Jul 2, 2013

Kerana awan. langit. baju raya.

petang-petang gini layan lagu Karam aku dilautan duka bila wajahmu hilang dimata.
fuhh. tangkap ke jantung. 
entah bila aku suka lagu rock kapak camni.
seingat aku sejak 3-4 tahun lepas kot.
kalau tak tu asyik omputih je. bukanlah nak berlagak aku ni omputih sangat.
tapi sebab takde feel nak dengar lagu jiwang melayu.
sekali bila dah tangkap cintan sama seorang lelaki, terus aku suka slowly.
kalau karoke lagu gini lah kan jadi pilihan.

haih.
betullah orang kata, cinta boleh merubah sikap seseorang.
umpamanya cinta boleh merubah garam menjadi tawar.
pahit menjadi manis.
reena brutal jadi jiwang. wah gituu kekdahnya.
dalam kereta, kalau keluar dating, pasang lagu gini lepas tu karoke berdua T___T
suara ke laut semua tak kesah cinta punya pasal dia sanggup je dengar suara aku.

satu perangai pelik aku (antaranyalah, aku kan kadang-kadang pelik) aku suka dengar lagu cina kalau aku bosan. chonggg chengg chongg cheng memang tak faham tapi aku dengar jelah.
sebab aku suka bahasa mandarin/kantonis.
tengok tv pun cerita cina. huhuhu.
eh tadi cerita pasal lagu jiwang kan, dah kenapa pulak masuk lagu cina.


aku manusia yang sangat suka pada awan dan langit.
aku boleh duduk berejam merenung betapa indahnya ciptaan tuhan ni.
see yang atas tu? cantik kan? but of course aku dah edit sikit.


yang ni aku ambil di depan rumah aku. then edit la sikit.
kalau tak edit pun still indah. 

aku sedang mengira duit untuk beli kamera besor tu hihihihi.
sebab obses sangat dengan pemandangan.
sampai dah penuh henfon aku dengan gambar langit, awan, dan pokok.
takde nya aku nak penuhkan kamera henfon aku dengan muka aku.


langit petang di karak.




ok bab lain.
pasal raya. hihihi.
puasa pun tak lagi dah nak cerita pasal raya kan.
taklah. nak ngadu ni baju raya takde pun lagi hihihi.
ada orang tu dah ada 2 helai baju raya tapi kita ni sehelai pun takdak lagi.
untunglah Farah mak mentua asyik bagi kain pasang je kat dia.
lepas tu boleh buat baju raya bertimbun-timbun.

entahlah.
sejak dah meningkat remaja ni hahaha memang tak peduli pun dengan persiapan raya untuk diri sendiri.
cuma aku fokus pada kuih raya dan juadah di hari raya ohmy so mak mak la rasanya.
rasanya itu lagi penting kot.
yang penting lagi, masa untuk bersama keluarga.
but a bit sad la farah malam raya takde dengan kitorang.
dia raya rumah mak mentua dia dulu.
then baru balik karak.
kalau laki dia si amit tak bagi balik karak, siaplah. hahaha.
dah tu siapa nak beraya dengan aku kalau farah takde.
lepas tu siapa nak jadi judge eh mekap aku ok tak eyeshadow aku ok tak di pagi raya?
siapa? abah? hahahaha. ada jugak yang menangis tak berlagu kalau tanya abah, eyeshadow kakngah ok tak?
aku mana ada kawan kat karak. loser sangat aku ni.
kawan aku adalah adik-adik aku.

memang dari dulu lagi gitu.
kawan buat nakal ke buat alim ke buat gedik ke memang adik-adik aku je.
diorang tukang lawak aku tukang gelak.
lepas tu nak buat nakal masing-masing back up takut kantoi dengan ibu dan abah.
dah biasalah tu.
so takde farah ni sunyilah sikit.
takpelah. mieya kan ada. so aku kawan dengan mieya jelah. hihihi.

ok. sekarang kan aku dah kurang selera makan.
ok macam ni. makan tu tetap makan. cuma tekak tak rasa apa pun.
dah tak enjoy dengan rasa makanan tu. huhu ala camne nak cakap pun tak tau.
makan kunyah pastu telan takdelah nak kata hmmm sedap ah sedap ah makanan ni. gitu.

lepas tu ada orang bajet suruh aku pi berubat katanya aku mungkin terkena buatan orang.
kuajoo sangat. siapalah nak buat aku ni. 
takpelah aku suka je bila kehilangan selera makan.
maybe terlalu banyak memikir kot.

apa yang aku nak adalah, bulan Ramadhan nanti akan ada ketenangan untuk aku.
solat Tarawikh, puasa dengan tenang dan penuh keberkatan :)
insyaAllah.

No comments: