May 12, 2013

Kerana guli golek golek

Aku bukan jenis percaya hantu. Hahah direct engko.
Tapi opkos aku percaya wujudnya iblis yang nak ganggu anak cucu cicit nabi Adam.
Tapi kalau orang cerita jumpa hantu tu jumpa hantu ni aku mesti cakap dalam hati alaaaa tipuuuu mudah nau ko jumpa hantu. Suka sangat hantu nak berkenalan dengan ko ye.

Tapi syaitan iblis yang menyerupai opkos aku percaya.
Motipnya nak menyesatkan kita.

Aku pernah "sakit" disebabkan gangguan. Merana jugalah 4-5 bulan.
Walaupun orang kata tekanan perasaan je yang aku alami tapi takpe aku yang lalui so aku tau.

Malam pertama aku kena ganggu kami sekeluarga tidur reramai di bawah di ruang tamu.
What happened was, menda tu kibas-kibas macam sayap. Perghhh. Real u know. I is tatuit angat.

Ok takpe. Menda dah lepas. Aku pun dah ok. Cuma selepas tu aku jadi lemah semangat sangat. Jadi penakut sikit. Eh ke banyak. Dulu berani la jugak. Sekarang ni penakutnya ya rabbi. Tuhan je tau.

Rumah aku sewa ni.
Hmmm. Aku sampai dari karak tadi maghrib.
After mandi semua aku duk baring.
Tiba-tiba tik tik tik bunyi guli kena golek atas simen.
Ok. Aku bersangka baik lagi.
Aku relaks jela baca apa yang patut.
Pastu bunyi lagi. Dan aku amati bunyi tu datang dari bilik budak rumah aku ni. Bilik sebelah aku.
Opkos la budak rumah aku semua takde. Tak balik lagi. Tinggal aku sorang.
Tapi takpe. Aku tetap bersangka baik.
Nasib baik member ajak keluar.
Kalau tak dalam bilik jela aku duk sampai budak rumah aku balik kerja. Dorang balik malam. Selalu pukul 10.

By the time aku balik tadi dari kedai makan, bebudak pun dah balik. Riuh sikit.
Ekceli bukan kali pertama.
Bebudak rumah aku ni kan balik malam kerja.
Balik je terus bising.
Lepas tu tak lama pasang orang mengaji.
So faham lah tu.
Orang tua kata jangan galak sangat.
Nanti kena usik.

Eh berani pulak aku menaip entri gini ya. Ni datang beraninya.
Aku ni lain pesen sikit.
Kalau pi toilet pastu ada pintu tertutup aku mesti nak bukak pintu tu.
Kalau pintu terbuka dan dalamnya gelap aku mesti nak pandang.
Ni nak kategori apa perangai gini.
Takot takot manja ke?

3 comments:

A Girl Like You said...

mmg scary! tp u berani gak eh! haha! :p

A Girl Like You said...

btw, i'm blogwalking ;)hi!

Camy Alya said...

wo wo creepy gila