May 30, 2013

Kerana aku single

2 tahun single.
dan aku masih mampu bersendirian.
ada yang sibuk bertanya bila lagi bila lagi.
aku tak mampu nak jawab. paling kurang pun aku senyum je.

aku payah kan nak cerita hal peribadi aku?
begitu juga hal hati dan perasaan.
tapi sebenarnya aku seorang yang romantik pang sedasss hahaha.

tipulah kalau aku cakap tiada lelaki yang tak cuba untuk mendekati aku.
yelah walaupun aku tak lawa, comel tu ada la sesikit kan? mihmihmih.
ada yang nak berkenalan, ada yang terang-terang ajak kawen, ajak jadi skandal, ajak dating dan so on lah.
yang berkenalan dulu ya.
ada dua kali aku tunggu bas nak balik Karak di pekeliling.
lelaki pertama ajak aku berborak.
aku ni sumpah malas nak melayan orang yang aku tak kenal.
sebab mak kita cakap jangan layan strangers. hehehe.
tapi that guy keep talking asking pasal aku.
nak bangun pergi cari tempat duduk lain memang taklah.
dahlah ramai orang. nanti kena berdiri penat ooo.
tapi itulah. aku bukan bebudak remaja lagi.
bila dia minta no telefon aku terus "danggg aku tak suka tak suka tak suka"
apa aku buat adalah aku minta no telefon dia dengan janji aku akan mesej dia.
sampai ke sudah aku tak mesej. hihihihi.

kedua pun sama.
aku kan suka lepak kedai makan kat pekeliling tu untuk minum je.
then came this one guy duduk depan aku.
katanya dah lama perhatikan aku. awww i got stalker u know so sweet of u. puiii.
apehal pulak kau perhatikan aku.
katanya dia suka tengok muka lonely aku. ate macamana pulak muka lonely tu weh?
dia kata muka macam sedih pun tak happy pun tak lebih kurang gitu.
cute jugak mamat ni kataku dalam hati. huhuhu.
tapi itulah again dia mintak no telefon.
so storyline dia sama dengan lelaki pertama di atas.

entahlah.
aku sebenarnya dah malas nak berkenalan,berkawan, bercinta semua ni.
sebab bukan senang nak serasikan hati dengan orang lain.
kang kalau bagi no telefon mulalah mesej-mesej tanya umur nama asal kerja mana and bla bla bla.

i is penat dan dah tak reti.

zaman tengah gelenyar (ni loghat mana entah aku tibai je) dulu-dulu 18-23 tahun bolehlah kan.
memang suka lah bila ada lelaki nak berkenalan.
henfon kena sentiasa ada kredit.
tapi alahai sekarang ni?
dah tak reti.

wechat.
orang ada wechat aku nak jugak.
padahal bukan buat apa pun.
saja suka upload pic dalam tu.
then main walkie talkie dengan kengkawan.
tapi kan ada look around tu kan?
so nak la juga try.
sekali ada yang nak berkenalan memang aku ignore.
dah tu aku nak buat apa lagi?

ada la juga sorang dua aku layan.
tapi end up laki orang. hoi memang tak la aku nak layan laki orang.

ajak kawen.
ni more to kawan-kawan la.
kau single aku single jum kita kawen nak
kita cuba hidup sebagai suami isteri--
eh aku tak cintakan kau---
takpe, kita bagi peluang untuk jatuh cinta tapi kena kawen dulu---
tapi---
ala kau ni reena banyak tapi lah. sampai bila nak stay single macam ni---
kau suka aku ke?---
ya aku suka kau tapi belum tahap cinta--
tengoklah dulu---
aku tak boleh tunggu. what if one day kau jumpa lelaki kau--
then itu jodoh aku, bukan kau---

so macam itulah. it goes on and on and on.
tanpa noktah.
bila berborak, itu juga yang jadi topik.
why?
kenapa aku dah tak seghairah dulu untuk menjalin cinta (dan nikah)

ajak jadi skandal.
dengan janji akan tanggung aku sampai aku masih diperlukan.
kau gila?????

ajak dating.
yang ni pun aku penat.
nak berkenalan kena dating ke?
2 tahun aku tinggalkan dan aku dah tak tau nak dating camne hahaha lol.

bila rasa macam ni baru aku tau betapa setianya aku bila bercinta.
tapi sesetia aku pun cinta 4 tahun tetap tak kekal.
sebab Allah dah tetapkan dia bukan jodoh aku.


lu jangan kuajar dengan guwa haa *celet hidung dengan ibu jari*


Walau terasa lambat bagi yang menunggu..

Terlalu panjang bagi yang gelisah..
Terlalu jauh bagi yang mengharap..
Dan terlalu pendek bagi yang bahagia..
Namun waktu adalah keabadian,
Bagi yang bersabar dan bersyukur




2 comments:

Anonymous said...

semoga kamu berjumpa The One...

he will show you the right love, kan?

Reena Kamarudin said...

rapunzeel : thanks awak :)