Jun 5, 2013

Kerana dia abah saya bukan abah awak

aku rasa abahlah lelaki paling comel.
hihihi.
puji abah sendiri kan, peduli la. bukan aku puji suami orang lain.
suami ibu aku juga :p

aku dah perasan banyak kali sepanjang aku bergelar anak pakcik kama ni.
bila dia tak boleh bagi apa aku nak, dia mesti macam nak pujuk tapi stail tu tak nampak.

macam ni.
semalam petang aku mintak abah hantar aku balik Putrajaya sebab aku macam moody sangat nak balik sendiri.
aku macam malas. dan tak larat.

tapi abah kata dia penat. ok aku faham. abah lately memang asyik penat sebab berkebun kan.
tapi entahlah. aku ni memang banyak songeh sikit.
aku pujuk lagi tapi tak berjayalah.
abah kata "abah penatlah ngah. lain kali ye"

aku pun dengan muka pura-pura manis kata takpelah.
padahal hahaha merajuk dah ni.
kemas barang sambil nak nangis hahaha.
lepas tu aku ambil beras taklah banyak sikit je.
sebenarnya tak ambil pun takpe sebab aku bukan masak pun tapi sebagai langkah berjaga-jaga kan.
kau mampu ambil beras dari rumah bawa balik rumah bujang?
lagipun ibu yang suruh. huhuhu.
ala bawa dalam 4 pot je.
lepas tu abah kata "ambil banyak sikit ngah. buat simpanan kat rumah"
aku diam je.
lepas tu dia kata lagi "lain kali beli je ngah. kalau takde duit cakap, abah bagi duit beli"
aku diam lagi.
tapi aku tau dia nak pujuk aku hehehe.
dia cakap lagi "bawa balik pulut tu ngah. bawa rendang sekali"
aku diam juga sambil tangan ligat isi lauk dalam tupperware.

hihihi.
nak tergelak pun ada.

yelah.
mana pernah dia peduli aku bawa balik apa.
selalu aku bersiap dia diam je.
tapi mungkin dia tau aku merajuk dengan dia kot.
dalam kereta masa nak hantar ke bentong.
dia hulur duit "merasa" sikit sorang katanya.
aku tak pernah ambil tau sebab aku pun ada gaji aku sendiri.
tapi hahaha merajuk punya pasal aku ambil je la.
nak pujuk lagi la tu

comel tak abah kite?
dia tau dia dah kecewakan aku which is aku tak kecewa pun tapi aku kan suka je mengusik.
aku pun faham abah penat.
tapi aku merajuk gak la sikit je. sikit sangat. aku kalau merajuk banyak lagi teruk. huhuhu

aku kalau kena marah dengan abah memang sebulan tak boleh lupa.
tapi kalau ibu marah 5 minit selepas tu dah lupa tak pun eh ibu marah kakngah ke tadi.
haa giteww.

abah. abah.

No comments: