Jun 12, 2013

Kerana aku, dia dan vintage

blog aku ada dua identiti.
pertama yang aku share di facebook.
kedua yang aku tidak share.

share bermakna--itu sisi aku yang riang, banyak cakap dan momen yang indah atau tidak indah yang mana satulah, tak kira. yang aku rasa aku open untuk share dengan semua.

yang tidak share--itu bila aku "tertutup"
siapa yang menyinggah akan baca. mana yang hanya klik link bila aku share di facebook--dia tidak akan baca.
entri sebegitu kebanyakkannya bila aku bersendirian di rumah dan terlintas tiba-tiba di kepala maka ya, aku gigih menaipnya.







siapa aku?
tiba-tiba terasa nak cerita pasal diri sendiri.
aku bukan jenis suka bercerita pasal diri aku--kecuali dengan yang terapat saja.
tapi tengok juga konsep terapat itu.
ada yang rapat tapi dia tidak rapat untuk hal peribadi maka aku pun tertutup dengan dia.

1. aku anak kedua. maka lazimnya anak kedua akan terlebih sensitif. bila meningkat umur ini, perkara yang paling aku sensitifkan melebihi tahap dewataraya adalah hal yang melibatkan keluarga. sudah tentu dalam sesebuah keluarga ada pelbagai rencah. dan akulah tukang merasanya.

2. walaupun aku anak kedua, aku juga anak pertama sejak 4 tahun lepas. kerana abang aku lebih dulu menemui penciptanya.

3. muzik. ini makanan aku. tapi bukan ketahap obses. aliran muzik aku tak kira apa. janji sedap didengar. tapi band legend yang aku suka sehingga kini adalah Backstreet Boys dan Oasis.

4. aku orangnya sentimental. mihmihmih. aku minat dengan lagu May dan BPR. rock jiwang wa cakap lu. aku juga suka menulis puisi. tapi of course puisi aku hanya untuk bacaan aku. hihi. sebab malu. rasa macam sampah. tapi bila baca sendiri, wah macam best.

5. aku bukan orang yang memasak. tapi aku suka memasak. cuma aku malas sebab duduk bujang. bila di kampung, kalau cukup bahan, aku akan masak. tapi kalau datang manja, aku nak ibu yang masak sebab ibu masak apa pun sedap. serius. ibu masak telur dadar pun sedap.

6. aku boleh duduk berejam bersendirian di tempat yang tenang. aku suka memandang sesuatu yang indah. awan. laut. tasik. bintang. indah semuanya. bila bersendirian aku akan fikir semula apa yang pernah berlaku, akan berlaku dan takkan berlaku dalam hidup. hihihi. yeah. aku suka berkawan dengan aku.

7. aku anak manja abah. aku yang menggelarkan diri aku anak manja. tiada sesiapa. sebab aku rasa abah manjakan aku dari kecil lagi. aku masih ingat setiap malam aku akan letak bantal di tengah-tengah kaki abah dan tengok tv. ok sila bayangkan. bukan maksudnya abah kangkang. tapi lebih kuranglah.

8. di rumah aku banyak cakap. cakap cakap dan cakap sampai satu tahap aku akan kata pada adik aku "eh oklah aku dah penat nak bercakap"

9. suka berangan itulah aku. sebab daripada berangan akan terbit rasa bahagia. itu juga salah satu cara untuk buat diri sendiri gembira dan bahagia. huhuhu.

10. ada kawan kata aku pelik. pada aku pelik itu bergantung pada situasi. tapi aku pun rasa kengkadang aku pelik. hihihi

11. warna pink. aku tak tau sejak bila perangai macam ni timbul. yang aku ingat sejak form 4. dan sejak dari hari itu, kebanyakkan barang aku warna pink. ya. aku tau ada yang buat muka jijik, muka tak boleh blah and so on. tapi ada aku kesah? setiap orang ada minat tersendiri.

12. tapi walaupun aku minat pink, tak bermakna aku orang yang lemah lembut ya. aku seorang yang kasar.

13. takot pada ketinggian. aku boleh menangis dan nak muntah bila naik tempat tinggi. so aku memang tak suka wall climbing dan spesis sama dengannya. tak boleh. aku kata tak boleh, tak boleh.

14. arnab binatang yang comel, kan? tapi aku takot dengan arnab. aku boleh menjerit sampai putus urat leher kalau ada orang acah aku dengan arnab. not to mention katak. katak tu hoi!! katak lagi geli. geli yang nombor satu. geli sampai tahap membunuh orang yang acah aku dengan katak. ok over. eeeuuuwww. sori katak, kita bukan nak hina awak. tapi resam manusia ada yang dia suka ada yang tak suka. nak pulak melayu kan. eh?

15. vintage. aku suka segalanya pasal vintage. aku suka google pasal pic vintage. barangan vintage. baju, kasut dan semua. ahhh. comel sangat barangan yang dah vintage ni.

16. kalau dalam berkawan, aku ok je kawan dengan semua. cuma nak rapat tu mungkin susah. tapi syukur Alhamdulillah, aku dikurniakan 3 orang kawan yang boleh dikatakan sahabat selamanya. insyaAllah. tak perlu lah sebut nama. tapi mereka tau siapa mereka. di saat aku perlukan seseorang untuk meluahkan apa aku rasa, aku cuma perlu whatsapp saja, dan dia ada. dia tak pernah melupakan aku walaupun dia pergi bercuti dengan husband dia :p. dan yang seorang lagi, yang sama-sama mengambil berat pasal apa yang terjadi dalam hidup aku. mereka berdua ini dah lama aku kenal. untuk menulis pasal mereka, aku perlukan entri khas. insyaAllah, ada masa akan aku ceritakan juga. dan yang di sini, di putrajaya ini, tuhan kirimkan aku seseorang untuk jaga segalanya pasal aku. terima kasih kamu bertiga. *tears*

17. aku separuh positif dan separuh negatif. but most of all, postif. bukan pujian ya. itu pencapaian. aku dulu begitu banyak sikap negatif. tapi bila meningkat usia, aku tau, aku perlu berubah. dulu bila ada je masalah, aku akan hmmm camne nak cakap ya, melatah tahap gaban kot. tapi sekarang, aku more relax. aku suka. aku tak suka aku yang dulu. dulu mungkin kerana usia muda, semua pun nak rebel. oh hell.

18. aku pernah melalui zaman remaja. lalui zaman menggilai Ruffedge dan sanggup ke show dan rumah terbuka mereka. dulu suka zain sebab zain cute. sekarang aku rasa macam hmm biasa-biasa saja sebab pertama dia dah berlakon. kedua dengan adanya fb,twitter, instagram, aku rasa artis sudah kurang esklusif. boleh lihat di mana-mana. 

19. percaya tak, kita susah nak tau pasal diri kita sendiri, susah nak judge diri sendiri. macam aku. nak taip pasal diri aku ni pun ambil masa 2 hari. sebab aku rasa tak kenal dengan diri sendiri. 





*SEMUA PIC ADALAH DI GOOGLE.

No comments: