Jun 3, 2013

Kerana tangisan di lebuhraya

Orang kata sesetengah perkara yang terjadi itu, berhikmah.
Dan hari ini, aku percaya.
Adanya aturan sesuatu perkara adalah untuk sesuatu perkara yang lain.
Petang tadi aku naik bas untuk pulang ke putrajaya.
Sampai je di bukit tinggi, bentong sebelum genting sempah, bas berasap dengan hebat.
Bas rosak!
Aku hampir nak nangis.
Tapi aku control jela.
Lama selepas itu aku call ibu untuk bagitau.
Suara ibu lain.
Aku syak sesuatu yang buruk terjadi.
Dan memang ya.
Sesuatu yang buruk terjadi di rumah.
Lepas je letak phone, aku call adik aku, farah. Aku menangis semahunya.
Entah.
Saat itu aku mau dia ada.
Tapi dia jauh.
Aku sudah tidak peduli pada kereta yang lalu lalang.
Dan tentulah aku tidak menangis didepan penumpang yang lain.
Huhuhu.
Aku menangis sebab dengar ibu menangis.
Aku menangis sebab aku takut.
Aku menangis sebab ini adalah apa yang aku pendam selama ini untuk segala perkara yang berlaku dalam hidup aku.

Aku bukan manusia yang suka cerita masalah aku pada orang lain. Aku suka pendam kecuali dengan orang yang aku rasa dia melindungi aku.

Aku tunggu abah ambil aku.
Jika bas tak rosak tentu payah untuk aku pusing semula ke rumah, kan?

Aku manusia yang pendam semua apa yang aku rasa.
Ada sesetengah aku cerita pada ibu.
Ada pada Dhiya.
Tapi 70% adalah dalam hati.
Sebab aku jenis malas nak explain why this and that.
Aku mudah penat.

Semua ini sebahagian dari kehidupan.
Tapi kau boleh buat aku menangis walau sejuta kali pun biar sampai buta mata aku.
Tapi tidak airmata ibu dan abah.
Sakit mereka sakitlah aku.
Sedih mereka sedihlah aku.

Kalau dalam bab menahan derita ini aku memang pentingkan diri sikit.
Aku nak aku sorang je pikul kesakitan itu. Bukan family aku.
Bukan nak tunjuk aku baik sangat.
Tapi aku rasa cukup cukuplah apa yang ibu dan abah lalui selama ini.
Aku takpe, aku muda lagi. Jiwaku mungkin kuat. Mungkin.

Sebab itu terkadang aku impikan untuk bercuti bersendirian.
Dan ya. Aku tidak punya masalah cinta.
Segala keluhan aku baik di dalam blog atau di fb bukan untuk masalah cinta.
Aku tak pernah ada masalah cinta.
Dan pada aku cinta bukan lagi masalah. Itu mengada-ngada namanya.

Tapi bila fikir semula aku ni macam pelakon sinetron pun ada juga.
Yelah.
Berapa kali aku buat perangai menangis di tempat awam :-P
Kengkonon lara sangat la kan.

Cubalah.
Rasa macam dalam klip video pun ada

No comments: