Jun 20, 2013

Kerana jogging di Bukit Saujana Hijau. insaf.

badan terasa nak demam lah.
hidung dan sok sek sok sek.
kepala dah berat.
tekak dah sakit. whoaa nak demam sukanya. hihihi.

seperti yang dirancang semalam aku dan dhiya jogging. yeehaaa.
boleh release tensen, lupakan sejenak masalah duniawi dan marilah keluarkan peluh.
selama ini pergi situ sebab nak lepak je sambil minum CoolBlog.
lepas itu, rasa loser gila tengok orang jogging berpeluh-peluh tapi kau sedut lemak pulak.

nak bagitau ni ya. aku dan Farah adik aku memang suka jogging.
rasanya pernah cerita di entri dulu-dulu kot. jap aku godek.
ok entri ini KLIK SINI BUKAN SANA
kan? aku suka kan? tapi sebab tak larat nak layan kerenah peminat semua maka aku dan farah stop jogging.
bila jogging je ada peminat mengekori lepas tu mintak otograk tarik baju semua.
ok ok aku gurau jelah. gelabah la korang ni.

masa tunggu dhiya di bawah opis, i mean tingkat -1, aku touch up la sikit.
ala tepek bedak saja.
lepas tu kan, ada brader tu terkejut aku duduk atas tangga di sebalik tiang.
aku pun terkejut hampir nak tercampak bedak. serius.
lepas tu dia kata "sori sori kacau"
hahaha dia mintak maaf sebab kacau aku nak berbedak.
aku kata, takpe.
then dia kata "ok ok teruskan lah" T_____T 
brader buat lawak eh brader.


ok kasut memang tak basuh dah lama. sembur febreeze je.
tapi tak berbau busuk pun tau. 


inilah tempatnya Taman Saujana Hijau.
semalam baru aku tau ini nama tempatnya.
selama ini aku panggil Atas Bukit P11.
maps ini bila kau dah sampai atas bukit tau *berlagak sambil celet ibu jari ke hidung*
eh tolong lah eh kalau nak jogging pi sampai atas bukit jangan nak sekerat je hikhikhikhik.

sayup sayup trek tu kan?


dah macam kat Cameron Highland je. serius cantik. terpegun sekejap.
yela, kau bayangkan Putrajaya ni penuh dengan bangunan sana sini.
nak jumpa kehijauan macam ni memang susah.
kalau ada pun Taman Botani, Wetland semua tu. yang aku tau la.
bila jumpa hijau-hijau ni hati tenang je :)


trek dia besar. so takde masalah la kalau sekampung pun kau nak bawa jalan beriringan.




gambar atas ni sesuai buat filem Robin Hood kan?
dekat bawah tu pun ada trek jogging tapi aku macam seram pulak.



brader baju putih tu naik basikal tau. dia daki bukit ni naik basikal aku dan dhiya dah kagum-kagum je.
dalam pic nampak macam tak tinggi kan tapi percayalah, memang tinggi.



macam kat jepun pun ada sebab ada pokok buluh.

then bila atas bukit, kami jumpa ini....


terus feeling tuan puteri khennn.
apa nama ni Gazebo eh.
sesapa nak buat resepsi dalam taman bolehlah kesini hihihi.









ok tak menahan.
lepas ni kena selalu jogging. stat semula apa yang dah ku tinggalkan.
lemak sudah bermaharajalela di setiap sudut T____T









matahari terbenam.
hampir maghrib dah.
kalau ada kamera yang canggih lagi cun aku rasa.

rasanya salah satu cara untuk buat otak kita lega adalah dengan melihat keindahan ciptaan Allah.
tak pernah gagal.

kalau petang ni aku berjaya jogging lagi, aku berlagak lagi eh.

kbye.

3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

suka dengan wakaf tuan puteri tu...

nice...

AsyieqiN Rkey said...

kena pegii....eh dengar cerita kat putrajaya nie ada wall climbing!

Reena Kamarudin said...

Rapunzel : cantik kan? hihihi

Asyieqin : kat Presint 5 rasanya :)