May 28, 2013

Kerana suamimu merampasmu daripadaku

farah : helloo ngah

aku : hello hmm ada apa

farah : apsal suara kau lembut sangat?

aku : hahahaha kau nak apa?

farah : ngah, pinjam beg coklat balik kampung kau boleh?

aku : kau nak buat apa?

farah : aku nak pinjam bawa balik kuala selangor. 

so itulah dialog meruntun jiwa.
dialog gitu pun boleh buat aku sedih kan?
yelah sebab pompuan tu pindah ikot suami dia.
cibs betul.
perlu ke kau nak ikot suami kau?
hahahaha.
kata tokey beger. stay jela sini.
dah tu siapa nak layan lawak bodoh aku?
siapa nak buat muka hodoh bagi aku gelak?

serius lah. minah ni, adik aku ni, kalau bab buat aku ketawa memang ngam.
ada je ekspresi muka hodoh dia yang memang kelaka habis.
tak kelaka kat kau lantak, janji kat aku kelaka.
eh ganas pulak ye tak.
yelah. aku dengan dia pastu campur syera campur faeez memang dah tak payah orang lain.
pada aku adik-adik aku semua dah kelaka. so itu jela penghibur aku.

pastu pastu tadi call ibu.

ibu : hmm, kakde dah nak ikot amit. sedih ibu

aku : tu la.

ibu : tinggallah kami je kat rumah ni

sedih je ibu kan. jahat betul kau ni amit.
dahlah ambil adik aku waktu dia muda lagi (farah akan 24 next month)
pastu lagi mau pisahkan aku dengan dia.

ahad tu aku bising-bising kata rambut dah panjang.
yelah 5++ tahun tak gunting.
so my hair pun dah melepasi bontot tau.
ada banyak kali aku terduduk atas rambut aku sendiri.
sakit woo.
so aku suruh farah gunting.
aku relaks je suruh farah gunting sebab aku pakai tudung kot.
nak tunjuk kat suami mana datang suaminya kennn.

so farah pun gunting.
nak menangis pun ada huhuhu aku kan sikit-sikit nak nangis.
lepas tu dahlah suruh farah lepas tu komplen kata dia gunting tak sama la, tak cantik la.
hahaha terus sentap minah tu terus stop dan masuk ke dalam rumah.
dan tinggalkan rambut aku terkontang kanting begitu. lol.

kalau balik karak aku sukalah lepak gerai beger dia.
sebab best kot.
aku kan suka berniaga.
kadang-kadang aku bayar beger dia.
kadang-kadang ala man man soi jelah adik beradik katanya.
huhuhu.
tengok dia buat beger zupp zapp zupp zapp siappp.
dah la pelanggan dia ramai kot.
sekali order 8 bijik.
terbeliak bijik mata aku wooo hebat kau buat beger 8 bijik sekali gus.
kau memang iron lady.
tapi tak boleh layan iron lady jiran depan rumah kita yang angkat motor tu. hikhikhik.




aku kalau lepak gerai ni la kerjanya.
takpe takpe aku pakai hp aku sendiri so tak retak pun hp orang lain.
gila oldskol muka farah.

farah if you read this please..
jaga diri tempat orang.
aku tak pernah terfikir kita akan berpisah jauh macam ni secepat ini.
tapi aku harap sangat amit berubah fikiran pastu bagi kau stay kat karak je hahaha biar kita semua ada di sekeliling ibu dan abah. sebab kita adalah kebahagiaan mereka.
aku harap kau pindah tak lama lepas tu kau nangis nak balik lepas tu amit hantar.
then bila aku balik karak aku tengok kau ada sedang buat beger di gerai. huhuhu.

kirim salam kat cik nor eh.
cakap kat dia aku suka la sambal dia huhuhu.

oklah.
bye.



2 comments:

Unknown said...

reena,

farah da jadi milik amit..syurga sorg isteri letaknye dibwah telapak kaki suami..tp dia perlu igt syurga dia dibwah telapak kaki ibu jg wlupn sudah bersuami..sgala ape yg dia lakukn perlu keizinan dr suami dia..nnti reena da kawin pun cmtu la jgk..ape2 pn kita kna redha dgn ketentuan dari allah.wlu jauh mne farah pergi,dia tetap anak ibu & abah..adik pda reena.doakn yg baik2 utk dia.dimana jgk dia berada,insyaallah dia akan selamat disisi amit..
awk tu jgn la sedih sgt k..tampar muka face the truth k! klo x,meh cni akak tmparkan utk awk...hehehehehehehehehe

Reena Kamarudin said...

hahaha. awww awww awww.
semua ini ketentuan-Nya. so reena redhooo hehehehee.