.
rasa dia not bad. boleh dibaiki lagi.


then after maghrib duk lepak jap.
lepas tu farah pun bukaklah kedai dia. dia bisnes tudung online.
dia bawa keluar tudung-tudung dia.
semua cantik tapi ada gak aku tak berkenan maybe sebab aku dah tua kot hahaha.
gambar tudung kat bawah aku berlagakkan.

dalam pukul 9.30 macam tu kitorang bertiga (aku, dhiya dan farah) keluar nak pi bukit ampang.
kan aku dah banyak kali juga kata dah lama tak naik bukit ampang.
so malam tadi farah bawa aku.
dulu masa aku datang takde gerai pun lagi.
sekarang dah berderet kedai kat situ tapi kebanyakkannya jual cakuetiaw.
so kami minum sajalah.
bercerita memacam.
biasalah aku kalau dah jumpa geng memang mengong sikitlah.
tapi aku happy sebab dhiya pun boleh "masuk" dengan farah.
seharian aku dok pikir, boleh ke dhiya join kawan aku ni.
farah tu aku tak risau pun sebab aku tau dia tu selambe je. dengan sesiapa pun dia ok.
tapi dhiya macam ok, so aku pun ok lah. huhuhuhu.


dengan baju kurung balik kerja tu la aku pergi rumah farah.
rasa berlengas sangat badan.







kalau sharp lagi nampak KLCC semua tu.




ini sebahagian kedai.
kat bawah sana banyak lagi.
syok juga melepak kat sini dengan kengkawan.
sejuk je.
windy sangat.



 cantik tak tudung kita beli. yang kiri tu farah jual RM18. yang kanan RM10.


 ok yang ni spesial sebab farah bagi as hadiah birthday aku. warna kuning mustard sikit. 


pun sama harganya RM18 kiri dan RM10 kanan.


beli sampai 4 helai nak pakai bila pun aku tak taulah. huhuhu.
pakai raya kot tapi masalahnya baju raya pun takde lagi.

bila melepak bertiga macam malam tadi rasa macam dhiya tu Tqah je.
sebab yelah kami kan selalu bertiga.
fizikal dhiya pun lebih kurang Tqah je.
see tqah, kami rindu kau tau.

terima kasih farah dan diwant kerana sudi menjemput aku dan dhiya berbuka puasa di rumah korang.
dan jamu dengan makanan yang sedap.

farah, next time berbuka di luar jom.











No comments: