May 15, 2013

Kerana bersyukur ya, dan berdoalah.

ya.
betullah kata di atas itu.
kata kuncinya adalah bersyukur dengan apa yang kita ada sebab ada lagi yang tidak bernasib baik daripada kita. ya. bukan senang untuk sentiasa positif. kita bukan sempurna. perasaan terkadang tergelincir.
jika kita berpura-pura positif atas segala malapetaka yang menimpa, insyaAllah otak kita akan sikit-sikit tune kepada yang positif.

pernah dengar berpura-pura senyum boleh mengembalikan mood kita walau sedikit?
cubalah untuk ketawa walau sedikit sebab lambat laun, nah, mood akan ok juga.

aku pernah cuba hokay.
nak pulak bila time sebulan sekali tu memang grrrrr la mood aku.
but then yes, aku pikirin sampai bila aku nak macam ni.
so aku cuba senyum, cuba gelak then macam ok sikit.

dan bila aku ada masalah be it masalah family, kewangan, kawan, cinta or whatsoever, memang kadang-kadang aku rasa aku ni good for nothing.
useless. macam semua pun serba tak kena. serba tak menjadi.
entah macamana, aku belajar untuk kontrol jiwa.
tidak panik dan tarik nafas, pejam mata dan yeahhhh, it worked. selalu.

aku bukan orang yang pandai nak tulis perkara motivasi ni sebab aku pun manusia yang memerlukan motivasi. sebab aku pun kekurangan. banyak sangat.

cuma yelah. aku ni memang ditakdirkan lahir sebagai seorang yang suka membaca ayat motivasi yang bila baca je terus rasa semangat then let's do it yeahhh hahahhaha poyo.
then aku share di fb or IG.
kau tak suka takpe, duduk dendiam.

ohya, sekarang ni di putrajaya cuaca panas sikit lah. ke banyak?
macam berbahang tau. peluh peluh tidur terus rasa eh aku baru balik jogging ke apa ni.
sekarang ni hujanlah sikit. harap malam nanti sejuk supaya ku mampu tidur lena.

ini doa mohon tenangkan jiwa, hilangkan kesedihan.

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, 
anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, 
ubun-ubunku di tanganMu, 
terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, 
aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, 
atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, 
atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu 
atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, 
jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, 
cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku"

No comments: