Jun 17, 2013

Kerana kemerepekkan aku tercipta bila aku ngantuk.

i'm so sleepy and bad mood.
dah macam budak kecik dah.
budak kecik kan bila tak cukup tidur akan bad mood pegang sikit tak bagi nanak nanak nanak katanya.
macam itulah aku.

ceritanya gini.
aku sampai di putrajaya semalam dari karak around 6.30 pm kalau tak bodoh tengok jam lah.
by the time aku jejak je kaki ke tanah, dhiya hantar mesej ajak teman ke Batu Caves.
bukan Batu Caves tempat semayang tu ya.
rumah adik dia di Taman Koperasi kot. tak tau nama.
aku selalu juga pergi situ sebab dulu farah menyewa situ masa study di kolej IIC.
nak menolak kata penat memang tak lah sebab dhiya dah sampai bawah rumah. hahaha
aku puas juga pikir nak bagi alasan apa tapi sebab dia nampak aku tengah buka pintu maka kita pun kata ok hahaha.
taklah.
walau penat camna sekalipun kalau dah kena paksa eh kalau dah diminta teman, aku on je

so the plan was..
dhiya ambil aku. then terus ke Batu Caves.
ambil adik dia then terus ke puchong.
tetapi almaklumlah kami ni buta jalan.
padahal dari batu caves tu boleh je ikot damansara tu.
tapi sebab takut sesat maka pusing ikot MRR2 masuk putrajaya semula.
sampai di puchong ambil kawan adik dia yang nak pindah untuk bawa ke batu caves semula.
so faham tak apa tujuan ke puchong?
dhiya tu drebar lori aku kelendan untuk angkut barang pindah kawan adik dia.
then masa dah nak gerak dari puchong, kena masuk putrajaya semula sebab ada barang tertinggal di rumah dhiya.
sebab memasing dah lapar nak nyanyi pun macam dah tak larat maka stop makan.
makan di serdang.
kemudian teruskan perjalanan ke batu caves.
dah siap semua balik putrajaya semula.

sampai rumah dalam 1 am lebih.
tapi biasalah mata ni kan. memang tak boleh nak lelap terus la kalau dah penat sangat.
golek golek then tidur.

bangun awal kot pukul 5.30.
ya pada aku awal tu sebab aku masuk kerja pukul 8.30
selalu aku bangun 6.15 atau 6.30.
tapi sebab aku ada kursus jadi urusetia maka bangunlah daku seawalnya.
kalau bakal mak mentua tau ni, hari esok juga dia paksa anak dia nikah dengan aku.
mihmihmih.

dan sekarang here i am menaip entry ini.
sambil tunggu mereka berkursus di dalam aku lepak luar atas sofa.
perghhh selesa wa cakap lalu.
kalau lelap sepam dua ni cara jugak ni.
tapi tu la, aku takut nak lelap tempat open camtu.
takut buka je mata ada ramai keliling aku eh cik cik cik pengsan ke.
huhuhu ye saya pengsan tadi saya nampak hannnn ok merapu.

kalau penat dan ngantuk memang kuat merapu.
korang takkan nak lepak dengan aku kalau aku penat dan ngantuk.
sebab nanti aku akan bercakap je hihihi. bernanah telinga korang nanti.

balik karak tu aku beli filem Oz The Great and Powerful.
the reason why aku beli adalah kerana hero dia adalah James Franco omaigoddd.
aku suka gila dengan James Franco.

ohya.
semalam masa pi batu caves, kan ramai bebudak kolej sewa perumahan tu.
lalu situ ramailah adik-adik cute melepak. lelaki.
aku katalah kat dhiya cute cute je bebudak ni.
tetiba aku rasa sangat ibu ayam bila puji bebudak kecik camtu.
macam dorang tu anak ikan sangat.

huwaa nampak sangat dah tua. sampaikan budak kolej dah macam muda sangat pada aku.
sangatlah akak kan.

ok cukuplah merepek sempena mengantuk ini. bye





No comments: