Jun 12, 2013

Kerana malam ku igau. Gilakan kau.

Lupa nak cerita.
Jumaat lepas balik karak. Macam biasa tunggu bas di pekeliling.
Melepasi maghrib.
Aku tunggu bas agak jauh.
Malas nak bersesak-sesak.
Dan tiba-tiba datang seorang pakcik yang ku kira dalam umur 40 ke atas.
Berdiri sebelahku.
Dari ekor mataku aku tau dia sedang memandang tanganku yang memegang handphone.
Lalu dia bertanya.

"cantik henfon dik. Jenama apa?"

"samsung"

"cantik. Warna pink"

"yeke"

"ye. Abang punya telepon biasa je"

Abang? Ok fine.

Aku pun terus scroll fb.

Tiba-tiba dengar pakcik itu bercakap sambil tangannya ke telinga.

"ya ya hello hello kau di mana? Aku dah di sini ni. Lambatnya kau ni!"

Kemudian senyap.
Mungkin dah mengakhiri perbualan.

Dan sekali lagi dia bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya.

"ya hello hello selamat pagi selamat petang selamat malam selamat segalanya selamat. Hahahhahahahaah" gelak besar.

Ok aku pun terus memandang pakcik itu.

Dan sepantas kilat aku terus melarikan diri.

Di tangan pakcik itu tiada telefon bimbit dan dia hanya bercakap dengan tangannya sahaja.
Ini betul-betul talk to the hand punya konsep.

Cisss orang gila rupanya.

Ok itu saja nak cerita.

2 comments:

Anonymous said...

hahahaaa... aku agak mesti lepas tu dia nyanyi lagu amy kuat2.

Reena Kamarudin said...

hahaha ye kot