Jun 20, 2013

Kerana aku mau pulang.

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ini, yang paling selesakan aku adalah di sisi family.

Bila gundah berjalan sesat di hati, suara ibu penenang abadi.

Memandang seimbas muka abah buat seribu resah hilang sebegitu saja.

Betapa saat ini aku sangat memerlukan mereka.
Pejam mata dengan harapan aku berada di karak--untuk merasa apa ertinya bahagia.

Jika mampu aku pulang sekarang, memang aku pecut.
Tapi esok tetap ada tanggungjawab--kerja.

Dalam keadaan begini tiada benda lain aku fikir. Mau pulang pandang ibu tenung abah.
Tuhan..

Aku bukan kuat. Saja buat-buat kuat.
Tapi bila tersinggung, bantal jadi tadahan airmata.
Itu saja yang mampu.

Benar. Usia dah dewasa.
Tapi selagi aku tidak bergelar seorang isteri, aku tetap anak manja ibu dan abah :-P

Aku betul-betul mau pulang.
Tinggalkan semuanya di sini.
Pergi ke sisi famili yang sentiasa menyejukkan hati.

Please...

No comments: