Jun 7, 2013

Kerana Radio Flyer dan laman web tengok filem free

aku bukanlah hantu movie.
but bila aku nak tengok movie aku akan pastikan ianya adalah genre kekeluargaan, romantik komedi dan persahabatan.
aku kurang berminat cerita fiksyen dan perang kecuali armageddon dan pearl harbour hehehe.

zaman kecil dahulukala, aku pernah tengok satu movie lakonan Elijah Wood. masa tu Elijah cinonet lagi.
comel sangat.
cerita itu berkisar mengenai Elijah as Mike dan adik dia Bobby selalu didera bapak tiri yang bapak kuat mabuk dan bapak jahat dan bapak kuat membelasah Bobby.
so one fine day, kerana dah tak tahan, Mike dan Bobby decide untuk buat kapalterbang kecik untuk Bobby lari dari bapak tiri itu.
so, cerita dia memang sangat sedih lah.
kau bayangkan kau abang lepas tu terpaksa melepaskan adik kau fly entah kemana selamanya sebab pertama bapak tiri yang jahat. dan kedua sebab adik kau memang meminati apa-apa yang terbang ni.

 Elijah Wood. comel kan?

 Anjing depa kena pukul/tembak dengan bapak tiri. 



 ucapkan selamat tinggal. bye bobby. sobsss





fly bobby fly. sobss lagi.


filem ini bertajuk RADIO FLYER.
tahun 1992. lama kan?
aku baru masuk darjah 1.
tetapi aku tengok filem ni maybe aku berumur 10 tahun ke atas.

sesiapa yang nak tengok, sila lawati laman web viooz.co dan taip saja RADIO FLYER.
or kau boleh tengok any other movies zaman dahulukala ke kinikala ke.
memang best.
tengok time lunch hour atau di rumah tau.

kbye.

1 comment:

Ann Ishak said...

bagus jugak ni, ada activity tengok cerita lama2 masa weekend nanti....thanks for the info :)