Jun 13, 2013

Kerana surau. Rumah DIA.

Balik kerja petang tadi terus pergi makan. Yelah makan. Dah lapar makan lah. Fine.

Makan di satu kedai yang boleh dikatakan hari-hari pergi.
Sedap? Biasa-biasa saja.
Sebab aku ini orangnya sederhana.
Balik kerja penat, tak boleh fikir tempat mana yang lagi best.

Sebelah kedai makan adalah surau.
Kebetulan aku dan sahabat ambil meja luar. Paling tepi. Hampir dengan surau.
Jam hampir ke pukul 7.
Adalah kelibat lelaki sejuk mata hati sudah berjalan masuk ke surau.
Takpe, adik bukan saja lepak, bang. Adik lapaq baq hang.
Nanti nak dekat azan adik balik ye bang. Jangan pandang macam adik ni tak kenal sejadah T_____T

Bila pandang surau itu hati aku sayu.
Seperti ada airmata yang bergenang.

Ya.
Aku rasa.
Rasa hina.
Sebab lama tak jejak kaki ke surau.
Surau kampung teroh.
Aku rindu.
Rindu zaman kanak-kanak.
Pergi mengaji dengan Aki Sudin.
Sekarang dah arwah.
Aki sudin suara rock.
Ajaran yang sangat lembut.

Dan sebab dia lembutlah aku dan faizah dan farahwahida buat jahat.
Datang surau tapi tak mengaji.
Ini semua masa darjah 5.
Konon dah otai sangat.
Datang lepas tu balik seolah-olah dah mengaji.
Lama buat perangai sebegitu.

Akhirnya aki sudin merajuk.
Alolololo boleh bayang tak orang tua pakai kopiah merajuk?
Comel kan?

Surau.
Tempat bermain aku dan kawan-kawan.
Main hantu-hantu dalam surau.
Ya. Nakal.

Surau.
Paling indah masa tarawikh.
Aku faizah dan farahwahida mengintip si bisu yang suka bungkus makanan bila jemaah bertarawikh.
Kami?
Hanya pada rakaat memula.
Lepas tu tanggal telekung pi kacau si bisu.

Nakal.
Tapi indah.

Surau.
Lama kaki ini tak jejak ke surau kampung teroh.
Hanya pada bulan ramadhan.
Itupun jarang.

Ya Allah.
Izinkan kembali kaki ini melangkah ke rumah-Mu.
Bagilah aku kesempatan.

Surau.
Akanku lepas rindu padamu.

2 comments:

Kakak said...

Nanti kite gi tarawikh sesama ek reena. :)

reenapple said...

Amin. Semoga dimakbulkan. :)