Jun 14, 2013

Kerana hero.


Abah..
Lelaki yang pertama menegur kita bila lahir.
Menegur dgn azan/iqamat.
Mendukung kita dengan linangan air mata.
Gembira dengan lahirnya kita.
Dia abah.

Abah..
Lelaki pertama yang merotan kita.
Andai ada salahnya kita.
Aku nakal.
Ye nakal. Dirotan. Dikejar. Dimarah.
Tapi mengajar aku supaya jadi lebih taat.
Lebih baik. Lebih hormat.
Dia abah.

Abah..
Lelaki yang sedaya upaya sembunyikan perih.
Berusaha gigih membuang keluh.
Demi melihat anak-anak kekal ceria.
Ketika dia mengalirkan air mata.
Itu tanda hatinya benar walang.
Namun tetap cuba menangkis air mata dari merajai pipi.
Dia abah.

Abah..
Penat lelah tak pernah berkira.
Tapi dia tetap insan biasa.
Kelihatan letih tapi masih digagahkan diri.
Rungutan terkadang terlepas. Kami faham.
Dia abah.

Abah..
Umurnya bertambah.
Tubuhnya mungkin susut.
Ku panjat doa.
Abah diberikan umur 200tahun lagi.
Begitu juga ibu.
Biar merasa mereka bahagia yang lama.
Merasa baktinya anak-anak mereka.
Biar lama.
Sebelum menutup mata.
Memang mustahil tapi siapa tahu.
Allah berkuasa. Dia menentukan.

Selamat Hari Abah Kamarudin bin Mohamed.
Kami sayang abah.

Selamat Hari Abah kepada semua abah di dunia. Anda wira kami.

Sajak cute di curi dari adikku farah.
ya. betullah tu apa yang dia kata pasal abah.
semuanya betul.
part paling betul masa dia kena kejar dengan abah keliling rumah masa dia darjah berapa tak ingat sebab kata abah bodoh. memang mendapatlah kan. kena kejar dengan kayu sebab abah nak rotan dia.
punya laju dia lari sampai tak terkejar abah.
tiada siapa yang berani kata abah bodoh tapi dia berani.
bila diingat semula memang tahap nak ketawa tepuk lantai. 
derhaka sangat kata abah kandung bodoh. 

sekarang abah dah 63 tahun.
dah tua :(

aku macam tak dapat terima hakikat abah dah tua.
tapi gila ke apa kan nak muda sentiasa.
sakit teruk takde cuma gout saja.
tapi tetap gagah.
hobi main badminton dan bola sepak serta futsal.
tapi sekarang dah slow.
sebab mungkin dah tak larat tapi mana lah dia nak ngaku dia tak larat kan.
ego tau abah ni.
aku kalau bercakap mengenai abah, aku memang emosi.
kalau ibu aku ok lagi sebab mungkin sama-sama perempuan.
so kita faham hati perempuan.
tapi hati abah susah nak dimengertikan.

ibu pernah bagitau, aku anaknya yang tak pernah dipukul/dirotan abah.
hihihi apakah itu tandanya aku anak yang baik?
tidak.
masa meningkat remaja aku anak yang nakal.
tapi nakal aku, aku pandai sorok.
ala-ala hipokrit la kan.

cuma bila dirumah, dengan abah, aku banyak menurut kata.
jarang melawan.
menjawab, tapi dalam hati.
kalau dengan ibu hehehehe satu ibu kata seploh aku jawab.

abah. diamnya berisi.
senyapnya ku takuti.
ingat ya. bapak yang pendiam ni sekali dia mengamuk, mau terkencing kau di situ.
so sila jangan naikkan kemarahan orang yang tak banyak cakap.


sementelah itu aku anaknya.
tak dapat lari dari buat dia derita.
namun apa adanya aku hanya untuk bahagiakan dia.


ini artis kegemarannya.
Mohd Raffi.

mendengar lagu hindik klasik terutamanya nyanyian Mohd Raffi memang hobi dia.
sehinggakan aku dah boleh hafal sesikit liriknya.
patutlah aku macam kareena kapoor kahkahkahkah. 

kbye.

No comments: