Jun 10, 2013

Kerana dia Kekasih Chinta Hati Pengarang Jantung Intan Payung. hamboih.

isnin.
baru nak stat enjin.
biasalah. tipikal me.

well.
balik karak macam biasa duduk melayan mieya.
my jantung hati.
anak saudara (yang aku dah anggap macam anak sendiri) yang terlalu banyak keletah.
dah anak dara pun.
dia adalah penyebab aku masih berfikiran positif.
ah, selalunya begitu :)







dengan anak jiran, tasha.
kesian mieya. teringin sangat nak berkawan.
tapi takde siapa nak kawan dengan dia sebab dia kecik lagi.
baru 1 tahun 9 bulan.
bercakap pun bahasa alien lagi.



saat paling best bila aku sampai je di karak, dia akan berlari mendepangkan tangannya.
dan berlari peluk aku.
tanpa sesiapa suruh.
hilang segala penat 5 hari menghadap dunia di putrajaya.






dan aku bahasakan diri aku, mommy.
tapi ikot suka dialah nak panggil aku mama. kejap bibu 
(ibu. ini mungkin dia dengar aku panggil mak aku, ibu)
takpun dia panggil aku Ma.
suka hati awaklah mieya.


kalau nak susu, dia akan mintak "tutu"
tapi taknak orang lain buat selain aku.
kalau adik aku nak buatkan dia akan mengamuk "nanak, nanak, tak oyeh tak oyeh"
(taknak, taknak, tak boleh tak boleh) sambil hulur botol pada aku.
itu kalau aku ada.
kalau aku takde boleh pulak orang lain buatkan.


pandai beborak.
suara nyaring gila.
bahasa dia "bluuuu petehhh petetetete bluuu"
hujung sekali "aham?" (faham)
bila kita jawab "faham"
dia akan kata "okay" sambil berlalu pergi.
puas hati la kot apa yang dia sampaikan itu difahami orang T___T


bila kita bagi barang pada dia be it mainan or makanan dia akan ucap "ime acih" (terima kasih)
then tak sempat kita nak jawab sama-sama dia akan jawab dulu "ama-ama"


aku sayang dia.
demi Allah aku sayang dia.
biarlah aku tak punya segalanya, janji dia ada dengan aku.
dan mommy dah terbayang dah mieya, kita berdua masuk mall jumpa kedai pink, berejam dalam tu. hahahaha.
nanti mommy hasut mieya suka barang kaler pink.
barulah nampak gegirl walau kita kasar. hihihihi



i love u Mieya Ezzara.
takpe, biar satu dunia tak memihak pada Mieya, tapi mieya ada mommy dan mama. ada paksu.
ada atok dan tokwan.
takkan sekali mommy bagi orang usik mieya.
di sekolah nanti kalau ada sesiapa ejek mieya, bagitau dia mieya ada mommy yang macam bouncer kelab malam. biar mommy jentik bebird telinga dia.
dan kalau mieya dah start hormon merenyam nak bercinta, bawa lelaki tu jumpa mommy dan mama dulu tau.
biar mommy tengok kacaks ke tak lelaki tu. hamboi.

i love u, Mieya Ezzara.
semoga jadi anak yang solehah.
yang dengar kata atok dan tokwan.
jangan jadi macam mommy, degil ya amat. mihmihmih.

i love u, Mieya Ezzara.

No comments: