Jun 18, 2013

Kerana terasa hati?

kerana entri sebelum ini, kawan baik aku, Tqah terasa.
dia rasa aku macam tuju pada dia.
but of course la bukan untuk dia.
dan tiada sebab untuk aku mengata dia dalam blog aku.
mengata dalam hati, mungkin. heheh.

bila kita dah serasi, dah sayang sangat, dah terlalu sayang dengan kawan baik kita, apa yang terjadi, segala kesakitan hati, segala kekecewaan, dah jadi IMMUNE. dah lali. pejam mata saja.
ibarat telan air liur.
kalau terasa, time itu saja terasa memang tak bawa berlama.

so yes. bila tqah terasa, aku rasa bersalah.
dan ada juga hikmahnya.
bila dia rasa segala itu berkenaan dia, segala apa yang dia pendam selama ini dia luahkan pada aku.
rupa-rupanya banyak yang dia pendam tentang perangai aku.
so aku happy.
lama dia pendam. 4 tahun.
maka ya, aku gembira kerana dia tak perlu simpan lagi.
simpan buat sakit. baik lepaskan.
macam kau nak berak lah. kau simpan, kau akan sakit perut.
bila kau pergi buang, kau akan rasa ahhhh lega.

dalam ramai-ramai kawan di sekeliling aku, aku pilih tqah dan farah raihana untuk jadi sebahagian jiwa aku.
bukan setakat kawan untuk bergembira.
tapi mereka tahu apa masalah aku, masalah keluarga aku dan mendengar (atau membaca) dengan tekun.
aku hargai sangat-sangat.
mereka sebahagian kehidupan aku.

jadi bila tqah inbox aku mengatakan dia terasa dengan entri aku, aku tersentak.
aku tak pernah terfikir dia akan terasa sebab aku taip untuk orang lain.
kalau aku tau, aku takkan pernah cuba untuk membuat luahan hati begitu.
sebab aku taknak menda macam ni terjadi lah.

so tqah, i know u read this.
bukan pasal kau.
dan entri itu pun bukan serius sangat.
ianya luahan manja-manja aku saja untuk dia.
kau aku dia farah kita semua kawan.
kawan memang macam ini.
tak lari dari sengketa manja-manja.

aku cuma perlukan satu tempat untuk luahkan perasaan.
dan rasanya blog bukanlah tempat terbaik.
i learned from it :)



2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

Luahan face to face.

reenapple said...

tak semua manusia yang kita gelar sahabat tu kita kenal dia. Dalam hal ini, sekurangnya mereka sudah meluahkan apa yang mereka rasa. Keep those friendship of yours. :)