Jun 18, 2013

Kerana cerita kejam-kejam manja namanya

susulan mengantuk tahap dewa semalam, lepas maghrib aku tidur kaw kaw punya.
terjaga dalam pukul 10 lebih tengok hp ada whatsapp dari geng gosip bertiga.
eh sejak bila ada geng gosip ni hahaha ok sejak semalam. founder dia adalah farah raihana.
yang kelako nya pejai pun terlibat sekali haha kesian dia.
tapi bukan ngumpat pun.
dorang ngumpat aku ada.
ngumpat aku balas lambat so aku tidur la tu. macam tau-tau je ye.

pukul sebelas lepas sedut sepam dua hahaha sedut apa pikir sedut rokok la tu.
bukan. i tak merokok kay. dulu masa kecik belum akil baligh pernah la sedut rokok daun arwah atuk punya.
sedut diam-diam huhuhu. 
ok ok.
lepas sedut air, tidur semula.
pagi tadi bangun wah segar nya.
alhamdulillah :)

borak dengan cc. those yang tak tau cc tu apa tu panggilan untuk Ketua Pembantu Tadbir. penyelia aku.
cc yang dulu suka bawa keropok kembang untuk guwa. sekarang dah tak bawak sobss tetiba sedih.
dah rasa kurang kasih sayang dari cc :p

ok ok. selalu la merempan tang lain bila nak bercerita.

borak dengan cc. pasal kehidupan.
dia kata dia penat kesana kemari sana sini buat itu buat ini.
dia bukan merungut tau cuma bercerita.
cerita pasal masalah dia semua tu. aku angguk je la. 
then dia kata "Na, (ceii panggil aku Na, anje sangat aku rasa), dalam hidup ini semua orang ada masalah kan, Na. saya ni banyak jugak masalah. tapi tu la, kita kena hadapinya juga"
then dia sambung "nak taknak kan, Na, sebagai manusia kita kena hadapinya juga"
aku iya kan. yelah. betul lah tu apa cc kata.
cc yang penuh sifat keibuan.
adoi rindu ibu.

betul.
manusia mana yang takde masalah.
Rasulullah pun dulu ada masalah; masa Baginda berdakwah ada yang menghalang.
itu masalah namanya. tapi Baginda tenang saja hadapinya.

lari dari masalah? tak boleh. face it.
aku suka bila ada 10 orang macam cc di sekeliling aku.
aku suka berkawan dengan orang yang positif.
sebab secara tak langsung aura positif tu akan berjangkit pada aku.

pernah tak kita hargai diri kita sendiri?
macam ucapkan terima kasih pada diri sendiri atas apa yang berlaku pada kita selama ini?
senyum, tepuk bahu sendiri dan ucapkan Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih aku.
hehehe. cubalah. even simple tapi macam bermakna, kan.

ok topik lain.
aku pernah baca, bila kita jatuh cinta (or bercinta) kita hilang dua orang kawan baik kita.
make sense tak? ya.
lemme story ya.
masa aku hangat bercinta dulu puii sangat hihihi aku renggang dengan Farah Raihana dan Tqah.
kenapa? sebab aku lagi tumpukan pada si dia.
bukan renggang yang light light ye. ni renggang tahap tak mesej tak apa selama 4 tahun kot.
hidup aku hanya dengan si dia. wah. orang kata indahnya percintaan kan seolah olah bunga berkembang mekar. lebih kurang gitu.
itulah yang terjadi pada aku. macamana nak rapat like bff kalau keluar pun dengan si dia je.
mesej pun dengan si dia. beli barang pun dengan si dia, shopping segalanya lah.
masa itu umpama, tiada sesiapa tidak mengapa janji adamu sayang haktuih sangat hahaha.

then bila aku putus cinta kecewa frust tu kau rasa siapa yang pertama aku cari?
opkos Farah Raihana dengan tqah.
mereka lah yang datang putrajaya ajak aku karoke shopping nak bagi aku ok.
lepas tu karoke lagu Karam Zabarjad sebab sedih hahaha.
see?
masa aku bercinta aku hilang mereka, but mereka still dengan aku bila aku putus cinta.
ya. aku memang kurang asam di situ.

so, sama juga bila seseorang dah berkahwin, ada ke alasan untuk dia renggang dengan kawan baik sendiri?
ada ke kemungkinan suami tak bagi kawan dengan kawan baik?
bila majlis perkahwinan kau, gigih kengkawan baik datang.
siap ugut kalau tak datang, taknak kawan. ohmy. heheheh.
tapi bila kawan baik dia kahwin, dia senyap sunyi sepi.
sibuk katanya.
yelah sibuk kan, kita kena faham kesibukkan orang lain.

tapi kenduri kahwin kawan dia yang lain, ada pula dia.
ok.

ayat stended kami, siapalah kami ni kan.
kawan dengan kami tak fun.

harap dia baca blog aku ini dan harap dia terasa.
kihkihkih. jahat sangat nak bagi orang terasa.
nanti raya kita bermaafan kay.



1 comment:

faizal mohd said...

Saya la si pejai tu. HAHA.