May 31, 2013

Kerana aku, mereka dan teh o

jika adalah manusia yang teringin sangat bercuti bersendirian--akulah orangnya.
melarikan diri daripada semua ini tanpa sekelip mata pun tersedar--akulah yang inginkannya.

penat.
penat melayan kerenah manusia yang tidak pandai hargai apa adanya hati.
yang tidak pandai berterima kasih bila susah menerpa diri.

manusia macam ini patutnya di campak ketepi tebing.
biar hampir jatuh ke gaung. dan kita di atas memberi pilihan ya atau tidak.
tetapi siapalah aku, kan?
bukan Tuhan yang sewenangnya mencabut nyawa manusia.

benar.
orang kata hidup bukan untuk senangkan hati orang saja.
hati kita biar yang pertama.
tapi jika sudah terlajak menjaga hati orang dan hati sendiri terluka seperti digilis steamroll apakah tandanya kebodohan sedang melanda diri ini.

yelah tu. memang aku bodoh kot.
bodoh sebab punya hati yang lembut.
yang akhirnya aku yang dikhianati.

haih.

ok bab lain.

tadi makan saja dari pagi sehingga kini. lol.
semalam bincang untuk buat potluck unit aku saja, Unit Sumber Manusia.
so bincang lah nak bawa apa.
aku terus terang la eh, aku bukan pemasak. sebab aku malas masak.
tapi di karak aku rajin masak. tak percaya tanya adik aku. kalau adik aku kata betul maka dia penipu.
di sini, setakat nak isi perut aku sorang, aku beli di kedai saja.
dan ya..rumah aku tiada gas sebab dah habis. muahaha. bukan tak mampu beli tapi sebab tidak berkepentingan. apalah ertinya beli gas lepas tu balik kerja pun dah lewat then dah penat mandi dan tidur.
sabtu ahad ke karak kita. 
bila masa aku harus memasak?
maka itulah hujah saya kenapa saya tiada tong gas dan tidak memasak.
tapi jangan risau, saya tidaklah bodoh sangat sehingga tidak tahu pegang sudip dan senduk.
dan janganlah memperbodohkan saya tentang mana satu kunyit mana satu halia. saya kenal.
tapi kalau tanya mana satu halia mana satu lengkuas, ya, itu saya bodoh.

rupanya bukan unit aku saja yang ada potluck. unit di belakang pun ada.
unit di tepi pun ada.
maka kami mewah dengan makanan saja hari ini.
oh ya Watie buat laksa sardin. ini kerana aku telah berzikir hampir 2 bulan ke telinga dia yang aku nak sangatttttttt makan laksa sardin dia.
so taraaa hari ini dia bawa.
itulah yang aku tuju dulu, bergermerlapan tau laksa dia bling bling silau mataku.
dan memang sangatttt sedap kuah ia.
kuah sardin. hoi sedap sangat. terima kasih watie :)

oleh kerana mereka tau aku tidak masak maka aku ditugaskan buat air teh o.
lol. teh o pun teh o la.
jangan pandang rendah dengan air aku sebab aku pernah kerja kedai makan selama sebulan. hasil daripada kejian pelanggan yang mengatakan air aku tiada seni, aku nekad untuk belajar buat air sehingga ada seninya.
dan taraaaa akulah pembuat air tegar.
dan semua pun kata air teh aku sedap T____T
ini tahap ambil hati level goku ni.

maka itulah cerita saya dengan teh o.
ok nak pergi buat teh o pula.
bye.


1 comment:

Unknown said...

Nak rasa air teh onko dik :p